Pelakon Fattah Amin sekali lagi menegaskan dia masih menyayangi isterinya, aktres Nur Fazura. Menganggap masih ada sinar untuk menyelamatkan perkahwinan, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 33, berkata, tiada lafaz talak yang berlaku hari ini. "Saya memohon orang ramai terus mendoakan yang terbaik. Saya masih berpegang dengan kenyataan saya sebelum ini, masih menyayangi Fazura. Tidak terjadi perkara itu (melafazkan talak) hari ini." Fattah berkata demikian usai sebutan kes permohonan cerai yang difailkan Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, pada Rabu. Tambah pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, segala ujian yang melanda rumah tangganya sudah ketentuan Ilahi. "Apa yang terjadi sudah takdir Ilahi. Tiga perkara yang perlu yakin adalah jodoh, ajal dan rezeki.Semua itu Allah sudah atur dan tetapkan bagaimana jalannya."
Dalam pada itu, Fattah memaklumkan dia sempat berjumpa dengan anaknya, Nur Fatima pada Selasa. "Semalam (Selasa) saya sempat berjumpa Fatima." Bagaimanapun ketika diminta mengulas mengenai dakwaan berlaku curang dan bilakah kali terakhir menghubungi Fazura, Fattah enggan memberi sebarang komen lanjut. Terdahulu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan. Pada 13 September lalu, Fazura dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap suami, aktor Fattah Amin. Bagaimanapun, Fattah memaklumkan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial. Fattah berkata, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka. Sementara itu, Fazura pula memilih mengunci mulut mengenai perceraian yang difailkan itu. Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun. Sumber :– Oh Bulan |
habisnamadahni replied at 25-9-2024 11:47 AM
faz hati kering..bagi la peluang kat fattah
alesandra replied at 25-9-2024 11:48 AM
patah nak fight ank dia kaa?
NazRysha replied at 25-9-2024 12:11 PM
sekali fatah file kan hadanah tercirit fakezura
NazRysha replied at 25-9-2024 12:11 PM
sekali fatah file kan hadanah tercirit fakezura
ADVERTISEMENT