CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tangga Gaji Berapa Yang Wajib Bayar PTPTN?

29-12-2015 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 13297| Komen: 41

Oleh Izzah Abbasy

Isu pinjaman wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih tidak berkesudahan kerana masih ramai peminjam tidak membayar balik atas sebab-sebab tertentu.

Potongan bayaran maksimum PTPTN secara automatik terdahulu undang kemarahan orang ramai kerana ia dianggap tidak wajar dilakukan dan Presiden Cuecpacs, Datuk Azih Muda melahirkan kekesalannya apabila ada kakitangan awam yang dipotong gaji pada kadar maksimum sehingga meninggalkan baki puluh-puluh ringgit sahaja.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah pula digesa menghentikan potongan bayaran maksimum PTPTN secara automatik kerana sistem potongan cukai maksimum ini mengejutkan peminjam kerana mereka tidak dimaklumkan atau diberi sebarang amaran mengenai jumlah maksimum yang akan dipotong.

Sedia maklum, masih ramai graduan lepasan universiti dan kolej yang masih mencari-cari pekerjaan sekaligus tidak mampu untuk membayar balik pinjaman. Tidak kurang juga graduan yang bekerja tetapi gaji yang didapati tidak mencukupi untuk membuat potongan bayaran PTPTN kerana masih ada tanggungan lain yang lebih penting.

Namun, Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin pernah berkongsikan status di laman Twitternya "pembayaran balik hanya perlu dimulakan apabila peminjam mendapat gaji minima 3 ribu setiap bulan".



Bagi Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula menyatakan (PTPTN) digesa meminda semula peraturan pembayaran pinjamannya jika peminjam memperolehi gaji sebelum cukai RM4,000 sebulan. Membayar secara potongan setelah gaji mereka mencecah RM4,000 sebulan.

Sungguhpun begitu, bagi peminjam yang tidak mempunyai gaji yang tinggi tetapi sudahpun membuat bayaran balik amatlah digalakkan.

Bagaimanapun, pihak PTPTN perlu memberi syarat peminjam agar mengemaskini butiran pekerjaan dan gaji yang disahkan oleh majikan setiap enam bulan. Agar tiada kekeliruan terhadap potongan bayaran balik pinjaman. Sekaligus, tetapkan tangga gaji individu yang wajib bayar pinjaman PTPTN ini. - CARI Infonet


12

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
20

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 29-12-2015 11:53 AM
Lepas ni berebut cari kerja gaji rendah?

Quote Lorra2411 29-12-2015 11:57 AM
so, kiranya pemiutang kena start bayar ptptn kalau gaji RM 3000 sebulan kah? kalau gitu tak payahlah buat tunggakan. ke macam mana?
Quote jofizo 29-12-2015 12:04 PM
lawak plak cadangan piji.... nk tunggu 4k baru kena byr....
Quote aechae 29-12-2015 12:09 PM
Tggu x tggu caj perkhidmatan tetap jalan jugak...xpyh nk suka sgt lah
Quote azie5zoe 29-12-2015 12:09 PM
jofizo replied at 29-12-2015 12:04 PM
lawak plak cadangan piji.... nk tunggu 4k baru kena byr....

tunggu gaji naik RM4000 masa tu umur pun dah naik...takkan umur dah nak veteren baru nk byr hutang kan...
Quote jofizo 29-12-2015 12:15 PM
azie5zoe replied at 29-12-2015 12:09 PM
tunggu gaji naik RM4000 masa tu umur pun dah naik...takkan umur dah nak veteren baru nk byr hutang ...

tu pun silap2 lg 20thn blm wajib byr lagi sbb gaji blm sampai 4k.....
Quote azie5zoe 29-12-2015 12:20 PM
jofizo replied at 29-12-2015 12:15 PM
tu pun silap2 lg 20thn blm wajib byr lagi sbb gaji blm sampai 4k.....

betul..betul..betul..kak edahnya..memang ramai lagi lah yang tak bayar hutang...
Quote yumeina 29-12-2015 12:27 PM
bodoh ptptn nih....
tetapkan nilai minimum brp kene byr...cth 50@100 ker....tapi wajib bayar lps dpt keje....
so duit ttp masuk...walaupon skit..biorla 30thn tak abis bayor pn....nasibla peminjam nak byr interest byk...
nih duk kumpul sumpah seranah org jek buat keje duk ptg sampai beribu sbln....
Quote prettyuglybabe 29-12-2015 01:13 PM
peminjam culas nak bayar ni, mesti kaki hutang..
hutang dengan kengkawan adik beradik mak bapak sedara mara pun mesti keliling pinggang..
orang tak bayar hutang ni memang elok mampus cepat je..
hidup pun menghimpun makian..
Quote qronaldo7 29-12-2015 01:18 PM
apsal xbuat % ikut gaji je..

walaupun gaji xsmpy 3k still ade minumum kena bayar lets say RM 50 per month
Quote HibinoSama 29-12-2015 01:20 PM
Ptptn dh panggil sebenar penghutang2 tegar ni..dah inform akan buat pemotongan  gaji max... Dah warninf..dh buat itu buat ini..

Tapi still xnk bayar hutang...bila kena potong baru nk bising..

Quote bunga_lestari 29-12-2015 01:36 PM
drpd cadangkan mcmni lebih baik cadangkan jadual pembayaran ikut tangga gaji..

contohnya.. kalau gaji
rm1k kene byr rm50 sebulan dalam tempoh beberapa tahun
rm2k kene byr rm100 sebulan
gaji 3k rm200 sebulan
gaji rm4k rmxxx sebulan
dan seterusnya

mcmni ada jgk penyelesaiannya.. entah.. aku komen jek.. bagi cadangan.. huhu
Quote chinta89 29-12-2015 01:42 PM
ptptn weh, ko potong je gaji penjawat awam melalui gaji dan sebelum potong ko bagi notis awal, notis melalui surat, buat call, kalau x dpt call ko link dgn jabatan2 lain utk contact person tersebut sampai dapat, lps ni kalau diorg meratib lagi korang boleh jelaskan dh bg notis awal, dh suh dtg berunding mse call untuk buat pembayaran brape RM yg setakat termampu tp still x jalan, so korang takkan dipsersalahkan.

bukan sokong ptptn ok, tp sibuk beli henpong mahal, sibuk beg mahal, beli kereta mahai, sibuk bercuti oversea bagai namun hutang xmo bayarrrr. pk la sendiri.
Quote ffawwaz 29-12-2015 01:55 PM
chinta89 replied at 29-12-2015 01:42 PM
ptptn weh, ko potong je gaji penjawat awam melalui gaji dan sebelum potong ko bagi notis awal, notis ...

memang pon ada panggil suruh penjawat awam datang taklimat pembayaran..
time kumpul penjawat2 awam tu setiap orang dah diberi berapa kadar perlu dibayar mengikut gred perkhidmatan dan tangga gaji..

ramai gred 41 yang melampau2 dah pinjam tapi langsung xbayar..
aku aritu ada kena panggil taklimat juga even bayar cket2..
last2 buat personal loan cover bayar ptptn n kereta sekali..senang otak aku fokus kat satu tempat je hutang..

kadang2 penjawat awam ni (dekat tempat aku kerja) xnak buat melalui potongan gaji..
sayang..xnak kotor payslip katanya..nak overlap personal loan banyak2 kali tujuan sebenarnya..
last2..hambek..kena potong kow2
Quote dHoney 29-12-2015 02:01 PM
ffawwaz replied at 29-12-2015 01:55 PM
memang pon ada panggil suruh penjawat awam datang taklimat pembayaran..
time kumpul penjawat2 awa ...

Mcm rugi jek buat personal loan byr ptptn..sebab kalo buat ujrah interest u baru 1% jah...
Quote chinta89 29-12-2015 02:07 PM
ffawwaz replied at 29-12-2015 01:55 PM
memang pon ada panggil suruh penjawat awam datang taklimat pembayaran..
time kumpul penjawat2 awa ...

nk potong utk tujuan lain sanggup plk..
Quote SitiRopeah 29-12-2015 02:12 PM
Ptptn kan dah bagi macam2 kelonggaran. Tapi semua peminjam degil. Kereta 7-8 ratus boleh bayar bulan2. Ansuran bayaran balik RM150 berkira.. Puih.
Quote ffawwaz 29-12-2015 02:12 PM
dHoney replied at 29-12-2015 02:01 PM
Mcm rugi jek buat personal loan byr ptptn..sebab kalo buat ujrah interest u baru 1% jah...

masa mula2 ujrah dari 2011 ada sorang kawan i yg mahir ekonomi buat kira2..
lebih kurang sama je bayar dengan admin fees 3% tu u..

tp i buat personal loan terus bayar kereta cash skali...huu..malas nak pening2 hutang sana sini..
Quote ffawwaz 29-12-2015 02:14 PM
chinta89 replied at 29-12-2015 02:07 PM
nk potong utk tujuan lain sanggup plk..

tu lah..nak buat camne..bila da kena potong masing2 marah..

tengok payslip..gred2 41 majoritinya gaji dah lebih 4k kot skarang..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.047657 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top