CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerat kemaluan sendiri lepas makan ‘cendawan ajaib’

2-10-2024 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7506| Komen: 32

 


VIENNA  –  Seorang lelaki yang bercuti di Austria dan makan tumbuhan dikenali sebagai ‘cendawan ajaib’, mengalami gangguan mental sehingga mendorong dia memotong zakarnya dan menyimpan organ tersebut di dalam sebuah balang dipenuhi salji, lapor portal berita MailOnline semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu makan empat atau lima cendawan itu kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) sebelum mengambil kapak tumpul dan mengerat zakarnya kepada beberapa bahagian.

Dia kemudian terhuyung-hayang keluar dari rumah dan seorang pejalan kaki kemudian menghulurkan bantuan dan membawanya ke hospital terdekat.

Lelaki berkenaan dibawa ke bilik pembedahan dan doktor bertindak mengawal pendarahan dan membasmi kuman kepingan zakar itu yang sebelum ini berada di dalam balang tersebut.

Beberapa bahagian yang rosak terpaksa dibuang, tetapi doktor berjaya menyambung semula zakarnya walaupun saiznya tidak sama seperti asal. 


Namun, lelaki itu masih mengalami halusinasi, malah cuba keluar dari hospital selepas dia didapati menyeludup cendawan itu ke dalam bilik hospitalnya.

Dia kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi tetapi dia kembali ke wad selepas gejala psikotiknya bertambah baik selepas memakan ubat. – AGENSI


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 2-10-2024 08:05 AM
Beberapa bahagian yang rosak terpaksa dibuang, tetapi doktor berjaya menyambung semula zakarnya walaupun saiznya tidak sama seperti asal.


alaaa cendawan dh makin pendek

Quote Kuin-Kepam 2-10-2024 08:55 AM

Quote fanaz82 2-10-2024 09:47 AM
Quote BungaKencana 2-10-2024 09:48 AM

Quote kakikuDibibirmu 2-10-2024 09:55 AM
Missfakezura tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 2-10-2024 09:56 AM
Tazzabar nak tunggu episod keempat Agatha All Along dekat Disney+ kepalahotakstar
Quote kakikuDibibirmu 2-10-2024 10:32 AM
#teamFA
Quote SalenaGomez 2-10-2024 01:36 PM
Mesti time tu dia ingat tgh potong cendawan
Quote Thunderclouds 2-10-2024 01:43 PM
Mujur dia xpotong & mkn zakar tu sbb igtkn mushroom jgk
Quote joannakimberly 2-10-2024 01:46 PM
perogol patut diberi makan cendawan ni sbg hukuman.
let dem cut their own cowneck!
Quote kotakbaju 2-10-2024 01:52 PM
Cendawan apa la tu ye macam bahaya je main ambik makan camtu
Quote cantthinkofany 2-10-2024 01:57 PM
joannakimberly replied at 2-10-2024 01:46 PM
perogol patut diberi makan cendawan ni sbg hukuman.
let dem cut their own cowneck!

setujuuuuuuuuuu.....jadikan sop cendawan
Quote chinta89 2-10-2024 04:30 PM
tiber teringat cter dammerung yg kisah lelaki tu mkn mcm bentuk cendawan. dh besar baru dia tau tu sbnrnya sejenis dadah.. sape ingat tajuk tu?

kes mcm ni la kot, berhalusinasi..
Quote brown_pupil 2-10-2024 04:33 PM
kotakbaju replied at 2-10-2024 01:52 PM
Cendawan apa la tu ye macam bahaya je main ambik makan camtu

magic mushroom .. sini pun bersepah ada. Rajin ngan tak rajin je nak pegi mengutip dalam ladang kelapa sawit.
Quote syamzana 2-10-2024 04:33 PM


dahsyat kesan cendawan sampai sewel jadinya
Quote kotakbaju 2-10-2024 05:10 PM
brown_pupil replied at 2-10-2024 04:33 PM
magic mushroom .. sini pun bersepah ada. Rajin ngan tak rajin je nak pegi mengutip dalam ladang ke ...

Cendawan liar tu ye? Kat umah kg meols ada jugak tumbuh cendawan tepi2 umah tu tapi naik skit2 je rupa macam2, ada bentuk bulat2, ada bentuk macam cendawan tiram yg biasa juai kat pasar tu. Yang macam tu ye

Quote Jitu 2-10-2024 10:10 PM
kotakbaju replied at 2-10-2024 05:10 PM
Cendawan liar tu ye? Kat umah kg meols ada jugak tumbuh cendawan tepi2 umah tu tapi naik skit2 je  ...

hat yg jenis tu lps mkn tak lama berpindah alam la
Quote kotakbaju 2-10-2024 10:32 PM
Jitu replied at 2-10-2024 10:10 PM
hat yg jenis tu lps mkn tak lama berpindah alam la

Idok le gigih nak kutip buat makan teringat kat cerpen tajuk apa ntah yang adik beradik ni pi kutip cendawan liar buat masak2 makan sama2. Last2 mati keracunan.
Quote kotakbaju 2-10-2024 10:32 PM
Jitu replied at 2-10-2024 10:10 PM
hat yg jenis tu lps mkn tak lama berpindah alam la

Idok le gigih nak kutip buat makan teringat kat cerpen tajuk apa ntah yang adik beradik ni pi kutip cendawan liar buat masak2 makan sama2. Last2 mati keracunan.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.059635 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top