CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lubang benam sedalam satu meter ‘muncul’ di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

25-9-2024 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40538| Komen: 14

 


SEPANG- Lubang benam sedalam satu meter dilaporkan berlaku di jalan masuk Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang, kejadian itu berlaku di kawasan berturap di antara pintu masuk dan keluar Kompleks Bunga Raya di KLIA Terminal 1.

Katanya, kedalaman lubang benam itu dianggarkan sedalam satu meter dan status jalan itu boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Pemeriksaan mendapati terdapat satu ‘manhole’ kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam yang mana kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi punca kejadian,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kejadian itu telah dimaklumkan kepada pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB).

“Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAHB setelah selesai siasatan dibuat dan kami

akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh mereka,” katanya.

Pada masa sama, Kosmo! juga sedang mendapatkan perincian terkini daripada MAHB berhubung kejadian berkenaan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 25-9-2024 03:10 PM
Nak salahkan apa bila jadi lubang benam ni, situ takde balak kan?
Quote pocongkiutss 25-9-2024 03:36 PM
Gile ahhh
Quote pocongkiutss 25-9-2024 03:36 PM
Decaffeinated replied at 25-9-2024 03:10 PM
Nak salahkan apa bila jadi lubang benam ni, situ takde balak kan?

Salahkan bangnon tgkp gisb
Quote Decaffeinated 25-9-2024 03:38 PM

good idea.

do'a orang2 teraniaya kan makbul.

Quote Neno90 25-9-2024 03:39 PM
Scary tul
Quote airfilterkotor 25-9-2024 03:47 PM
“Pemeriksaan mendapati terdapat satu ‘manhole’ kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam yang mana kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi punca kejadian,” katanya hari ini.


Benda boleh gadoh buatpe repair.
Quote johan-adx 25-9-2024 03:48 PM
klia pun dh hampir 30thn..msti la ada paip2 bawah tanah yg dah pecah.bila tak baiki mmg jd kawah dalam tanah
Quote shamsadis 25-9-2024 03:54 PM
kena check balik spec paip2 yang dipasang, takut spec dalam paper dia mintak saiz 30cm, kontraktor pasang 10cm...harga antara saiz jauh beza...demi keuntungan...

bila dah beberapa tahun, paip pun pecah sebab tak boleh tampung, JKR tengok buku, paip kalau ikut spec boleh tahan 1000 tahun, tapi ni beberapa tahun dah pecah...

contoh...
Quote Tinot7 25-9-2024 03:59 PM
Iols dgq, jaman now deme pakai mesin nak detect paip pecah ka apa.. patutnya deme selenggara mcm ni la.. bkn berpandukan buku manual tgk baper lama paip bleh bertahan.. realiti tak sama dgn dlm manual kekadang tu
Quote airfilterkotor 25-9-2024 04:47 PM
Kalau ikut lobai PAS dalam ceramahnya, apa-apa lobang mendap yang berlaku... bala dari tuhan walopun paip tu sebenarnya dah usang dan pecah.

Kalo paip air usang tak berganti kat Kelantam, itu ujian tuhan. Puikk.
Quote bottombikini 25-9-2024 06:26 PM
elok la kat bunga raye lak tu
Quote tumpanglalu74 25-9-2024 07:33 PM
[youtube]HthFeA_RUjw?si=BSvQ7TimVp7V-825[/youtube]
https://youtu.be/HthFeA_RUjw?si=BSvQ7TimVp7V-825
Quote orkid_amani 25-9-2024 08:44 PM
shamsadis: kena check balik spec paip2 ya ...

Tak laa yuu.. project MAHB w/pun pakai kroni cable aircond supervision tiptop.. penah dah beramai2 manager kena transfer kes corruption ni. Semua org tau manager tu corrupt
Quote sharlenetexas 25-9-2024 10:14 PM
Ni belum lagi hujing tahun


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.041157 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top