Berita kematian tragis seorang wanita yang dikenali sebagai Mahalakshmi, 29, telah menggemparkan seluruh dunia, baru-baru ini. Mayat mangsa iaitu Mahalakshmi telah ditemui di dalam peti sejuk rumahnya di Bengaluru, India pada 21 September lalu. Lebih mengerikan apabila mendapati bahawa tubuh badan mangsa telah dikerat kepada 59 bahagian dan keadaan mayat sudah mula berulat. Menurut sumber, ibu mangsa iaitu Meena Rana telah membuat laporan tentang kehilangan anak perempuannya dan susulan daripada itu, pihak polis mula melakukan pencarian yang akhirnya membawa kepada penemuan mayat tersebut. Difahamkan, turut ditemui adalah satu bagasi yang berada berdekatan dengan peti sejuk berkenaan namun pihak polis masih belum dapat menyimpulkan sama ada suspek cuba memindahkan mayat Mahalakshmi ke tempat lain ataupun ia dibawa masuk dari luar. Menurut sumber, mangsa dan suaminya, Hermant Das telah lama tinggal berasingan selepas wanita itu memfailkan laporan polis mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Hemant pula menuduh isterinya menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang tukang gunting rambut.
Susulan daripada maklumat yang diperolehi, pihak polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan Mahalaksmi dan percaya suspek utama adalah teman lelaki mangsa, Ashraf. Dalam masa yang sama, polis juga tidak menolak kemungkinan jenayah itu dilakukan lebih daripada seorang termasuk tiga orang rakan kerja mangsa iaitu Mukta, Shashidhar dan Sunil Sumber: The Commune, Hindustan Times, Oneindia, Oh Bulan |
bintangct replied at 24-9-2024 11:58 PM
kesiannya.. dulu negara kita pon ada kes gempar mcm ni kat mont kiara huhu
bintangct replied at 24-9-2024 11:58 PM
kesiannya.. dulu negara kita pon ada kes gempar mcm ni kat mont kiara huhu
kelip2_07 replied at 25-9-2024 09:53 AM
yg mane?
bintangct replied at 25-9-2024 10:21 AM
cuba google
iols rasa dh 10+ yrs kes tu
rasanya yg mati tu pun pompuan gak Kena tetak ngn suami
ultra78 replied at 25-9-2024 11:43 AM
Editor CARI buka thread tak tahu kejadian di mana.
bintangct replied at 24-9-2024 11:58 PM
kesiannya.. dulu negara kita pon ada kes gempar mcm ni kat mont kiara huhu
ADVERTISEMENT