Pelakon Abby Abadi menyangkal dakwaan dia sengaja ‘menunggang’ konflik keluarganya dan dijadikan sebagai konten dalam media sosial sehingga menjadi bualan umum. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, berkata, konflik terjadi antara dia dan anaknya, Marissa Dania adalah sebahagian daripada asam garam keluarga. "Demi Allah tiada niat nak jadikan konflik keluarga saya sebagai konten. Konflik yang terjadi berlaku dengan sendiri." "Saya kenal anak-anak saya macam mana, biasalah dalam keluarga ada turun naiknya. Tetapi kasih sayang antara kami tetap kuat." "Dari kecil, anak-anak bersama saya. Jadi apabila ada beberapa perkara yang berlaku, saya yakin perkara itu (konflik) tidak lama, on off orang kata." Abby berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba with Abby Abadi dan majlis pelancaran makanan tambahan, Berryfull Honey Lemon keluaran Inayah Beauty yang berlangsung di ibu kota, pada Sabtu. Dalam pada itu, bekas isteri kepada Norman Hakim ini meluahkan rasa syukur apabila dilantik sebagai duta produk makanan tambahan tersebut. Kongsi Abby, dengan bantuan Berryfull Honey Lemon, dia berjaya menurunkan berat badan sekitar 59kg. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi, berkata, pihaknya berbesar hati melantik aktres tersebut sebagai duta. "Dengan pelbagai cabaran sepanjang proses Berryfull Honey Lemon yang ingin bersaing secara sihat dalam pasaran, saya bersyukur jalinan kerjasama dengan Abby memberi impak yang besar." "Pada asalnya, saya mendapat satu kiriman video daripada Fasha Sandha. Video itu menunjukkan Abby Abadi dan Azza (Elite) berkongsi pengalaman mereka kepada Fasha yang mereka adalah pengguna setia Berryfull." "Mereka beli sendiri dan memang amalkan. Video berkenaan buatkan saya tertarik kerana tak sangka mereka sudi mencuba produk tempatan kami." "Abby sudi menyahut cabaran yang diberikan iaitu wajib kurus dalam masa tiga bulan. Ketika saya menghubungi Abby, berat badannya mencecah 75kg dan dia sahut cabaran untuk turunkan berat badan sehingga 59kg pada bulan Ogos lalu." Sumber – OhBulan |
Sendawg replied at 2-10-2024 08:35 AM
Semalam Hlive ada tunjuk klip Abby dgn Marissa (taktau la baru ke lama) mmg aku tgk Marissa ni budak ...
prince_marhaen replied at 4-10-2024 04:08 PM
19 tahun time tengah syok habis sekolah or masuk kolej/uni, time nak explore dunia, kehidupan, diri ...
ADVERTISEMENT