CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haqiem Rusli ‘Serik’ Kongsi Hal Peribadi Dalam Media Sosial - "Tak Dinafikan Kehidupan Saya Ketika Ini Lebih ‘Low Profile’"

23-9-2024 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17284| Komen: 5

 
  


Penyanyi Haqiem Rusli mengambil pendekatan untuk tidak lagi berkongsi hal peribadi dalam media sosial yang boleh mengheret dirinya dalam kontroversi.

Enggan pisang berbuah dua kali, Haqiem atau nama lengkapnya Ridzuan Haqiem Rusli, 26, berkata, keputusan itu dibuat susulan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini.


"Tak dinafikan kehidupan saya ketika ini lebih ‘low profile’ kerana saya mengambil pendirian untuk tidak terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi di media sosial seperti yang sering saya buat sebelum ini."

"Saya belajar daripada kesilapan lalu iaitu tak perlu nak kongsi perkara yang tak sepatutnya.

"Saya tak mahu bila terlalu kerap berkongsi, ia akan dimanipulasikan hingga berlaku perkara yang tidak diingini."

Haqiem berkata demikian ketika ditemui di sidang media pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, pelantun lagu Tergantung Sepi ini berkata, dia akui lebih selesa menjalani kehidupan yang serba serbi sederhana.

"Rasa lebih tenang bila hidup tidak lagi dikaitkan dengan kontroversi. Salah kongsi nanti, jadilah perkara yang bukan-bukan. Nanti yang nak kena jawab saya juga."


Sebelum ini, nama Haqiem antara selebriti yang sering terpalit dengan kontroversi dari zaman masih bujang hinggalah sudah berumah tangga.

Bukan sahaja Haqiem, bahkan isteri tercinta, Anis Sofea turut terheret sama dikecam netizen dengan pelbagai isu membabitkan suaminya itu.

Sekadar info, untuk ABPBH 36, Haqiem dicalonkan dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular dan lebih istimewa, namanya muncul antara 36 calon raih undian tertinggi keseluruhan setakat ini.

Sumber – Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 23-9-2024 09:17 AM
Yg bini tu pon.
Lebih retis dri retis.
Perasan mcm muka korean.
Padahal muka mcm nyonya melaka.
Penyek2 hidung pesek.
Tp gigih la merata alam dok announce aku mcm korea.
Poen hg
Quote drivethru 23-9-2024 09:18 AM
Cakap jer lah sekarang lebih sendu.
Sebelum kawin ko kerek.
Lepas kawin bini kerek.
Sekarang laki bini sendu.
Quote anilanil 23-9-2024 09:24 AM
Apa kata dik qiemqiem ubah imej sempena bini pon berubah penampilan? Lepas ni pakai mask bole tak mcm bandi amuk? Nape ek rupa ko makin ke pengkid an?
Sheram...
Quote chinta89 23-9-2024 11:57 AM
ape2 je lah nokssss
Quote ekselen 23-9-2024 02:36 PM
ucapan kau tu mcm cliche sgt...dh korg kawin mmg la kena terima seadanya.. ntah bape biliyun org yg da berkawin kena terima perangai laki bini walo hazab.. yg beza ko berduit mungkin asbab bini ko stay jah.. kalo ko x berduit ntah dia nk stay ke idak.. bak kata pepatah.. ada duit syg abg..xde duit bye2 abg

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.026914 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top