CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pastikan DUN Mahkota dapat wakil rakyat mampu berkhidmat - Nurul Izzah

24-9-2024 10:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24845| Komen: 1

 


KLUANG: PKR mahu memastikan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mendapat seorang wakil rakyat yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata disebabkan itu, fokus jentera mereka ialah bekerja sebaik-baiknya untuk membantu memenangkan calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan.

"Kami daripada PKR dalam siri bertemu dan menziarahi pengundi DUN Mahkota dan lebih-lebih lagi (kunjungan ini) untuk mengingatkan mereka mengenai hari pengundian agar (pengundi) beri undi dan menangkan calon BN kerana penting mendapat perwakilan yang mampu berkhidmat.

"Saya datang sini dengan semangat setia kawan dan persahabatan. Kami mahu memastikan bahawa kami mendapat sokongan padu (daripada pengundi). Pertama sekali, kami berada di medan perang dan kami mahu menang dan meyakinkan pengundi untuk mereka memberikan sokongan penuh," katanya.


Nurul Izzah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pulau Pinang berkata demikian semasa ditemui pada Program Ziarah Kasih di Taman Ilham di sini hari ini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Selain itu, Nurul Izzah juga merayu kepada semua pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab pada 28 September ini, kerana setiap undi berharga dalam pilihan raya.

"Tolong berikan undi anda dan insya-Allah kami akan berkhidmat dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Kami sentiasa cuba meningkatkan perkhidmatan demi rakyat Johor dan kita hendak pastikan ada kesinambungan yang berterusan," katanya.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara Syed Hussien dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 25-9-2024 07:26 AM
Naib presiden pkr ada bpe ramai?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.139197 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top