Masih tidak berhubung mahupun bersua muka, pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui hubungannya dengan pengarah Syamsul Yusof masih belum pulih dek isu persengketaan yang tercetus sejak tahun lalu. Pun begitu, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 48, memuji tindakan Syamsul yang sudah kembali ke pangkuan keluarga dan memilih untuk berdamai dengan kedua orang tua, baru-baru ini. “Memang tidak, saya tiada berhubung langsung dengan dia. “Tapi kalau dia dan keluarganya sudah berdamai baguslah, itu yang sepatutnya. “Alhamdulillah. Itu sahaja yang boleh saya cakap,” katanya kepada Kosmo! Online. Enggan menyibuk dalam urusan peribadi Syamsul dan keluarganya, pelakon filem Sheriff Narko: Integriti itu memberitahu, dia hanya maklum mengenai perihal berdamai itu melalui foto tular dalam media sosial.
“Saya hanya lihat gambar keluarga bahagia mereka dan Puteri Sarah pun ada kat situ. Itu pun sebab lalu lalang dekat TikTok. Mustahil tidak tertengok. “Setakat itu sahaja, selain daripada itu, saya tidak ada bersungguh-sungguh untuk korek mahupun gigih cari dan baca. “Lagipula saya sibuk dengan urusan sendiri, saya jarang nak ambil tahu mengenai rumah tangga orang lain,” jelasnya ketika ditemui pada pada Sesi Meet And Greet With Aaron Aziz, di sini, semalam.
|
anilanil replied at 28-9-2024 03:07 PM
Jaga-jaga acik haron. Satgi dia mai rumah nak makan kuetiau goreng. Tapi takpa, jamu jer makan. Dia ...
ADVERTISEMENT