CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Sulung Noh Salleh, Athira Meninggal Dunia - “Hari Ini 22 September Genap Tujuh Bulan Kami Kehilangan Anak Dalam Kandungan"

23-9-2024 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26348| Komen: 92

 


Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh berkongsi khabar duka apabila anak pertama yang dikandung isteri, Fatin Athira meninggal dunia tujuh bulan lalu.

Khabar tersebut dikongsikan Noh atau Mohammad Noh Salleh, 39, dalam Instagramnya sambil memandang positif terhadap ujian yang dilalui.

“Hari ini 22 September genap tujuh bulan kami kehilangan anak dalam kandungan.

“Kalian tak tahu kan? Dalam kesukaran berjuang untuk Musa, kami juga bergelut memastikan anak di dalam kandungan sihat namun, Tuhan jemput dia awal.

“Segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain perbaiki diri sebagai suami isteri,” katanya.


Bagaimanapun, Noh tidak menyatakan dengan lebih terperinci mengenai bayi itu.

Dalam masa sama, pelantun lagu Pagi Yang Gelap itu bersyukur dikelilingi orang baik selain sempat menamakan bayi itu dengan nama Julian.

“Meskipun perit nak lalui segala yang aneh tetapi kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih ‘steady’ serta tenang sebab kami berjuang pertempuran hebat dan menang.

“Beruntung kami di kelilingi orang-orang baik, teman-teman dan keluarga yang tidak henti memberi kekuatan, mendoakan serta menemani pergi ke kubur sementara kami tidak stabil mental dan emosi.

“Kami juga namakan anak kami Julian. Insya-Allah semoga Tuhan izinkan kami boleh berjumpa dengan dia nanti,” ujarnya.

Selain itu, Noh memuat naik hantaran tersebut pada hari ini sempena ulang tahun perkahwinan pertamanya dengan isteri. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 23-9-2024 08:35 AM
Dah boleh buat ank sendiri so xpyhla berebut dgn mizznina...plus ko subur..blh buat ank lagi.sekian
Quote naina 23-9-2024 08:40 AM
Rasa macam 20 tahun sebab ko dah lalui mcam2 dengan Mizznina jugak..rasa lamaaa betol rezeki anakkan..sabarlah..untungnya kau sebagai lelaki masih berpeluang besar untuk kawen pmpuan muda dan subur. Manakala miznina semakin tua semakin menopouse.
Quote brainbiru 23-9-2024 08:42 AM
"Korang x tahu kan?"

Hmmmm okay.
Quote BawangCaramel 23-9-2024 09:27 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote liyamariska 23-9-2024 09:30 AM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote anilanil 23-9-2024 09:30 AM
Mmg tak tahu pon acik noh sbb tidak diwar-warkan. Apa itu hal dalaman kami?
Semoga isteri kembali sihat & semoga ada rezeki lagi.
Quote ezacbee 23-9-2024 09:48 AM
Semoga dikurniakan anak.

Musa tu mmg betul2 dia sayang. Xpaham nape mn xbagi musa. Saje2 nak pekena noh ke
Quote cm_vungtau 23-9-2024 09:55 AM
Siannya. Semoga baik2 sahaja untuk Noh. Harap hak sebagai bapa Musa juga tidak diketepikan
Quote Cassieopeia 23-9-2024 10:07 AM
moga ada rezeki anak yg lain..
Quote Ai_kiu 23-9-2024 10:10 AM
Salam takziah noh.
Yg dah pergi xkn kembali.
Redha tu mudah nk ucap, kat hati siapa yg tahu.
Semoga yg baik2 saja
Quote rayna_raynes 23-9-2024 10:11 AM
cm_vungtau replied at 23-9-2024 09:55 AM
Siannya. Semoga baik2 sahaja untuk Noh. Harap hak sebagai bapa Musa juga tidak diketepikan

Mana dia ada hak as bapak dah. Mizznina dh buang nama dia dr dokumen Musa ganti nama laki baru

Quote miss_perfect 23-9-2024 10:11 AM
Takziah. Semoga ada rezeki yang lain.
Quote fanaz82 23-9-2024 10:19 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote Incanto 23-9-2024 11:00 AM
Takziah

semoga di kurniakan anak lagi
Quote sukacactus 23-9-2024 11:07 AM
Dah ko xciter, mmg le kami xtau
Anyway, salam takziah buat noh & wife
Quote Jikookie 23-9-2024 11:07 AM
Takziah kepada noh dan isterinya. Semoga keduanya tabah menerima dugaan ini
Quote A-Are 23-9-2024 11:09 AM
ada ya jenis mcm ni, kadang2 laki bini tiada masalah kesuburan cuma belum rezeki, bila masing2 kawen baru 2-2 mengandung...org terdekat i olls pon mcm ni
Quote Incanto 23-9-2024 11:13 AM
A-Are replied at 23-9-2024 11:09 AM
ada ya jenis mcm ni, kadang2 laki bini tiada masalah kesuburan cuma belum rezeki, bila masing2 kawen ...

ya...bukan masaalah kesuburan

cuma ada komplikasi , bayi meninggal dlm kandungan

nampak mcm dah besar juga perut wife.....mungkin 7 , 8 bulan gitu

kesian tapi Allah nak bagi yg lagi baik
Quote Manusiabesa 23-9-2024 11:16 AM
Tuhan nk ajar hg tu bg hargai manusia. Amik pngajaran ni betaubat betul2 baru tuhan bg anak baru yg sihat smpurna. Minx maap dkt nina jugak. Dh doing wrong dgn mnusia. Kena minx hampon dgn manusia. Deal with her la . Pastu baru clean. Baru tuhan bg anak baru nnt. X learn lesson lg aku xtau la noh oi noh.


Btw kiranya nina yg x fertilze la kan. Sian nina hope dgn laki baru pun cecepat buat ivf all out. Buktikan hg pun ada ovum cuma kurang subur huhu

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.262174 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top