CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ezany Nizariff Kini Bergelar Pengarah Akademik, Hanya Berlakon Jika Ada Kelapangan Waktu

23-9-2024 11:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36958| Komen: 61

 


Di TikTok, seorang netizen bertanyakan sebab mengapa pelakon, Ezany Nizariff dilihat sudah jarang berlakon bagi mana-mana drama di stesen televisyen.

Menjawab kepada persoalan itu, Ezany atau nama sebenarnya Mohd Ezany Mohd Nizariff menjelaskan bahawa dia kini mempunyai beberapa pekerjaan hakiki yang perlu dilakukan dan hanya akan berlakon jika ada masa yang sesuai.

"Ada beberapa pekerjaan yang perlu saya lakukan dan uruskan encik.

"Saya hanya berlakon jika ada kelapangan dan waktu yang sesuai, insya-Allah."

Jelas pelakon yang popular menerusi filem ‘Gerak Khas The Movie 3’, dia kini berkhidmat sebagai seorang pengarah akademik di sebuah universiti selepas berjaya memperoleh lesen mengajar di salah sebuah universiti yang berpangkalan di United Kingdom (UK).

"Contohnya, kini saya (berkhidmat) sebagai pengarah akademik dan mempunyai lesen dari London Examinations Board di UK."


"(Lesen diperoleh) selepas saya jalani program sijil dan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan E-Dagang.

"Lesen ini boleh dijalankan dan digunakan di mana-mana negara dalam dunia."

Selain itu, pelakon berusia 51 tahun menjelaskan dirinya kini sibuk menghadiri jemputan melakukan program bagi membantu mana-mana syarikat meningkatkan produktiviti pekerja.

"Saya juga selalu dijemput untuk menjadi pensyarah bagi beberapa universiti dan kolej serta menjalankan program latihan untuk syarikat-syarikat untuk meningkatkan lagi produktiviti pekerja mereka."

Hantaran tersebut telah tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya kagum melihat Ezany yang tetap mementingkan pendidikan di samping kariernya sebagai seorang pelakon sebelum ini.

 

Menjengah ke ruangan komen, netizen berharap anak-anak muda dapat menjadikan kejayaan Ezany ini sebagai satu inspirasi buat mereka untuk berjaya.

Sementara itu, Ezany turut mengambil kesempatan menitipkan pesan buat semua anak muda tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan.


Sumber: Oh Bulan
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bintangct 24-9-2024 12:24 AM
nmpk lg ensem plak slps educated
Quote mizzmimi 24-9-2024 12:27 AM
Dulu tokei belacan.. Sekarang pengarah akademik

Teringat masa gaduh ngan exwife dulu.. kerah exwife giling belacan katanya..
Quote minho_nora 24-9-2024 01:12 AM
Ni pun boleh masuk kategori vampire gak ni.. tak makam usia.. macam tu je muka dia
Quote pocongkiutss 24-9-2024 01:17 AM
Wujud ke mende tu..teringat boy iman pulak
Quote pocongkiutss 24-9-2024 01:19 AM
Wui..acik porem..cuba google nama "London Examinations Board" kat review tu ada tulis FAKE PLACE!!!!

KAH KAH KAH
Quote MisXoXo 24-9-2024 02:48 AM
Spesies boy iman jugak niiii..dia belajo sampai mana yg senang2 nk dpt tuu
Quote patchipink 24-9-2024 04:56 AM
Edited by patchipink at 23-9-2024 08:57 PM

Adui tak menahan tergelak besar iols
taip jew London Examinations Board tetibe nampak pic abangla dua ketul muncul di celah-ii bunting apit kiri kanan
iols tak pandai tepek pic
Quote PinkyPie 24-9-2024 05:48 AM
Ada bau bau belacan kisah ini
Quote nonymous 24-9-2024 05:56 AM
hero rebutan dulu, top drama Natasha dgn FS, pastu hilang pas bukak biz sendiri, heroinnya FS menten sampai skg still ligat berlakon
Quote princessmiang 24-9-2024 05:59 AM
Yihhhhh acik porom pun mudah tertipu ke….bau ikan masin sangat tetibe bleh jadi pengarah akademik tanpa laluan akademik..bila heshe dpt masters at least
Quote IzzahF 24-9-2024 06:47 AM
asal ada nama london
Quote Moyangkucing 24-9-2024 06:53 AM
patchipink replied at 24-9-2024 04:56 AM
Adui tak menahan tergelak besar iols
taip jew London Examinations Board tetibe nampak pic abangla du ...

Laaa ye ke? Nasib baik iols belum mula memuji ..
Quote karipap_sadin 24-9-2024 06:58 AM
iolls bc dgn penuh tanda tanya..ko stakat amik diploma = dpt license dr london examinations board @ dpt license mngajar. Weih kt msia ipta pun..lecturer2 yg ada master tu kena buat phd kot.  Agak2 lah klau nak sembang
Quote babynina30 24-9-2024 08:05 AM
Sopan dia reply n refer org tu as Encik
Tp tu lah. Diploma E-dagang blablabla, landen. Terus jd pengarah akademik kauu

I syak ni mst agent cari student blaja kt kolej. Nt dpt komisen

For his age, masih letopan yach
Quote Sazreena 24-9-2024 08:21 AM
Pengarah akademik kalau yg ajar tu memang certified lecturers/master/phd holders maybe la orang caya. Even dengar ko speaking london pun x pernah....takkanlah ko ngapal karangan cam spm masa jawab exam en. Hujung-hujung jadi cam ikan keli tutup akademi. Ni ke tempat yg ko amik cert tu..
https://www.facebook.com/LondonExaminationsBoard/
Quote nisako 24-9-2024 08:23 AM
wow tahniah
Quote hasniey 24-9-2024 08:24 AM
Owh lepas pisah dgn wife terus bungkus ke bisnes blcan dia?
Quote prince_marhaen 24-9-2024 08:30 AM
video TT heols semua filter 100 lapis sampai berdebu video ye... hahahaha.. semua video gi meeting je, ada sorang dua omputih tu la dok ulang2..... spesis boy iman belon jugak ni... hati2 la semua... dok giling belacan tibah2 je jadi pengarah kolej.. hahahaha
Quote mamapea 24-9-2024 08:31 AM
thn 2004 aku pernah keja dgn 1 production house ni...ofis skali dgn travel agency kt pertama complex....ezany dtg nk beli tiket flight masa tu...kelakar pulak bila teringat blk...

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.114864 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top