CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Linda Onn Mohon Maaf Selepas 11 Tahun - "Saya Mohon Maaf Jika Ada Pihak Media Yang Berkecil Hati Kerana Tidak Diundang Ke Majlis Kami Dulu"

25-9-2024 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18148| Komen: 11

 


"Saya mohon maaf jika ada pihak media yang masih berkecil hati kerana tidak diundang ke majlis pernikahan kami dulu.

"Kosong-kosong ya dan janganlah marah lagi," kata bekas penyampai radio terkenal, Linda Onn, 46, ketika diminta mengulas mengenai majlis pernikahannya dengan Ungku Azhar Ungku Maznan, 11 tahun lalu.

Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn berkata, dia juga ada sebab tertentu kerana tidak mengundang pihak media untuk membuat liputan majlis pernikahannya ketika itu.

"Saya hanya jemput kawan-kawan terdekat dan ahli keluarga atas sebab tertentu yang saya tak boleh ceritakan sampai sekarang.

"Saya tidak jemput media bukan sebab masalah saya dan suami dan majlis itu juga di buat secara kecil-kecilan," katanya ketika ditemui sempena pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut Noir x RidzOkumura, di sini.

Ditanya dakwaan pihak media dihalau dari kediamannya ketika itu, Linda berkata, dia tidak mengetahui perkara itu.


"Selepas selesai majlis pernikahan, baru ada yang beritahu wartawan berkumpul di luar rumah. Kalau saya tahu ada wartawan di luar mesti saya suruh masuk dalam rumah. 

"Bila keluar cerita baru saya dapat tahu wartawan kena halau? Saya percaya semuanya kerana salah faham dan semoga penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan," katanya. 

Mengenai dirinya diboikot pihak media, Linda berkata, dia juga tidak berasa dirinya dipinggirkan selepas insiden itu.

"Rakan wartawan, Allahyarham Mama Juwie (Abdul Jalil Salleh) pernah merancang untuk temukan saya dengan pihak media terbabit untuk beri penjelasan tapi saya pula tengah keliru dan tidak tahu kesalahan dilakukan ketika itu.

"Saya pula segan mahu berjumpa media dan percaya perkara itu akan dilupakan nanti," katanya.



Linda mendirikan rumah tangga dengan Ungku Azhar pada 27 Disember 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ungku Zara, 6.


Sumber :– Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 25-9-2024 12:30 PM
oooo ada bergaduh dengan reporter ke
patutlah macam sendu jer
Quote prince_marhaen 25-9-2024 02:17 PM
Laki sheols kerabat Johor mix Dutch kan... hellokkkk  
Kira biras biras sepupu sepapat laki Jue Evans kan...
Quote Burong_Hantuk 25-9-2024 02:21 PM
x payah la acik oiii...dulu kau kemain berlagak,,,ujung2 sendu jah
Quote Kurex 25-9-2024 03:37 PM
patutnya ajak ke reporter ni. reporter ni dtg bukan setakat nak makan nasik minyak, tapi nak kongsi berita gembira utk peminat kau...
Quote katak hijau 25-9-2024 03:42 PM
Ni salah sorang artis berlagak. Dari zaman kulit kelabu dulu pun dah berlagak
Quote dekmieDandy 25-9-2024 03:46 PM
ooo muka laki dia macam hans isaac
Quote babynina30 25-9-2024 03:58 PM
Sheols bsalin nomal ka ?
Quote Tiggybiru 25-9-2024 07:10 PM
Wooo helokkss
Quote lazim 25-9-2024 07:13 PM
Kuat sungguh muka jawa sheols. Walopon bergaya moden mata jawa sheols nmpk kampung jah
Quote dua_chzy 25-9-2024 07:48 PM
lazim replied at 25-9-2024 11:13 AM
Kuat sungguh muka jawa sheols. Walopon bergaya moden mata jawa sheols nmpk kampung jah

Kalau tengok betul2, macam Abon versi lawa kan.
Quote Minami2013 25-9-2024 08:45 PM
Kedai nasi ayam dia mcm makin maju je boleh buka kat mytown. Hari tu mkn situ order soto boleh pulak hidang kuah sejuk. Biar betul basic resto serve pun hancusss..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.076520 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top