Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah dilaporkan hadir memberi sokongan buat bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana yang menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4) semalam. Ditemui media, Patimah berkata dia tidak menyangka bekas menantunya itu mempunyai bakat melawak di atas pentas.
"Saya tidak sangka dia boleh melawak. Tetapi sebenarnya dia di rumah juga kelakar. Lepas tu, dia yang menjadi bahan usikan. "Hari ini (semalam) saya hadir sendiri bersama kawan-kawan sementara Datuk Yusuf Haslam mempunyai urusan lain dan tidak dapat datang." Ujarnya lagi, dia akan berusaha untuk hadir setiap minggu bagi menunjukkan sokongan jika diizinkan Allah S.W.T.
"Insya-Allah, jika diberikan kesihatan saya akan datang setiap minggu. Tetapi saya rasa menonton di televisyen di rumah saja mungkin sudah memadai nanti." Sekadar info, Puteri Sarah menyertai rancangan lawak itu bersama-sama Mamak Puteh dan Ilham Abata dalam kumpulan Gebu. MLS musim ke-4 turut menampilkan Saiful Apek, Harith Iskander dan Anna Jobling sebgai juri sementara Datuk AC Mizal sebagai pengacara. Sumber – Beautifulnara
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|