CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datin Patimah Syukur Syamsul Kerap Ke Rumah – ‘Dia Suruh Masak, Mungkin Rindu Sebab Lama Tak Pulang’

23-9-2024 11:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36442| Komen: 42

 


Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa syukur dan gembira selepas kembali bersatu bersama anak lelakinya itu.

Ketika ditemui OhBulan!, Patimah memaklumkan Syamsul kini berada di dalam keadaan yang baik dan sering ke rumahnya selepas pulang dari kerja.

"Syamsul sihat Alhamdulillah, selalu dah balik rumah. Selepas selesai kerja dia akan balik singgah ke rumah.

"Sebab dia bekerja di Finas dan dekat dengan rumah saya, jadi dia akan singgah."

Sebagai seorang ibu, Patimah akan memenuhi permintaan Syamsul untuk menyediakan makanan kegemarannya.

"Dia akan suruh masak makanan kegemarannya, mungkin dia rindu agaknya. Sudah lama juga dia tak balik kan..Alhamdulillah."

Patimah berkata demikian ketika ditemui seusai program Muzikal Lawak Superstar 4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB pada Ahad.


Dalam pada itu, isteri kepada penerbit terkenal iaitu Datuk Yusof Haslam tersebut hadir menyokong bekas menantunya Puteri Sarah Liyana yang menjadi salah seorang peserta bagi program berkenaan.

"Tak sangka dia ada bakat melawak tapi sebenarnya dia memang kelakar, dekat rumah pun kelakar orangnya.

"Datuk Yusof tak dapat nak hadir kerana dia ada acara. InsyaAllah kalau saya sihat, boleh juga untuk saya datang setiap minggu."

Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram pada 12 September lalu, Patimah memuat naik foto bersama Syamsul sekaligus memaklumkan bahawa anaknya itu sudah kembali ke pangkuan keluarga selepas hampir dua tahun tidak bersua.



Sumber: Oh Bulan
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mehmet 23-9-2024 11:31 PM
Alhamdulillah. Senyum bahagia Tin.
Quote malaysiaku123 23-9-2024 11:37 PM
Anak menantu dia xtinggal..syukur dpt mak mcm ni
Quote haifawehbe 24-9-2024 06:36 AM
Alhamdulilah semoga yg baik2 saja
Quote noor2 24-9-2024 06:40 AM
Alhamdulillah...moga yg baik2 saja..umur kita x lama mana
Quote hdon 24-9-2024 08:09 AM
Happy dan bahagia dah rupa tinpat anak kesayangan dah balik ke rumah selalu.. semoga baik2 sentiasa utk tinpat dan toksop
Quote pinkpunk 24-9-2024 08:16 AM
huntung sarah dapat mak mertua cmni.. siap pi support lagi.
Quote marchikobonzo 24-9-2024 10:06 AM
Alhamdulillah..happy dah nampak tinpat
Quote apedehal 24-9-2024 10:09 AM
Nmpk sgt yg masalahnya ik..ptt diboikot je minah tu..ni ramai enabler tu yg payah
Quote Kerusijati 24-9-2024 10:17 AM
Rezeki sol la dpt mak baik..
Kalau setengah mak mungkin revenge drama perang dingin merajuk bertahun2 biar anak pulak rasa sedih..
Quote kembarsiti 24-9-2024 10:24 AM
pakai spek camni mmg auto nmpk glemer ye? hikhik
Quote jelitayu 24-9-2024 10:59 AM
rezeki betul sarah dapat mak mertua sayang betul2 kat dia, treat mcm anak sendiri....lebih lagi barangkali. datin juga untung dapat menantu yg memuliakan dan hormat datin sungguh2, semoga sikap saling hormat dan berkasih sayang berkekalan keduanya.
Quote Skyline_84 24-9-2024 12:15 PM
ye la kan..dlu g rumah member mkn smpai 3 pinggan kway tiaw spore tok harun ajis...tk ke naya tu...balik umah mak dpt la makn sedap2
Quote syamzana 24-9-2024 12:22 PM
tak sesia datin merempan di ig sokmo, kene cerca dek forumer mak terpaling itu ini nahh skrg anak dia tetiap hari balik rumah.
terbukti consistent itu perlu

untung larrr sol dpt makpak camni
Quote KBW2 24-9-2024 12:26 PM
Patutnya Tin piat telinga dia, soh ketuk ketampi siket
Quote sismarkonah 24-9-2024 12:32 PM
KBW2 replied at 24-9-2024 12:26 PM
Patutnya Tin piat telinga dia, soh ketuk ketampi siket

entah-entah dah berbirat belakang sol kena hanger acik porum je tak tahu sebab sol sengih2 je balik makan lunch umah mak, yelah bini-bini dah takde
Quote KBW2 24-9-2024 12:36 PM
sismarkonah replied at 24-9-2024 12:32 PM
entah-entah dah berbirat belakang sol kena hanger  acik porum je tak tahu sebab sol seng ...

eloklah berbirat biar berakal sikit
Quote karipap_sadin 24-9-2024 12:36 PM
Alhamdulillah..Iollls paham prasan datin pat. Lega weih anak dah x dek kaitan dgn org2 pelik ni
Quote lolipopmanish 24-9-2024 12:53 PM
Okey tin semoga hepi hepi lah ye

Jangan merentan lagikkk
Quote nonymous 24-9-2024 01:07 PM
alhamdulillah, hepi dah datuk datin.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.035966 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top