CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jamal Abdillah Sedia Hulur Wang Buat Perbelanjaan Zaki Yamani Di Universiti

23-9-2024 10:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36351| Komen: 61

 
 

Penyanyi berpengalaman, Datuk Jamal Abdillah sedia membiayai perbelanjaan anaknya, Zaki Yamani yang kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti swasta.

Ketika ditemui OhBulan!, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd. Ali berkata meskipun Zaki memilih untuk membayar sendiri yuran pengajiannya, dia tetap akan menghulurkan bantuan kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

"Sebagai seorang ayah yang tak mahu mengeruhkan keadaan dan bersabar. Saya ada tanya dia tentang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tiada jawapan."

"Saya dengar dia mahu melanjutkan pelajaran di sebuah IPTS tetapi mungkin tak boleh sebab dia perlu mahir bermain alat muzik."

"Dan kini dia dapat melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta, itu yang saya dengarlah. Saya ikutkan saja dan kalau untuk belajar, saya akan tanggung."


"Kalau Zaki perlu bantuan, saya akan beri. Tanggungjawab saya sebagai seorang ayah akan diteruskan."

Jamal berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada petang Isnin.

Sementara itu, pelantun lagu ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ memaklumkan dirinya tidak mahu masuk campur mengenai urusan kursus pengajian yang dipilih Zaki kerana tidak mahu anaknya itu tertekan jika berbuat demikian.

"Saya ada dengar tentang Zaki sambung belajar daripada datuk dan nenek dia. Saya sendiri pun tak dapat khabar berita daripadanya."

"Saya faham situasi ini, rumah dan ibu lain. Jadi untuk tidak merumitkan keadaan dan enggan dia stres atau tertekan, saya biarkan."

"Setakat ini memang saya mengikuti perkembangan hidup mereka. Namun, kalau untuk belajar, memang saya akan tanggung."

Terdahulu, Zaki mendedahkan dia sanggup berhabis sebanyak RM40,000 untuk menyambung pengajiannya dalam bidang muzik di sebuah universiti swasta.

Tambah Zaki, dia juga tidak memberitahu mengenai perkara itu kepada Jamal.


Sumber - Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 23-9-2024 11:11 PM
tok jamal kene silent treatment ke dgn zaki...
sabarla ye tok jamal... tgh fasa rebel tu...
Quote EriaDoritis 23-9-2024 11:26 PM
Zaki sambung MS* ke?
Quote dua_chzy 24-9-2024 02:06 AM
Padan muka kena whoareyus anak sendiri.
Quote pocongkiutss 24-9-2024 02:25 AM
Sbb dia menyampah dgn kau..mesti ada sbbnya tu khenz
Quote pocongkiutss 24-9-2024 02:25 AM
Dik zaki bukan katanya dpt uitm ke hr tu
Quote shida81 24-9-2024 05:13 AM
pocongkiutss replied at 24-9-2024 02:25 AM
Dik zaki bukan katanya dpt uitm ke hr tu

Tok mal ckp nk msk uitm dia kn master 1 instrument... Zaki x lepas.. Tu yg dia apply msu
Quote shida81 24-9-2024 05:14 AM
Naseb la tok mal... Sp suh ko kawen cerai..x amik tau hal ank.. Sudahnya ank x layan..mujur la ko berduit..
Quote sukacactus 24-9-2024 06:24 AM
Kah3
Bapak sdr pun takat dengar2 je citer ank dr pihak ke 3
Fail la lu as father!
Quote airmineral 24-9-2024 06:51 AM
Bagi je l da mmg tggjwb xperlu sampai anak nak kena minta
Quote smudger01 24-9-2024 07:25 AM
Nak puji dik zaki sbb nak ambik spm dan sambung belajar, sbb skrg ni bkn semua nak mcm tu walaupun results ok. Tambah plk dah ada income sendiri.
Quote Lampuled 24-9-2024 07:33 AM
Bila dh nmpak berbunga baru nk siram air letak baja.
Sejak tanam benih, masa jd anak pokok dibiar aje.
Quote Kurex 24-9-2024 08:00 AM
hujung2 hadap duit pak jugak.. sementelah diraf sendiri tak mampu nak bagi kau pakai minum dekat U nanti.
Quote bottombikini 24-9-2024 08:47 AM
helok anak dia yg ni
apa punca perang anak beranak ni
sbb ayah dia serupa saleem ke
Quote annehuda 24-9-2024 09:33 AM
Kurex replied at 24-9-2024 08:00 AM
hujung2 hadap duit pak jugak.. sementelah diraf sendiri tak mampu nak bagi kau pakai minum dekat U n ...

kalau uols baca ayat akhir tu, si anak tu dah mmg pakai duit sendiri dah nak masuk uni swasta tu.  so si bapak bile dpt tau tu yang die offer nak bayarkan tu.  tajuk pun JAMAL ABDILLAH SEDIA HULUR DUIT bla bla bla. mungkin la kot bila jamal dpt tau tu die buat ayat mcm tu taknakla nampak die mcm bapak tak bertanggungjawab kan, cuma bapak yang tidak diberitau. tu jah
Quote MistrezHermanaz 24-9-2024 09:33 AM
masa dia masuk ceria popstar dulu kemain nangis bila nmpk ayah dia kt vt..rindu katanya..mesti ayah buat hal ni tu yg merajuk
Quote mizzmimi 24-9-2024 09:37 AM
Kurex replied at 24-9-2024 08:00 AM
hujung2 hadap duit pak jugak.. sementelah diraf sendiri tak mampu nak bagi kau pakai minum dekat U n ...

Nape dengan diraf tu? Mak hayam budak ni ke?
Quote dekmieDandy 24-9-2024 09:40 AM
napa tak masuk aswara je.? ke tak plan nak jadi dalam industri muzik dah..?
Quote Shayang 24-9-2024 09:44 AM
dekmieDandy replied at 24-9-2024 09:40 AM
napa tak masuk aswara je.? ke tak plan nak jadi dalam industri muzik dah..?

Abang dia masuk Aswara dulu
Aku rasa kos aswara tak semahal MSU
Quote kucingitam 24-9-2024 10:09 AM
biarlah dia tok.. yang penting tok dah bgtau nak bayar, dia taknak itu dia punya pasal.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062784 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top