Tiada angin tiada ribut, rumah tangga pempengaruh dan usahawan, Jofliam dan isterinya Cik Epal didakwa sedang bergolak. Di Instagram Story, Jofliam berkata, semuanya berpunca daripada fitnah apabila dia membawa staf wanitanya bernama Dewi dan pasukan pizzanya ke Jepun. Bagaimanapun, Jofliam menegaskan, sepanjang perkahwinan dia tidak pernah berlaku curang walaupun sesaat dengan isteri. "Saya sangat sayangkan anak-anak. Saya adalah family man. Kehidupan saya kebanyakan di rumah. Saya tak ada masa. Jadi fitnah ini bukan sekadar merosakkan hubungan keluarga saya, malah perkahwinan Dewi. Fitnah ini meruntuhkan dua masjid." Bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut memberi penjelasan mengenai tindakannya yang tidak membawa Cik Epal ke Milan. "Sebab saya masih tidak tahu status perkahwinan saya secara sah. Hanya akan diketahui bulan ini. Saya tak nak bawa dan kemudian bila balik Milan, umum benda tak sepatutnya sebab saya tak nak ada tohmahan yang kata ini semua marketing." "Jadi saya di sini ada urusan kerja demi membawa nama Malaysia ke mata dunia. Tugas saya bermula esok dan saya nak tegaskan, saya hadir ke Milan dalam tiada ikatan dengan sesiapa." Tambah Jofliam, dia sudah memendam perasaan selama hampir empat bulan. Dalam tempoh empat bulan itu juga, dia cuba menyakinkan isterinya demi mempertahankan rumah tangga mereka. "Macam-macam pujuk rayu saya buat dan saya pertahankan. Makin hari bukan makin surut, malah makin panas sebab dihasut orang sekeliling." "Dengan siapa saya nak luah kalau semua orang asingkan saya? Empat bulan saya menangis sendiri dan akhirnya ada benda yang terjadi dua minggu lepas." Sumber – OhBulan |
pinksarah replied at 30-9-2024 11:11 PM
dia x ptt cerita dkt public hal rumahtangga
cukup selesaikan sendiri
mizruncing replied at 1-10-2024 03:07 PM
alaa klu cerai pon confirm rujuk balik dorang ni.. kena la time pertandingan pizza ni. tahniah la da ...
Nham22 replied at 1-10-2024 10:33 PM
Petandingan+?????? What the tutttt
prettyuglybabe replied at 1-10-2024 02:25 AM
sikit pun tak kesian..
masa bahagia kemahen berlagak..
selayaknya la..
Nham22 replied at 1-10-2024 10:33 PM
Petandingan+?????? What the tutttt
ADVERTISEMENT