CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hati-hati pilih restoran pamer 'no pork no lard' - Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan

24-9-2024 08:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19306| Komen: 41|Original author: ultra78

 

 

SHAH ALAM - Umat Islam diingatkan supaya berhati-hati apabila memilih untuk makan di restoran yang hanya memaparkan tanda ‘no prok, no lard’.

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan menjelaskan, terdapat sesetengah peniaga yang cuba mengelirukan pelanggan khususnya umat Islam apabila menggunakan istilah menyerupai halal.

“Tanda-tanda ini tidak semestinya menunjukkan makanan tersebut menepati syarat halal menurut syariah.

“Oleh itu penting untuk berhati-hati dan memastikan sijil halal yang sah bagi memastikan makanan yang dimakan benar-benar halal dan mematuhi standard syarak dalam penyediaan makanan,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, kebanyakan restoran popular yang tiada status halal di Lembah Klang masih berusaha memancing pelanggan Islam dengan menggunakan promosi seperti Muslim friendly, halal food dan pork free khususnya di media sosial.

Yang Dipertua Persatuan Kesihatan Ikram Malaysia (Ikram Health), Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata, aspek halal bukan sahaja berkaitan dengan larangan agama seperti arak dan daging babi tetapi juga kesihatan.

Dalam pada itu Jamali menjelaskan, pemilihan tempat makan atau makanan yang mempunyai pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau institut halal luar negara yang diiktiraf amat dituntut dalam Islam kerana terbukti bahan yang digunakan tidak syubhah.

Beliau turut menyarankan pemilik restoran melakukan langkah proaktif dengan memohon sijil halal supaya tidak timbul kekeliruan dalam masyarakat terutama pengguna Muslim.

“Menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia apabila ada tempat tular, ramai akan pergi tanpa buat penelitian sama ada makanan disajikan halal atau tidak.

“Oleh itu pengguna perlu berhati-hati, kena pastikan makanan yang dimakan halal, bersih dan mengikut syarak.

“Pemilik premis juga boleh elakkan restoran mereka menjadi bahan pertikaian tentang isu halal dan kalau ada sijil (halal), sudah pasti ramai akan datang makan tanpa was-was,” ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 24-9-2024 09:39 AM
Kena lebih berhati-hati dalam memilih kedai makan
Quote prettyuglybabe 24-9-2024 10:25 AM
kalau mereka yakin no pork no lard tu halal, let them eat la..
kalau nak kata halal bukan setakat babi arak, kedai melayu pun bukan semua bersih..
segala sos, perisa, kicap tu pun ramai je pakai produk telen/cina..
tapi sebab melayu, kita telan je..

Quote Samerosie 24-9-2024 10:32 AM

[tiktok]7389521114839403783[/tiktok]
Quote rashiman 24-9-2024 10:33 AM
Kategori Halal bukan hanya berdasarkan dari No pork
No lard aje.....Sumber bahan mentah yang lain seperti Ayam, Lembu, adakah dari sumber yang halal ( yang disembelih mengikut islam ) selain sistem penyimpanan barangan mentah yg sesuai dan bersih, sistem perparitan dll.


Quote slavehunter 24-9-2024 11:23 AM
Perlu ke letak gambar babi as a sign?

Quote rashiman 24-9-2024 11:33 AM
slavehunter replied at 24-9-2024 11:23 AM
Perlu ke letak gambar babi as a sign?

X perlu letak babi, cuma jika nak pelanggan muslim, kenalah dapatkan sijil halal dari jakim dan pamerkan di premis.
Quote slavehunter 24-9-2024 11:38 AM
rashiman replied at 24-9-2024 11:33 AM
X perlu letak babi, cuma jika nak pelanggan muslim, kenalah dapatkan sijil halal dari jakim dan pa ...

Kann very simple logic.
Quote kucingitam 24-9-2024 02:01 PM
prettyuglybabe replied at 24-9-2024 10:25 AM
kalau mereka yakin no pork no lard tu halal, let them eat la..
kalau nak kata halal bukan setakat ba ...

setuju..yg ni aku selalu tekan kan bila org kata kedai melayu tak perlu sijil halal
Quote casper2022 24-9-2024 03:18 PM
Klau xperlu sijil halal brani xletak not halal depan kedai? nk tgk melayu mn nk masuk.
Quote dua_chzy 24-9-2024 04:20 PM
Samerosie replied at 24-9-2024 02:32 AM

Vegetarian food is kosher food.

Memang takda ngok2. Deols strict bab ni sebab tamau nanti berdosa tipu orang, reincarnate jadik lipas la babi la, amoeba ka. Pure vegetarianist, teloq ayam, susu lombu pun tak consume.
Quote juruterra 24-9-2024 04:49 PM
din tai fung klcc ni pun letak signboard no pork no lard... saya x suka sgt chinese food mmg x penah masuk tp ramai je muslim masuk
Quote Samerosie 24-9-2024 04:57 PM
dua_chzy replied at 24-9-2024 04:20 PM
Vegetarian food is kosher food.

Memang takda ngok2. Deols strict bab ni sebab tamau nanti berdosa ...

but some melayu will still ask halal ke?

I pernah cerita dalam porum ni, i ordered from this vegetarian resto via fp.  Rider called i tanya i islam ke sebab ni kedai cina.  Masa that thread keluar yg ada video rider called tuan rumah tu, I ingat it was me sebab sebijik macam tu dia cakap kat i except dia mula2 tanya i islam ke.  I pun macam that lady cakap baik2 and ask to just leave the food as instructed.

Nak tunggu melayu buat pure vegetarian meals...lambert lagi ler baik kedarah nasi kandaq sampai RM400 ringgit kan.
Quote Samerosie 24-9-2024 05:08 PM
casper2022 replied at 24-9-2024 03:18 PM
Klau xperlu sijil halal brani xletak not halal depan kedai? nk tgk melayu mn nk masuk.

Ingat tak mamat ni, dia jual non halal nasi lemak pun orang melayu sibuk pertikai kata confusing.  Sebabnya nasi lemak jer padahal kat banner dia ada tulis non-halal, so tak tau la siapa yg brani ke tak brani?
[youtube]L_NuBBMP7X4[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 24-9-2024 05:09 PM
I've said no pork no pork lah!  

[youtube]XdguyMJprsA[/youtube]

http://youtu.be/XdguyMJprsA
Quote syamzana 24-9-2024 06:42 PM
dua_chzy replied at 24-9-2024 04:20 PM
Vegetarian food is kosher food.

Memang takda ngok2. Deols strict bab ni sebab tamau nanti berdosa ...

teringat kolig iols chinese vegetarian, ada satu hari (perayaan apa tatau) depa satu fmly akan buat makan dari tepung bentuk2 binatang. cute2 plak kejadian binatang tu pun. dia kata sbg hormat perayaan tu tp derang x mkn daging so nak celebrate dgn pemakan daging ni derang akan mkn kuih bentuk binatang tu.
pastu cheese pun tak mkn (asal dari binatang). mmg extreme la i tgk.
lg sorg kata vegetarian jugak tp cuma daging semata tak mkn, cheese, telur, hewan laut sume hadap
Quote ultra78 24-9-2024 07:06 PM
rashiman replied at 24-9-2024 10:33 AM
Kategori Halal bukan hanya berdasarkan dari No pork
No lard aje.....Sumber bahan mentah yang lain se ...

Benda yg org terlepas pandang
1. Ayam sembelih atau tidak
2. Penggunaan arak dalam masakan
3. Penggunaan sos,kicap dan bahan-bahan masakan yang diragui status dia
Quote bottombikini 24-9-2024 07:19 PM
Samerosie replied at 24-9-2024 05:08 PM
Ingat tak mamat ni, dia jual non halal nasi lemak pun orang melayu sibuk pertikai kata confusing.  ...

confusing apenye dah sah2 dia buh non halal khuens
melayu2 pengkomen tu pikir nasi kandar semestinya halal ke aiyooo
Quote _kelly 24-9-2024 07:42 PM
bottombikini replied at 24-9-2024 07:19 PM
confusing apenye dah sah2 dia buh non halal khuens
melayu2 pengkomen tu pikir nasi kandar semestin ...

orang jual nasi lemak babi pon netizen marah..dorang ingat nasi lemak tu muslim saja ke yang pandai buat dan makan
Quote kakikuDibibirmu 24-9-2024 07:45 PM
Nasi ayam claypot tersenyum sinis

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.057117 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top