Pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe mendakwa anaknya telah diganggu semasa berada di sekolah. Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Kieda atau nama lengkapnya Siti Nur Khalieda Yusra mendakwa ibu bapa kepada pelajar berkenaan masih menuding jari terhadap anaknya meskipun anak mereka telah mengaku salah. Walau bagaimanapun, anak lelakinya itu kini berada di dalam keadaan yang baik. "Terima kasih sebab ‘try hard’ ganggu mental kami. Cari salah anak kami sedangkan anak tuan puan dulu yang angkat tangan mengaku buat anak kami." "Alhamdulillah, anak saya dalam keadaan baik dan kuat seperti saya. Terima kasih semua pihak yang terlibat."
"Hal yang terburuk akan menjadi yang terbaik untuk kami." Dalam masa yang sama, Kieda turut menasihati anaknya supaya bersabar dan tidak membalas kembali perbuatan siapa pun yang mengganggunya. "Hari ini mula masuk ke kelas baru, kalau ada kawan-kawan yang ambil barang atau mengejek..jangan pukul mereka." "Kalau dia cakap crepe ibu tak sedap, ibu tak lawa, ibu hitam..biarkan sahaja dan beritahu cikgu. Janji dengan ibu, ibu kenal anak ibu macam mana." "Sakit macam mana pun sabar. Ibu kena dengan satu Malaysia, jadi ibu tahu abang boleh bersabar. Biar orang ejek kita..tapi abang adalah anak yang baik." Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyelar tindakan kanak-kanak tersebut serta ibu bapanya. "Kenapa sampai anak dia pun orang nak kacau? Apa salah budak tu?" "Janganlah ganggu mental budak-budak. Kenapalah mak bapak tak boleh nak bentuk budi bahasa anak-anak?" "Kenapalah lebih-lebih mereka tu? Tapi bagus Kieda, tak ajar anak dia buat orang atau ejek orang." "Dia melawan sebab orang kata mak dia, mungkin kesabaran dia dah habis." "Sampai anak pun dibuli, teruk netizen ni." Sumber – OhBulan |
jihah_kudat replied at 6-10-2024 06:06 AM
aku rasa anak dia yg start cari pasal dulu ni..lepasstu kena pukul balik bukan ada relate dgn crepe. ...
ADVERTISEMENT