CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Lee Joon Gi ‘Belanja’ Lima Posing Comel, Peminat Menjerit Kerasukan! Janji Nak Datang Malaysia Lagi

23-9-2024 10:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32411| Komen: 2

 


Pelakon dan penyanyi, Lee Joon-gi akhirnya bertemu peminat di Malaysia menerusi ‘2024 Lee Joong Gi Asian Tour Malaysia’ yang diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Tak dinafikan, walaupun ini kali pertama Lee Joon-gi membuat kemunculan di Malaysia tetapi dia menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada para peminat.

Kelincahan menyanyi sambil menari di atas pentas memukau semua penonton yang hadir di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

Malah pelbagai aktiviti lain turut disajikan sepanjang 3 jam acara berlangsung seperti sesi soal jawab, membaca surat daripada peminat, berlakon di atas pentas dan sebagainya. Tetapi apa yang istimewanya apabila Lee Joon-gi memenuhi permintaan para peminat yang memintanya membuat lima ‘posing’ sweet dan comel!

Pada awalnya, Lee Joon-gi agak malu untuk melakukan ‘posing’ tersebut namun akhirnya patuh kerana tidak mahu menghampakan semua peminatnya.


"Saya ingatkan kalian semua suka tengok saya ‘cool’ tapi rupanya nak tengok sangat posing sweet.

"Sebenarnya saya tak pandai ‘selfie’ tapi saya akan cuba. Kalian boleh ajar, tunjukkan dekat saya cara ‘posing’ dan saya akan ikut."

Satu Megastar Arena menjerit seperti kerasukan sebaik sahaja Lee Joon-gi membuat aksi-aksi ‘comel’ di atas pentas.

Selain mendendangkan 16 buah lagu, turut menjadi ‘highlight’ sempena ‘2024 Lee Joong Gi Asian Tour Malaysia’ adalah nyanyian lagu bahasa Melayu berjudul Rasa Sayang yang dihadiahkan khas oleh Lee Joon-gi buat para peminatnya.

Sementara itu, Lee Joon-gi berjanji akan kembali semula dengan menampilkan persembahan lebih baik buat peminat di Malaysia.

Sumber - Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuuu 24-9-2024 12:25 PM
Tengok nama ngan muka aq confuse jap,dia ni ke yg blakon ngan iu dalam scarlet apakenamanya drama tu... nampak lain betul rupa dia skrh...ke aq salah org???
Quote swimswim 24-9-2024 09:34 PM
Tak seswai dah umur 40an nk buat aksi comel.. Tp sebab lee joon gi yg buat, i maafkan sambil selit request lima posing shirtless

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-9-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.059679 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top