Pempengaruh dan usahawan media sosial Shaniena Natasya baru-baru ini telah mendedahkan bahawa dia telah membeli followers (pengikut) di akaun Instagramnya. Apa yang lebih mengejutkan apabila bayaran yang dibuat bagi followers yang dibeli ialah sebanyak RM20,000. Sebelum ini dia pernah mempunyai 375,000 followers di akaun yang lama, dan pada ketika itu dia tidak pernah membeli followers. Namun kini, dia perlu berbuat demikian atas urusan kerja. "Ya, saya beli followers. Followers saya dari 40,000 jadi 500,000 lebih dan saya beli harganya dalam RM20,000." Menurut Shaniena, dia yang bekerja dalam bidang ini memang memerlukan followers yang ramai bagi memberi impak yang besar dalam penjualan produk.
"Apabila bekerja dalam bidang ini kena dapatkan balik (pengikut) di sosial media. Saya ini bukanlah pempengaruh atau TikTokers, saya cuma bekerja di bawah sebuah syarikat. "Macam mana pun saya memang perlukan (followers)." Jelasnya lagi, sesetengah individu memandang followers, sebelum mereka membeli sesuatu produk. "Saya beli sebab ada pihak yang mengeluarkan produk nak tengok followers, tambah-tambah budak-budak sekarang, mereka akan tengok profil kita dan tengok berapa followers serta ‘bluetick’." "Ada sesetengah orang memang memerlukan benda ni." Shaniena berkata, dia memilih untuk berkata jujur dalam hal ini kerana tidak ingin hidup dalam penipuan. Sumber – OhMedia |
seri_mawr: so follwer tu dapat bayaran la ...
ADVERTISEMENT