CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembangunan LTSIP, LPT3 dan peluang penerokaan tenaga antara fokus titah Sultan Muhammad V

30-9-2024 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15356| Komen: 8

 

KOTA BHARU: Pembangunan projek berasaskan pengangkutan, selain potensi penerokaan tenaga antara disentuh Sultan Muhammad V melalui titah baginda sempena Istiadat Pengurniaan Penghormatan Kebesaran Kelantan di Istana Balai Besar, di sini, hari ini.

Sultan Kelantan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang menyatakan hasrat memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa daripada 2.4 kilometer (km) kepada 2.8km.

Langkah itu, titah baginda satu usaha penting untuk menjadikan LTSIP sebagai sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa, selain pada sama membantu meningkatkan infrastruktur pengangkutan negara.

"Pada masa sama, jaringan pengangkutan darat turut memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

"Sukacita beta menyeru agar projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa Tiga (LPT3) dapat dipercepatkan pelaksanaannya," titah baginda.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini menyatakan Kabinet bersetuju landasan LTSIP Pengkalan Chepa dipanjangkan daripada 2.4km kepada 2.8km sebagai persediaan menjadikan ia lapangan terbang antarabangsa.

Persetujuan diperoleh selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa perkara berkenaan ke mesyuarat Kabinet dengan projek berkenaan akan disegerakan dan dimasukkan dalam fasa dua naik taraf dan pembesaran LTSIP yang sedang berjalan.

Sementara itu, cadangan projek LPT3 yang dicadangkan bermula dari Kampung Gemuroh di Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong di Kota Bharu, Kelantan membabitkan jajaran sejauh 122 kilometer (km) masih lagi dalam penelitian kerajaan menerusi Jawatankuasa Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Sultan Kelantan melalui titah sama berharap Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh insentif pengecualian cukai di Kelantan selama 15 tahun lagi.

Titah baginda, penambahan tempoh insentif berkenaan akan memberikan ruang lebih luas untuk pelaburan baharu memanfaatkan inisiatif pembangunan yang sedang berlangsung.

"Pada masa sama ia memastikan kejayaan serta kelestarian projek berkenaan dalam jangka masa panjang," titah baginda.

Sultan Kelantan turut berharap kerajaan negeri dan Persekutuan dapat berusaha meningkatkan peluang penerokaan tenaga seperti hidrogen, pembangunan unsur nadir bumi dan tenaga solar yang mampu menjana sumber ekonomi baharu di negeri ini.

Mengenai banjir, Sultan Muhammad V mengingatkan seluruh rakyat Kelantan sentiasa berwaspada dan bersiap siaga menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda.

"Dalam keadaan cuaca tidak menentu ini, risiko berlakunya banjir di kawasan tertentu adalah tinggi.

"Beta menyeru semua rakyat peka dan sentiasa mengikuti perkembangan dan amaran cuaca dikeluarkan pihak berkuasa agar persiapan awal dapat dibuat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku," titah baginda.

Baginda juga mengingatkan kerajaan negeri supaya mengambil pendekatan serius meningkatkan prasarana dan pembangunan atlet di negeri itu sebagai persiapan Kelantan mendepani dan bersiap siaga sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2028.

"Harapan beta sebagai tuan tumah SUKMA akan datang, Kelantan mampu memberi saingan kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

"Beta juga menyarankan sukan dilihat sebagai satu sumber janaan ekonomi baharu kepada Kelantan melalui penganjuran sukan rekreasi dan bersifat pelancongan sukan," titah baginda.

Sumber – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 30-9-2024 10:12 AM
Sarawak dah awal produce gas hidrogen dan tanam algae.

Aku dulu dah cakap kita kena tanam Algae ganti sawit....ada sorang acik forum tu kata tak feasible....tup tup Sarawak antara pengeluar tunggal Gas Hidrogen dan ada keretapi ART pertama di Malaysia
Quote B40tastePosh 30-9-2024 10:16 AM
Edited by B40tastePosh at 30-9-2024 10:18 AM

Kerajaan Kelantan kena explore produk dari Buluh, Tanaman Hutan Buluh, hasilkan gas hidrogen dari algae seperti Sarawak, bina incinerator untuk hasilkan Electric dan jual pada TNB, Kincir angin atau empangan laut untuk electricity.

Kena explore tenaga boleh diperbaharui dan tanaman yang kategori fast growing seperti Buluh dan Algae.



Quote Kurex 30-9-2024 10:28 AM
macam helok..
Quote joe_qlate 30-9-2024 12:27 PM
B40tastePosh:    Edited by B40tastePosh at 30-9-2024 10:18 AM  Kerajaan Kelantan kena explore produk dari Buluh, Tanaman Hutan Buluh, hasilkan gas hidrogen dari alga ...


kt klatan dah ada insdustri buluh buat arang n lain2 ..alge tu haha pernah ada beberape syarikat buat tp xnak lagi hasil byk yg bungkus
Quote Decaffeinated 30-9-2024 01:59 PM
SSKJP balik kampung dari Shah Ale atau Bangi tak lalu pun LPT. Sampai Bentong dah exit.  Dah ada highway free kenapa nak guna yang berbayar.

Nak jadi international airport wajib ada runway panjang 2.8 km ka, why?
Quote Decaffeinated 30-9-2024 02:02 PM
Daddy tanjak.png
Kalau daddy macam ni boleh?

Quote B40tastePosh 30-9-2024 03:06 PM
joe_qlate replied at 30-9-2024 12:27 PM
kt klatan dah ada insdustri buluh buat arang n lain2 ..alge tu haha pernah ada beberape syarikat b ...

Ye tahu, Kelantan banyak buat produk buluh...maksud aku explore dan kembangkan lagi projek buluh tu....

Contoh hasilkan kayu2 beroti dari buluh. Dan guna sisa buluh untuk incinerator.

Algae dan gas Hidrogen tu Sarawak dah berjaya buat dan diorang tengah tambah lagi kawasan tanaman algae.

Quote Kurex 30-9-2024 03:58 PM
Decaffeinated replied at 30-9-2024 02:02 PM
Kalau daddy macam ni boleh?

eeeeeeee tak minat tua2.. rasa payau

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.051886 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top