KUALA LUMPUR: Malaysia meraih tempat dalam senarai lima destinasi dengan carian tertinggi oleh pelancong China pada Minggu Emas tahun ini bersama Jepun, Thailand, Korea Selatan dan Indonesia, demikian menurut platform pelancongan digital Agoda. Agoda mengumumkan terdapat peningkatan sebanyak 137 peratus berbanding dengan tahun lalu dalam jumlah carian penginapan antarabangsa dalam kalangan warga China untuk Minggu Emas yang bakal menjelang. Minggu Emas kedua China tahun ini bakal berlangsung dari 1 hingga 7 Oktober. Ia merupakan tempoh perjalanan utama bagi keluarga China yang ingin memanfaatkan percutian selama seminggu. Minggu Emas disambut dua kali setahun di China iaitu sekitar Tahun Baharu Cina dan Hari Kebangsaan China. Naib Presiden Kanan, Bahagian Bekalan di Agoda, Andrew Smith, berkata peningkatan dalam carian untuk perjalanan antarabangsa pada Minggu Emas menunjukkan peningkatan dalam keyakinan warga China untuk menerokai destinasi antarabangsa.
"Kami berasa teruja apabila melihat destinasi berhampiran dengan pantai timur China seperti Seoul dan Osaka, serta tempat percutian kegemaran Bangkok dan Bali yang lebih jauh ke selatan menarik minat pelancong China. "Di samping itu, daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong China semakin meningkat telah terbukti dalam tempoh percutian utama ini. "Dengan kelebihan rangkaian hotel Asia yang unik, Agoda komited untuk membantu pelancong China untuk menikmati percutian ke seluruh Asia dengan harga yang lebih murah dan tawaran bernilai hebat," katanya dalam satu kenyataan. Agoda terus membantu pelancong dengan menawarkan lebih 4.5 juta tempat penginapan percutian di seluruh dunia, lebih 130,000 laluan penerbangan dan lebih 300,000 aktiviti liburan, yang kesemuanya boleh digabungkan dalam satu tempahan yang sama dengan mudah. Sumber : Berita Harian |
Kitty_catz replied at 28-9-2024 06:19 AM
minggu emas = golden week ke?
oo ingatkan kat jepun je ada golden week
dua_chzy replied at 28-9-2024 02:30 PM
Meols pun ingat kat Jepun ja hada.
Kitty_catz replied at 28-9-2024 02:32 PM
hat jepun end april to 1st week may ke mcm tu
kena mark calendar sesiap.. jgn pegi time ni , smu ...
SalenaGomez replied at 28-9-2024 06:38 PM
Kalau mcm tu kena mark juga golden week prc ni. Kalau pegi prc time golden week ni, maybe sesak da ...
ADVERTISEMENT