CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yusuf Azmi Ajak Caprice Berjumpa, Bincang Demi Kebenaran & Keadilan – ‘Eh Cap, Kau Nak Apa Sebenarnya? Kau Datang Jumpa Lah’

24-9-2024 09:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30383| Komen: 32

 

 

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia iaitu Yusuf Azmi mengajak penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice untuk bersemuka bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.

 

Menerusi surat terbuka yang dikongsikan di TikTok, Yusuf mengajak Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berbincang mengenai perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati penyanyi itu terhadap pihaknya.

"Surat terbuka untuk Caprice Daddycap . Pihak Semboyan Malaysia mengajak Caprice untuk berdepan dengan kami dan bercakap depan kami tentang apa yang tidak puas hati dengan pihak kami."


"Kami menjemput Caprice dan masih menganggap anda sebagai seorang lelaki."


Tambah Yusuf lagi, jemputan pertemuan tersebut adalah bertujuan supaya mereka berdua dapat mencari keadilan dan kebenaran.

"Pihak Semboyan dengan hormat mengajak anda untuk duduk semeja dan berdepan dengan kami. Jemput datang ke Semboyan dan kita berbincang demi kebenaran dan keadilan."

Terdahulu, Caprice memuat naik satu foto memaparkan Yusuf bersama pemimpin GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Sumber: TikTok Semboyan Malaysia, Oh Bulan

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 25-9-2024 06:19 AM
Kenapalah Cap ni pun perangai hauk..yg sorang lg pun hauk..cap perli perli vida ..mak bapa cap xmarah ke eh anak dia perangai gitu.annoying betul manusia zaman skrg eh.xkan sampai tua hidup nk cari salah org ja ea
Quote MatDeghem 25-9-2024 06:27 AM
MisXoXo replied at 25-9-2024 06:19 AM
Kenapalah Cap ni pun perangai hauk..yg sorang lg pun hauk..cap perli perli vida ..mak bapa cap xmara ...

demi sesuap nasi. nak cari makan. kena buat content.


Quote minahgempal 25-9-2024 06:40 AM
menyampah plk aku ngn dia nie..berangin jek memanjang..cap tu bkn takat menyampah jek..benci perangai chase clout/perangai poyo dia..mcm mna nth bini boleh tahan dgn perangai dia pun tk tau la..
Quote red_velvet 25-9-2024 06:47 AM
Mat ariz tu memang annoying, jantan paling penyibuk dalam dunia... Tak pernah jumpa lelaki kuat membawang macam dia ni.. apa sumber income mmaat ni heh... Menyanyi tak seberapa, kerja menyibukkk hal orangg je... Tapiii mamat azmi ni pun i menyampah..acah2 abang long euwwww.... Nampak busuk walau beria tayang lengan bengkak dia tu.. katik dengan katik, helok la korang berdua ...dua2 acah2 terpaling good2 sangat
Quote Mimo.mimo 25-9-2024 06:59 AM
Apa yang topinasi ni busy body kali nih? Tetiba je vida pun petik nama dia pastu yusuf ni pulak
Quote L.U.S.M 25-9-2024 07:38 AM
Cap ni kecik2 dulu cita2 nk jadi polis ke askari?terpaling munafik hunter konon

Bini sendiri tu pun ko xreti jaga..xreti dakwah..nk acah terpaling munafik hunter..btw azmi ni mmg katik n busuk eh..mcm Bangla..kutip duit mangsa2 konon nk tlg.hujung2 xsettle pun isu mangsa tu.aku dh lama menyampah semboyan dgn ppim ni..sama je dua2 tu dgn gisb.tunggang nama melayu dgn agama Islam..
Quote brainbiru 25-9-2024 07:47 AM
" Pihak Semboyan dengan hormat mengajak anda untuk duduk semeja dan berdepan dengan kami. Jemput datang ke Semboyan dan kita berbincang demi kebenaran dan keadilan"

Terjerit2 gitu, itu ke cara terhormat?

Quote ardent91 25-9-2024 07:51 AM
tah2 dua ekor ni berlakon jer.... mana taw zaman skrg ni mcm2 hal
Quote missyL 25-9-2024 08:33 AM
Sama je dua2
Quote missyL 25-9-2024 08:34 AM
ardent91 replied at 25-9-2024 07:51 AM
tah2 dua ekor ni berlakon jer.... mana taw zaman skrg ni mcm2 hal

Kn
Byk sgt drama skang
Quote jalfa 25-9-2024 08:36 AM
Dua dua busyuk...
Quote farralemkova 25-9-2024 09:11 AM
alahhh nnt jmpa... salam comolot... mcm tu la selalu.. xdak pun adegan taboh menaboh....
Quote kucingitam 25-9-2024 09:20 AM
aku lagi menyampah si semboyan ni...
Quote azimodin 25-9-2024 09:34 AM
Battle of the hauk-est ke ni? Mamat sembiyan ni pon xpayah acah2 la. Dia pon pilih bulu kan bila nak fight for justice ni.
Quote chandrahusin 25-9-2024 09:41 AM
Mimo.mimo replied at 25-9-2024 06:59 AM
Apa yang topinasi ni busy body kali nih? Tetiba je vida pun petik nama dia pastu yusuf ni pulak

ada ternampak reels VidaVida kata Cap over plk ulas psl Abg bas
Vida kata mmg la Cap nak create awareness
tapi tak yah la overdo
duk ulang2 psl video2 Abg bas
Abg Bas pun dh dapat balasan kata Vida

itu lah ulasan yg aiols boleh simpulkan
Quote SalenaGomez 25-9-2024 09:43 AM
missyL replied at 25-9-2024 08:34 AM
Kn
Byk sgt drama skang

Mcm content
Quote brunesss 25-9-2024 09:52 AM
minahgempal replied at 25-9-2024 06:40 AM
menyampah plk aku ngn dia nie..berangin jek memanjang..cap tu bkn takat menyampah jek..benci peranga ...

bini dia sama juga gila clout demi seutas LV. org sound anak dia pandai meroyan. dia sound org mcm dia tuhan nokss. dari sejak azali tak pernah suka caprice poyo ni. entah mcmana boleh gain peminat yg menyokong. memang sama kumpulan yg menyokong dan support abang bas dan anju. hahaha tiber
Quote BungaKencana 25-9-2024 10:34 AM
kanda jual baju je dah la...
Quote Mimo.mimo 26-9-2024 07:35 AM
chandrahusin replied at 25-9-2024 09:41 AM
ada ternampak reels VidaVida kata Cap over plk ulas psl Abg bas
Vida kata mmg la Cap nak create aw ...

Maceh kaka. Dia dah tak relevan, takperlu buat camni kot.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.237955 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top