CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Tular Rakaman Empat Individu Maut Dirempuh Kereta Api..Badan Tersangkut Pada Gerabak, Diseret Hingga Ke Stesen Subang

23-9-2024 10:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33942| Komen: 14

 

Baru-baru ini, tular beberapa video memaparkan detik cemas empat individu maut dilanggar kereta api di kawasan Jawa Barat, Indonesia.

Menerusi video tular itu memperlihatkan empat individu termasuk dua kanak-kanak berada di kawasan landasan kereta api tersebut. Ketika itu, dua kanak-kanak lelaki berdiri tengah landasan tersebut sambil melambai kereta api yang berada di landasan bertentangan.

Manakala seorang wanita dilihat turut berada di tepi landasan sambil meminta anaknya merakam momen tersebut namun tanpa disedari, salah seorang mangsa telah dirempuh kereta api Cirebon-Jakarta.

Menurut sumber, mangsa telah tersangkut pada gerabak hadapan kereta api tersebut diseret hingga ke Stesen Subang.


Difahamkan, jumlah keseluruhan mangsa maut akibat dirempuh kereta api adalah seramai empat orang termasuk seorang warga emas, Sahaman yang berniat mahu membantu menyelamatkan kedua-dua kanak-kanak terbabit.

Mayat kesemua mangsa, Anita Andini (37), Muhamad Alikhasan (7), Ted Alfarizi (7) dan Sahaman (65) telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.

Sumber: News Indozone, Jatim Times, Platform X
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 24-9-2024 09:34 AM
yg diorang pegi bermain-main kat landasan ketapi tu dh kenapa? tak ada tempat lain lagi ke kau nak pergi...tak pasal-pasal dah jadi arwah
Quote prince_marhaen 24-9-2024 01:35 PM
indon dan bodoh berpisah tiada.
meols tengok video sebelum tu pun anak beranak sekampung dok lompat2 dengan mak dia yang tua tu, lambai2 kat keretapi, pastu rel sebelah pun ada keretapi terus rempuh dia anak beranak... yihhh..
Quote kaedahnya 24-9-2024 01:54 PM
astaghfirullah aku ingat stesen subang sini, kat indon, namun begitu takziah la jugak walaupun.
Quote Jikookie 24-9-2024 03:53 PM
Ngeri
Quote LostStar 24-9-2024 05:49 PM
dorang ni sebenarnya nak bunuh diri ke apa? tengok video macam steady jek time keretapi nak datang hala ke dia tu.
Quote fifie_olin 30-9-2024 02:58 PM
konoha ni x pelik sehari x sah
Quote AbukRokok 30-9-2024 04:13 PM
friskies ke tu jd layang layang
Quote BungaKencana 30-9-2024 04:33 PM
Telegram Chanel Cetul_22 mesti ada gmbar mayat... sape berani p tgk.. sbb aku pernah tgk video yang ada dua org gile tu.. yg slh sorang pegi bunuh kwn dia lps tu ddk tepi jalan & enjoy cuit daging mayat kwn dia & makan...
Quote QueenGambit 1-10-2024 12:56 AM
Tragisnya.
Syukur duduk di malaysia
Quote afie_m 7-11-2024 04:34 PM
nasib bukan subang malaysia..seram wei dia org ni..
Quote bottombikini 10-11-2024 06:18 PM
kalau naik tren ke bandung bole nampak depa ni rumah pun betul2 tepi landasan
melepak2 bermalas2an
mcm slum area
Quote Mamason 13-11-2024 12:09 PM

Tgk video ke? Ya Ampuuunn.. xnak lah mama tgk.  Kang xtidor malam aku.

Dah kenapa laa g main2 kat tempat gitu.. xde tempat main lain dah ke depa ni... adehhh sadis betul!
Quote IzzahF 18-11-2024 03:33 PM
konoha byk kes mati kena lenyek ketapi. rileks je komen ini saja liburan yg ada buat warga miskin

biorla, mungkin dah terlalu ramai sgt, hidup ke mati dorang tak kisah dah
Quote hokeypokey 20-11-2024 01:58 PM
baru aku tau kt negara konoha pun ada stesen subang

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.123509 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top