CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Penangguhan Perlaksanaan Hukuman Penjara Adalah Perkara Biasa” – Peguam Da’i Syed

24-9-2024 08:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28695| Komen: 0

 


Peguam mewakili Da’i Syed yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan merogol seorang wanita 5 tahun lalu, Datuk Abu Bakar Isa Ramat memaklumkan prosedur dibebaskan dengan jaminan adalah perkara biasa.

Difahamkan, tarikh sebutan semula pengurusan kes pendakwah bebas itu ditetapkan pada 5 November ini.


"Pada jumaat lepas, kami sudah mendapat satu penangguhan perlaksanaan terhadap keputsan mahkamah sesyen. Jadi mahkamah tinggi membenarkan anak guam saya dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu pelupusan kes rayuan."

"Itu merupakan satu prosedur biasa sebab jika mahkamah sesyen sudah jatuhkan hukuman, pihak peguam boleh memohon mendapatkan penangguhan perlaksanaan."

"Namun mahkamah sesyen tidak membenarkan dan memutuskan anak guam saya dihantar ke penjara. Kemudian pada 18 September lalu, peguam dari firma guaman saya memfailakn penangguhan."

Pada 20 September lalu, hakim telah memberikan kelulusan untuk penangguhan perlaksanaan dan Da’i Syed dilepaskan dengan jaminan.

Terdahulu, Syed telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan atas kesalahan merogol setelah mendapati tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Sumber – Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.102286 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top