CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasukan F1 teruja untuk 'kembali' ke Sepang - Tan Sri Mokhzani Mahathir

24-9-2024 11:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26465| Komen: 0

 


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir mendedahkan kesemua pasukan yang berentap di Formula Satu (F1) cukup teruja andai perlumbaan itu kembali ke Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (PETRONAS SIC).

Seperti diketahui, Malaysia menerusi PETRONAS SIC menjadi destinasi tetap perlumbaan empat roda berprestij itu sejak ia mula dianjurkan pada 1999 sebelum ia dihentikan pada tahun 2017.

Selepas tujuh tahun tidak dianjurkan, Mokhzani berkata, litar kebanggaan negara itu masih menjadi litar kegemaran ramai pasukan tetapi menegaskan sesuatu yang 'segar' perlu diperkenalkan andai mahu ia menjadi kenyataan.

Dan antara perubahan yang boleh dibuat adalah menganjurkan perlumbaan di sebelah malam.

"Saya berada di Singapura baru-baru ini untuk menyaksikan perlumbaan F1 di sana dan bercakap dengan beberapa pasukan yang bertanding," kata Mokhzani ketika ketika ditemui ketika majlis pelancaran MAM Festival of Speed Malaysia 2024, hari ini.


"Kesemua mereka bertanya kepada saya bila Sepang akan menganjurkan perlumbaan F1 semula kerana mereka menikmati perlumbaan dan berada di sana.

"Sepang direka khusus sebagai litar F1 yang benar-benar memberi cabaran kepada pelumba dan jentera.

"Mungkin jika kita berpeluang untuk menjadi penganjur sekali lagi, kita harus melakukan perbezaan. F1 bukan lagi mengenai menonton 20 jentera berlumba di litar, ia lebih daripada itu ketika ini.

"Kita memerlukan acara sampingan yang melengkapkan perlumbaan Grand Prix kedua-duanya di litar dan ibu kota ketika minggu perlumbaan. Persidangan dan konsert kini menjadi sebahagian daripada minggu perlumbaan F1.

"Kita juga boleh menganjurkan perlumbaan di sebelah malam menggunakan sinaran lampu dan ia lebih sejuk. Bahrain sudah melakukannya daripada perlumbaan siang ke malam dan ia membuktikan bukan mustahil untuk melakukannya."

Begitupun Mokhzani menegaskan, untuk kembali menganjurkan F1 di Malaysia bukan tugas yang mudah dan ia memerlukan kos yang amat tinggi.

Mengulas mengenai MAM Festival of Speed Malaysia 2024, Mokhzani berkata, ia adalah penganjuran pertama kejuaraan berkenaan di Malaysia yang dijadual berlangsung pada 18 hingga 20 Oktober depan.

Berlangsung di PETRONAS SIC, sejumlah tujuh disiplin perlumbaan akan dianjurkan iaitu Karting Sprint, Karting Slalom, Rali, Gymkhana (kereta), Gymkhana (motosikal), E-Sport dan Pocket Bike.

"Festival ini bukan sekadar pertandingan, ia juga mengenai memupuk minat terhadap sukan permotoran dan menjadikannya lebih mudah diakses dan lebih luas oleh pelbagai golongan masyarakat," kata Mokhzani.



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.288271 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top