CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Cepat mengah, kuat berpeluh’ – Shaheizy Sam naik berat badan 90kg

2-10-2024 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7560| Komen: 15

 


Sanggup ‘telan’ makanan tinggi kandungan lemak dan gula, pelakon Shaheizy Sam rela mengorbankan kesihatan untuk segera gemuk demi tuntutan watak dalam filem terbaharu.

Sam atau nama lengkapnya, Shaheizy Sam Abd. Samad, 41, berkata, sepanjang empat bulan mengamalkan pengambilan karbohidrat berat badannya naik daripada 70 kilogram (kg) kepada 90kg.

“Memang sekali lagi saya kena bulatkan semula badan kerana komitmen terhadap sebuah naskhah layar perak yang bakal menjalani penggambaran.

“Sejak beberapa bulan lalu saya paksa diri kerap ambil makanan tidak sihat supaya proses mendapatkan bentuk fizikal dikehendaki cepat nampak.

“Ikutkan saya dah rasa impaknya sebab sekarang cepat mengah, kuat berpeluh selain mudah penat dan mengantuk tetapi tidak mengapalah, demi kerja dan ini pun untuk sementara waktu sahaja,” katanya.


Menurut Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) itu, perubahan fizikal sama ada kurus atau gemuk bukan masalah asalkan berdisiplin untuk kekal kepada gaya hidup sihat semula.

Kata Sam, situasi sama dilalui sebelum ini iaitu ketika menjayakan Polis Evo yang memerlukannya berbadan sasa selepas tampil montel dalam filem sebelumnya.

“Fasa kurus ke gemuk dan gemuk ke kurus sudah beberapa kali saya lalui demi tuntutan watak tetapi berkat disiplin serta sokongan insan sekeliling, saya mampu lakukan dan dapat berat badan ideal semula.

“Semua ini perlukan kekuatan mental sebenarnya. Cuma jika kita ada misi dan semangat, tentu sahaja segala rintangan dapat dicapai,” ujarnya.

Selain berbadan besar, Sam juga pernah menguruskan badan untuk watak dalam filem Pinjamkan Hati, dan kembali ‘sado’ untuk filem Polis Evo.

Sebelum itu isterinya, Syatilla Melvin turut berkongsi video perubahan fizikal Sam dan memaklumkan suaminya sedang bersedia untuk muncul dalam filem baharu.

Bahkan, perubahan ketara tersebut turut meraih pujian kakaknya, Datin Seri Zizie Izette yang berkongsi foto terbaru Sam bersama kapsyen bangga dengan kesungguhannya memenuhi tuntutan kerja. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lightheaded67 2-10-2024 08:25 AM
mmg rasa blengas rimas gila kalau overweight
Quote bottompro 2-10-2024 08:26 AM
One word; kepam
Quote Tinot7 2-10-2024 08:29 AM
Masih takleh terima ada poremer dah tgk bideo chup chap samdawan dek mistipu
Quote rainbowrainz 2-10-2024 08:32 AM
Sorielah iols x minat uols sehhh sebab bini uols haukkk namatey sehhh
Quote rosevelvet 2-10-2024 08:54 AM
Tinot7 replied at 2-10-2024 08:29 AM
Masih takleh terima ada poremer dah tgk bideo chup chap samdawan dek mistipu

Ada lg ke video tu  hehe
Quote BoongaKertas 2-10-2024 09:25 AM
bdn tu fhm lah kan. tp part janggut jambang tu, perlu ke? xleh shave sikit?
Quote kuzaime 2-10-2024 09:36 AM
Mahap ler Sam..tengok muka bulat berjambang pakej perut gendut otomatik teringat lukisan bapak beruang yg anak lukis masa sek rendah dulu
Quote fanaz82 2-10-2024 09:41 AM
aku memang tabik kalau lepas ni dia boleh kurus balik lepas ni. org disiplin je boleh buat macam tu
Quote adeqbun 2-10-2024 09:55 AM
fanaz82 replied at 2-10-2024 09:41 AM
aku memang tabik kalau lepas ni dia boleh kurus balik lepas ni. org disiplin je boleh buat macam tu

ai rsa mmg bole je die buat sbb wlupon ai rengsa ngan die,tp sam ni mmg disiplin teruks bab nak bawak watak
Quote akies 2-10-2024 10:18 AM
Selekehnya
Quote rbmy 2-10-2024 10:38 AM
apa watak dia agaknya sampai dia kena kepam..
kalau berisi gemuk tapi buang jambang should be ok kot?
ke tuntutan watak kena berjambang juga?
Quote ezacbee 2-10-2024 11:21 AM
Klo keluar toilet tertinggal bau badan kepam..

Quote supernaturalee 2-10-2024 11:30 AM
udah rupa aflin shauki

Quote mamapea 2-10-2024 12:05 PM
gemok tu xpe lg tp kepam sgt...kalau gemok pun jaga la penampilan...
Quote Tinot7 2-10-2024 12:52 PM
rosevelvet replied at 2-10-2024 08:54 AM
Ada lg ke video tu  hehe

Tak jumpa..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.045484 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top