CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jangan Pentingkan Perasaan Sendiri Je, Pandang Anak Tu” – Pesan Kak KM Kepada Fattah Dan Fazura

27-9-2024 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30130| Komen: 48

 


Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura apabila aktres itu memfailkan cerai terhadap suaminya.

Isu hangat itu turut mendapat perhatian usahawan sensasi, Kak KM yang dilihat ada meninggalkan komen pada laporan berita perceraian pasangan tersebut.

Kak KM berpendapat setiap sebuah perkahwinan pasti ada ujian dan pasang surutnya namun setiap pasangan haruslah banyak bersabar untuk mengharungi ujian tersebut serta tidak memikirkan perasaan sendiri.

“Alhamdulillah, rumah tangga memang kena banyak sabar. Jangan pentingkan perasaan sendiri je. Pandang anak tu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Kak KM turut menitipkan nasihat kepada orang ramai termasuk pasangan itu untuk meminta maaf antara satu sama lain kerana tiada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan.

“Kalau salah, semua orang buat salah. Minta maaf dekat pasangan seikhlasnya,” tulisnya.


Terdahulu, Fazura berkata nekad mahu meneruskan perceraian dengan suaminya demi maruahnya sebagai wanita serta kesejahteraan hidup bersama anaknya, Nur Fatima.

Semalam, Fattah dilapor belum bersetuju untuk melepaskan Fazura semasa sebutan kes permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.


Sumber:  Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 27-9-2024 02:31 PM
lantak la dorang busuk oi... karang rumah tangga kau jugak yg goyah, nanti kau sendiri yg meroyan pasal laki & anak. sebab tak semua manusia boleh ikut nasihat dia sendiri dekat orang lain
Quote seri_mawr 27-9-2024 03:00 PM
tapi aku setuju ke apa kak KM ni ckp...ahha

rumah tangga ni kena banyak tolak ansur...
selagi kesalahan x melibatkan pukul2....pasangan tidur dgn org lain.....bermaafan jek la...
buang jek lah ego masing2.....

Quote I.K.A888990 27-9-2024 03:13 PM
ish kau jgn ckp byk2 kak nanti kena saman dr miss terpaling bermaruah

hang jaga abe botak hang ja na
Quote prince_marhaen 27-9-2024 03:18 PM
tapi... kak Kilometer jenis maki2 laki, sumpah seranah semua keluar...suka joget2 & kongkek2...bagus ke untuk anak2?
Quote cintasuraya 27-9-2024 03:22 PM
I.K.A888990 replied at 27-9-2024 03:13 PM
ish kau jgn ckp byk2 kak nanti kena saman dr miss terpaling bermaruah

hang jaga abe botak ...

Apa lah ko ni mcm sentap je merata

Faz tu tak șaman pun yg kutuk dia

Yg maki2 dia segenap penjuru ni

Dia nak saman yg fitnah dia je

Ko tak dpt beza kutuk dan fitnah ke
Quote I.K.A888990 27-9-2024 03:27 PM
cintasuraya replied at 27-9-2024 03:22 PM
Apa lah ko ni mcm sentap je merata

Faz tu tak șaman pun yg kutuk dia

jap siapa yg sentap sebenarnya
rasanya kau pun byk je dok reply komen2 yg tak kena dgn tekak kau

kalau tak reti nak chill lawak2 dlm forum ni takyah lah forum..kau boleh je skip komen aku ni kan.
apa yg kau bitter sgt
Quote cintasuraya 27-9-2024 03:33 PM
I.K.A888990 replied at 27-9-2024 03:27 PM
jap siapa yg sentap sebenarnya
rasanya kau pun byk je dok reply komen2 yg tak kena dgn tekak kau


Saja lah iols nak suruh ko pergi bezakan

Kutuk dan fitnah

Nanti org salah faham dan maki lagi faz tu

Tak boleh kutuk dia

Padahal faz tu pun tak kisah org nak kutuk dia

Ni dia nak șaman pun bukan psl kutuk dia

Tapi yg fitnah dia
Quote I.K.A888990 27-9-2024 03:39 PM
cintasuraya replied at 27-9-2024 03:33 PM
Saja lah iols nak suruh ko pergi bezakan

Kutuk dan fitnah

dah mmg asam garam forum
biarkan je la
depa faham ja mana kutukan mana fitnah tu & depa amik apa yg depa nak paham
kita explain sejota kali pun nak buat apa

so kita2 ni chill2 ja la
yg amik fitnah jadi fakta tu lantak
yg nak komen melawak pun biarkan
yg jenis nak over ya amat lantakkan




Quote Minami2013 27-9-2024 03:39 PM
prince_marhaen replied at 27-9-2024 07:18 AM
tapi... kak Kilometer jenis maki2 laki, sumpah seranah semua keluar...suka joget2 & kongkek2...bagus ...

1000047962.jpg

Quote Sazreena 27-9-2024 04:24 PM
Jangan samakan org lain ngan ko..ko bolehlah tak puas hati je maki-maki laki. Orang lain nak serai, let them be. Drpd bertahan tapi end up lagi toxic, better blah. It's a learning process for them too. If down the road jodoh kuat, Insya Allah melekat.
Quote lightheaded67 27-9-2024 04:40 PM
Minami2013 replied at 27-9-2024 03:39 PM

tp betol kan, kadg sesama laki bini payah nau nk cakap sorry mintak maap... maybe ini adelah kes patah jurah huhu tiber
Quote Minami2013 27-9-2024 04:51 PM
lightheaded67 replied at 27-9-2024 08:40 AM
tp betol kan, kadg sesama laki bini payah nau nk cakap sorry mintak maap... maybe ini adelah kes p ...

Melalui pengalaman sendiri.. ya betul

Maybe jugak boleh jadi salah satu punca. Women always right.. yang suami ego lelaki.
Quote selipar_hijau 27-9-2024 05:03 PM
kak km jenis lasak & mampu hidup dlm ketoksikan
org lain tak sama mcm kak km
Quote MidoriHijau 27-9-2024 05:48 PM
Part ni iols mmg setuju dgn kak KM. Pergi la bercuti berdua. Spend time bersama. Iols rasa rumahtangga dorang ni boleh selamat lagi. Ramai kot kecewa dorang nak bercerai

Iols doakan semoga dipermudahkan urusan fazura & fattah. Dipanjangkan jodoh mereka. Aamiin
Quote haruslah 27-9-2024 06:50 PM
lightheaded67 replied at 27-9-2024 04:40 PM
tp betol kan, kadg sesama laki bini payah nau nk cakap sorry mintak maap... maybe ini adelah kes p ...

Betulllll
I rasa org kita memang payah mintak maaf kot
X dididik ke camne?
X cakap kat org lain, tmasuk diri seniri
Quote rosevelvet 27-9-2024 10:50 PM
Tlg la kakkilometer oi.. jgn komen mjatuhkan imej org yg bermaruah. Ko tu apa tau psl maruah
Quote Rogue98 27-9-2024 10:54 PM
Elok jer tadi fatima happy2 dgn cousins dia...baik jaga anak kau sendiri yg pakai mcm tak cukup kain tu.
Quote azimodin 27-9-2024 11:26 PM
seri_mawr: tapi aku setuju ke apa kak KM  ...

Zaman sekarang ni yang x pukul2 pon bahaya. Contoh : judi online, survey market dalam tinder, main game sampai habis duit beribu, perabis duit bini, subscribe onlyfans, bercerita pasal hubungan kelamin dorang laki bini
Benda ni dah jadi dekat orang sekeliling i. Memula cam pelik je kenapa mintak cerai sedangkan suami nampak baik tapi rupanya kat belakang perangai cam setan
Quote lightheaded67 28-9-2024 07:24 AM
Minami2013 replied at 27-9-2024 04:51 PM
Melalui pengalaman sendiri.. ya betul

Maybe jugak boleh jadi salah satu punca. Women always ri ...

itulah tu huhu

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.057213 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top