CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri minta ‘top up’ RM10, suami bagi penampar

29-9-2024 10:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29676| Komen: 19

 

PETALING JAYA – Ujian rumah tangga itu hadir dalam pelbagai bentuk termasuklah hal yang dianggap kecil, namun adakalanya menjadi masalah besar bagi sesetengah pasangan.

Menerusi perkongsian seorang wanita di kumpulan Facebook, Luahan Hati Isteri, dia tidak menyangka suami sanggup menampar pipinya gara-gara RM10.

Kata wanita itu, dia meminta suaminya untuk membeli kad tambah nilai RM10 di kedai dan berjanji akan bayar semula sekiranya mempunyai wang yang mencukupi.

“Tak sempat nak cakap panjang, suami dah bagi penampar dekat muka saya. Allah, beratnya ujian hidup saya. Gara-gara ‘top up’ RM10, saya dilayan seteruk ini.

“Saya tak pasti suami ada masalah di tempat kerja atau apa sehingga barannya menjadi-jadi. Saya meluah di sini kerana tak mampu pendam sendiri. Harap tiada yang kecam, cumanya berharap kata-kata semangat daripada anda,” luah wanita itu.


Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menawarkan diri untuk membantu menambah kredit wanita tersebut selain meninggalkan kata-kata semangat dan doa.

“Kalau puan sudi, biar saya bantu puan isu kredit telefon. Puan boleh dm (mesej) saya. Insya-Allah mana yang boleh, sama-sama kita bantu,” kata Adibah.

“Tak akan sebab nilai RM10, maruah isteri suami abaikan. Moga akak terus kuat ya. Kalau akak belum ada ‘top up’, saya ikhlas untuk bantu akak. Boleh balas komen saya ini kalau akak ada baca,” kata Noorliza. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 29-9-2024 10:29 PM
dia camni kak, kalau akak duk merungut tapi masih nak stay, baik akak diam je..nanti netizen maki2 laki akak tapi hujung2 akak balik semula kat kaki pukul tu, bazir tenaga netizen je
Quote batmana 29-9-2024 10:42 PM
menipu je ni, dia nk topup free
ramaila jantan2 Gersang nk no. dia pasni

taktik ni diguna pakai sejak 20 tahun lalu
penulis ni baru keluar gua ke apa?
Quote Kurex 29-9-2024 10:59 PM
dah 2024 pun guna topup lagi ke? 10 ringgit pulak tu.. kalau ye topup, org topup 50 terus.. 10 ringgit ni zaman2 sms je
Quote kemaruk 29-9-2024 11:17 PM
pentipu      
Quote suri33 29-9-2024 11:31 PM
Takkan sebab topup je. Sblm ni tak pernah kena penampo? Hahaha. Caya tak caya je kisah dia.
Quote ninja boy 29-9-2024 11:31 PM
Sorang 10, 5 org 50
Quote edayildiz 30-9-2024 12:26 AM
sian pulak kt akk ni...blh pinjam credit sos dulu kak kalau laki xnk belikan..
i ingt masa remaja dlu selalu dk mitk credit share la..credit sos
Quote Jitu 30-9-2024 12:29 AM
ni mcm taktik minta topup zaman nokia sabun je
Quote Carcosa 30-9-2024 08:44 PM
Padan lah muka kau. Asal berlaki.
Quote nikaido 30-9-2024 09:22 PM
Selalu perempuan macam ni
1. asalkan berlaki
2. pilih bad boy sb lelaki baik boring
Quote gideoncross 30-9-2024 09:23 PM
Crita Hasanah ke ni?
Quote imransulaiman 1-10-2024 02:10 AM
Pancingan dah mengena ke tu? Kalau 10 orang tolong topup, dah dapat RM100.

Tapi kan...kalau topup RM10 ni boleh tahan 7 hari airtime kan? Kalau 10 orang yang topup dia RM10, airtime tetap 7 hari kan?


*lamanya tak guna perkataan "airtime"
Quote prettyuglybabe 1-10-2024 10:39 AM
hasanah versi pengemis topup..
Quote plywood 1-10-2024 11:14 AM
aku ingat pun mula2 tak percaya, adakah wujud suami spt ini ... disebabkan assumption aku ialah 'mungkin ada'... tapi bila aku baca komen forumer aku ingat aku dah kena scam. hahaha
Quote kelip2_07 1-10-2024 12:37 PM
Kurex replied at 29-9-2024 10:59 PM
dah 2024 pun guna topup lagi ke? 10 ringgit pulak tu.. kalau ye topup, org topup 50 terus.. 10 ringg ...

mmg ade..pnh jmpe mcm nie
laki ape2 pn utamakan kehendak dia..bini punye kehendak nnti2 dlu
last2 bini mati awl laki sakan enjoy duit epf bini..choii
Quote kucim 2-10-2024 01:50 AM
Cerita dongeng zaman berzaman....
Kalau dulu2..."abg..sy hari ni terpaksa puasa sebab tak cukup duit nak mkn..."
Laki jatuh kesian...bg la duit napkah...duit topup...

Si pmpuan pulak galak bergayut dgn jantan lain lepas dpt topup...
Quote nuryakmal 2-10-2024 02:21 AM
Still ada lagi eh topup tel
Quote adm7 2-10-2024 06:21 AM
nikaido replied at 30-9-2024 09:22 PM
Selalu perempuan macam ni
1. asalkan berlaki
2. pilih bad boy sb lelaki baik boring

Tepat sekali. Kebanyakan perempuan mcm ni. Lepas tu salahkan org lelaki tak bertanggungjawab. Sendiri punya bodoh tak nampak
Quote copy_paste 2-10-2024 07:07 AM
aku ade kenal janda sorg ni,asik minta topap je,
sekali je aku leh bg,minta lagi aku minta la service hehe

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.221560 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top