CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Baru Tahu! 25 Gambar Perkembangan Bayi Dalam Rahim Ibu

28-12-2015 06:32 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5820| Komen: 3

Oleh Izzah Abbasy

Anak merupakan anugerah daripada Yang Maha Esa yang tidak ternilai diberikan kepada hamba-Nya. Bukan mudah untuk seorang ibu membawa dan mengandungkan seorang bayi di dalam rahim selama 40 minggu. Sukar untuk menceritakan pengalaman mereka kerana ia perlu dirasai sendiri oleh seorang ibu.




Seorang jurugambar dari Sweden Lennart Nilsson telah menghabiskan masa selama 12 tahun untuk mengambil gambar detik pertama kejadian manusia bermula daripada perjalanan sperma bertemu telur di dalam rahim wanita.

Gambar-gambar hebat ini diambil menggunakan kamera konvensional dengan lensa makro, endoskop dan mikroskop imbasan elektron. Gambar pertamanya tentang fetus manusia diambil pada tahun 1965. Saksikan kehebatan ciptaan Allah SWT ini. - CARI Infonet





1. Sperma dalam Tiub Fallopio.



2. Sel telur wanita.


3. Mereka sedang berdating?


4. Tiub Fallopio.


5. Dua sperma sedang cuba memasuki sel telur.


6. Sperma yang berjaya!


7. Momen kemenangan.


8. Sperma berusia 5-6 hari. Rumpunan telah terbentuk dalam blastosista, mengandungi lebih banyak sel, dan bersedia masuk ke dalam rahim.


9. Hari ke-8. Embrio manusia melekat ke dinding rahim.


10. Otak mula terbentuk dalam embrio manusia.


11. Hari ke-24. Embrio yang berusia sebulan masih belum ada rangka lagi. Degupan jantung hanya mula berdegup pada hari ke-18.


12. 4 minggu. Bentuk asas manusia mula kelihatan. 


13. 5 minggu. Saiz fetus lebih kurang 9 mm atau sebesar saiz biji epal. Anda kini boleh membezakan bentuk muka melalui lubang untuk mata, lubang hidung dan mulut.


14. 40 hari. Sel embryonic membentuk plasenta (uri). Organ ini menghubungkan embrio ke dinding rahim untuk membenarkan pengambilan nutrien, penyingkiran bahan buangan dan pertukaran gas menerusi bekalan darah ibu.



15. 8 minggu. Embrio membesar sangat cepat pada minggu ini dan dilindungi oleh sarung ketuban.


16. 10 minggu. Kelopak mata separuh terbuka. Ia akan tutup sepenuhnya dalam beberapa hari lagi.


17. 16 minggu. Janin menggunakan tangannya untuk meneroka badannya sendiri dan persekitarannya.


18. Rangka mengandungi banyak tulang rawan fleksibel.Rangkaian saluran darah jelas kelihatan menerusi lapisan kulit yang nipis.


19. 18 minggu. Saiz janin kira-kira 14 cm. Janin kini boleh menerima bunyi daripada dunia luar.


20. 19 minggu. Bayi boleh menggenggam tangannya dengan kuat.


21. 20 minggu. Saiz bayi kira-kira 20 cm. Rerambut halus dikenali sebagai lanugo, meliputi seluruh kepala.


22. 24 minggu. Saiz bayi kira-kira 33 cm. Kulit bayi bertambah tebal. Mata bayi membonjol kerana mukanya kurus.


23. 26 minggu. bayi menghisap ibu jari dan menelan air ketuban yang mengelilinginya lalu mengalirkan air itu keluar dari badan sebagai air kencing.


24. 6 bulan. Bayi semakin pantas membesar. Saiz bayi kira-kira 33 cm dengan berat sebanyak 570g.


25. 36 minggu. Saiz bayi kira-kira 46 cm dengan berat 2.5 kg. Bentuk bayi akan lebih membulat apabila bekalan lemak sedang terkumpul. Kulitnya juga berwarna merah jambu. Kepala bayi mungkin telah turun ke ruang pelvik, sedia untuk dilahirkan.

Kredit : Facebook India TV
Pama


21

Bagus
17

Marah
17

Terkejut
31

Sedih
19

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jelitaqasyah 28-12-2015 06:35 PM
Ya Allah, baru tahu macam tu... Berdating ya.. kalu xdating, xberjaya la kan?? Menarik
Quote setokinpurple 28-12-2015 11:21 PM
Mcm ni rupanya aku dulu hehehe
Quote kacangbadam 29-12-2015 12:46 PM
bila la dorang nak dating ni..dah lama aku menunggu ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.031341 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top