CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Curang Bukan Punca Rumah Tangga Fazura, Fattah Amin Retak - Peguam Fazura

25-9-2024 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26100| Komen: 172

 


Peguam syarie yang mewakili Nur Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan menafikan curang menjadi punca anak guamnya memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin.

Memperincikan perkara itu, Fakhrul memberitahu, perceraian itu berpunca kerana tiada persefahaman antara mereka.

"Selepas permohonan cerai dibuat Fazura dan Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Malah dalam permohonan cerai yang dibuat tiada langsung menyebut isu berkaitan curang, sebaliknya antara mereka tiada persefahaman," katanya.

Fakhrul berkata, isu curang yang disensasikan hingga tular di media sosial tidak pernah dikeluarkan oleh kedua-dua pihak sebelum ini. 

"Semuanya berpunca daripada individu yang membuat kenyataan di media sosial terhadap perkara yang kami tak pernah cakap.

"Kedua-dua pihak sebolehnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka tanpa mengaibkan mana-mana pihak," katanya.


Sementara itu, mengulas mengenai tindakan Fazura yang berdiam diri sejak permohonan cerai dibuat, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, tindakannya yang dibuat adalah yang terbaik buat masa ini.

"Alhamdulillah itu lebih baik untuk saya. Selebihnya saya serahkan kepada Allah," katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin ke 7 Oktober ini.


Sumber :– Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 25-9-2024 12:12 PM
"Malah dalam permohonan cerai yang dibuat tiada langsung menyebut isu berkaitan curang, sebaliknya antara mereka tiada persefahaman," katanya.


Fakhrul berkata, isu curang yang disensasikan hingga tular di media sosial tidak pernah dikeluarkan oleh kedua-dua pihak sebelum ini.

Disensasikan oleh sapo sebenarnya hello?????


Quote KBW2 25-9-2024 12:45 PM
test
Quote KBW2 25-9-2024 12:46 PM
KBW2 replied at 25-9-2024 12:12 PM
"Malah dalam permohonan cerai yang dibuat tiada langsung menyebut isu berkaitan curang, sebaliknya a ...

test
Quote rosevelvet 25-9-2024 12:49 PM
KBW2 replied at 25-9-2024 12:12 PM
"Malah dalam permohonan cerai yang dibuat tiada langsung menyebut isu berkaitan curang, sebaliknya a ...

Ntahnya. Bukanke yg duk spill the milo dinasour tu faz punya team?
Quote MeowPARSI 25-9-2024 12:52 PM
Jengg Jengg Jengg,, makin best tgk drama
Quote KBW2 25-9-2024 12:52 PM
rosevelvet replied at 25-9-2024 12:49 PM
Ntahnya. Bukanke yg duk spill the milo dinasour tu faz punya team?

Faktanya begitu, reputz pun takda gosip apa pasal ni. Tuptup keluar dari mulut murai staff Mekjura baik laki, baik yang perempuan.
Quote Nurkaseh01 25-9-2024 12:53 PM
KBW2 replied at 25-9-2024 12:12 PM
"Malah dalam permohonan cerai yang dibuat tiada langsung menyebut isu berkaitan curang, sebaliknya a ...

Yang buat uturn tiber kata syg fattah jugak rasanya bodyguard je. Erni dengan angah tu mcm betul2 nk kata fattah curang
Quote Masukkeluar 25-9-2024 12:54 PM
Curang tak tp sondol dan curhat..
Beza tu

Tp demi xnk aibkan so ckp je “takde sefahaman”.
Biasa la tu normal mslh laki bini
Quote bedahmenjuyah 25-9-2024 12:55 PM
Patah amon nampak stress. Statement berdasarkan foto nan sekeping semata2
Quote fazila17 25-9-2024 12:55 PM
Team jura jugak yang havoc bagi hint pasal sondol menyondol sampai teruk Fattah kena kecam merata platform. Sekarang nak cuci tangan pulak
Quote Peachlilac 25-9-2024 12:55 PM
KBW2 replied at 25-9-2024 12:12 PM
"Malah dalam permohonan cerai yang dibuat tiada langsung menyebut isu berkaitan curang, sebaliknya a ...

kalau i jadi along, angah, ateh and the gang, i akan rasa mcm kena lempang je. malu weh. bodigad mulut mcm bontot ayam tu patut lagi malu. kalah bapok.
Quote KBW2 25-9-2024 12:56 PM
Masukkeluar replied at 25-9-2024 12:54 PM
Curang tak tp sondol dan curhat..
Beza tu

Sapa yang sondol? Fattah?
Quote alesandra 25-9-2024 12:58 PM
KBW2 replied at 25-9-2024 12:12 PM
"Malah dalam permohonan cerai yang dibuat tiada langsung menyebut isu berkaitan curang, sebaliknya a ...

mohon yg bakalan kena saman tu buat counter saman gak
Quote lilacomot 25-9-2024 01:00 PM
berapa byk benang daa
Quote alesandra 25-9-2024 01:02 PM
fazila17 replied at 25-9-2024 12:55 PM
Team jura jugak yang havoc bagi hint pasal sondol menyondol sampai teruk Fattah kena kecam merata pl ...

aku kesian gak kat stylist x semena-mena kena harass dan dipanggil penyondol dan mcm2 gelaran.team fake jugak yg buat naratif patah curang tu.jadi keadilan tu kat maner?
Quote Masukkeluar 25-9-2024 01:02 PM
fazila17 replied at 25-9-2024 12:55 PM
Team jura jugak yang havoc bagi hint pasal sondol menyondol sampai teruk Fattah kena kecam merata pl ...

Skrg smua netz sokong fattah dh..jgn risau..
Quote weezerfan 25-9-2024 01:06 PM
betullah tu kot patah dah x berguna bagi fakezura.
Quote fazila17 25-9-2024 01:14 PM
alesandra replied at 25-9-2024 01:02 PM
aku kesian gak kat stylist x semena-mena kena harass dan dipanggil penyondol dan mcm2 gelaran.team ...

Kata banyak bukti cubaan menyondol tapi satu apa pun tak nampak setakat ni. Sekarang pandai pulak mangkok2 tu senyap bila the table has turned.
Quote MeowPARSI 25-9-2024 01:18 PM
lilacomot replied at 25-9-2024 01:00 PM
berapa byk benang daa

Tgk tgk benang yg suci murni huhu

Lihat semua komen(172)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.078916 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top