CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terbuka China: Beregu lelaki profesional negara, Sze Fei-Izzuddin genggam kejuaraan

23-9-2024 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19642| Komen: 35

 


KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memastikan sekurang-kurangnya satu gelaran dibawa pulang selepas muncul juara pada Kejohanan Badminton Terbuka China.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Gimnasium Xincheng, Changzhou sebentar tadi, pasangan No.12 dunia itu berjaya membenam beregu tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu menerusi aksi tiga set 13-21, 21-12, 21-17.

Kemenangan diraih Sze Fei-Izzuddin sedikit sebanyak mengubat kekecewaan seluruh rakyat Malaysia selepas beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai tewas pada aksi yang berlangsung lebih awal.

Turun berdepan pilihan kelima kejohanan, Sze Fei-Izzuddin yang memenangi gelaran Terbuka Jepun bulan lalu seolah-olah hilang punca di set pertama apabila membenarkan pemain lawan mendahului dengan jurang mata cukup besar 6-0.

Walaupun cuba untuk mengejar, namun beregu China tampak lebih unggul apabila melakukan serangan bertali arus ke arah pasangan negara, termasuk pukulan smash kencang untuk mendahului 15-6 sebelum memastikan kemenangan 21-13.


Bagaimanapun, perlawanan tertangguh seketika apabila pasukan perubatan dipanggil bagi memberikan rawatan kepada Xiang Yu yang dilihat bergelut dengan kecederaan di bahagian belakangnya.

Memasuki set kedua, Sze Fei-Izzuddin tampil dengan aksi lebih kemas apabila bermula garang dengan mendahului 8-4, sekali gus memberi tekanan kepada China yang bergelut dengan kecederaan belakang dialami Xiang Yu.

Beregu tuan rumah cuba mengejar apabila merapatkan kedudukan 6-11, namun gagal untuk menyekat kebangkitan Malaysia yang terus menjarakkan jurang mata 16-7 sebelum memastikan kemenangan 21-12 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Kemenangan di set kedua seolah-olah membangkitkan semangat baharu Sze Fei-Izzuddin apabila memulakan set ketiga dengan langkah kanan menerusi kedudukan 4-1 yang meletakkan China dalam tekanan.

Ji Ting-Xiang Yu yang tidak sanggup tewas di laman sendiri kemudiannya cuba melakukan kebangkitan dan mengejar kedudukan Sze Fei-Izzuddin, namun masih ketinggalan 6-11.

Malaysia meletakkan kedudukan dalam keadaan cukup selesa apabila berjaya mendahului 20-16 sebelum melengkapkan kemenangan 21-17 biarpun cuba diberikan tentangan sengit oleh beregu No.7 dunia itu.

Selaku juara, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah wang tunai AS$148,000 (RM622,340) berserta trofi manakala Ji Ting-Xiang Yu berpuas hati dengan AS$70,000 (RM294,350) dan juga trofi.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memenangi Terbuka China dalam acara beregu lelaki adalah menerusi gandingan adik-beradik, Jalani dan Razif Sidek yang melakukannya pada edisi 1989.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 23-9-2024 08:35 AM
Tahniah

Kenapa X genap hadiah tu 150k

Quote misszazaz 23-9-2024 08:52 AM
congrats
Quote Bergosip 23-9-2024 08:55 AM
makin hebat selepas bersatu semula. main pon makin lincah. congratz
Quote akuMNdia 23-9-2024 09:01 AM
memula aku pelik tgk DinFei ni main lemau jer rupa2nyer kesian sbb player sana injured.
dah nak masuk set ketiga jer baru nampak diorg main sungguh2 lebh2 lg lepas terlepas 2 point kat pihak lawan.
Quote noell 23-9-2024 09:12 AM
awat dulu china mendunia jd powerhouse la ni dh merudum? anybody??
Quote B40tastePosh 23-9-2024 09:16 AM
Kenapa muka Melayu dengan Cina tu serupa??
Quote PULANGKAN 23-9-2024 10:18 AM
Izzuddin ni is so my type
Quote grouper 23-9-2024 11:54 AM
noell replied at 23-9-2024 09:12 AM
awat dulu china mendunia jd powerhouse la ni dh merudum? anybody??

Masih merudum ke klau semua wakil diorg ada masuk final dalam semua kategori dan menang 4 dari 5 final.
Quote syamzana 23-9-2024 12:09 PM
wahh tahniah...

bangga
Quote Orix 23-9-2024 12:53 PM
PULANGKAN replied at 23-9-2024 10:18 AM
Izzuddin ni is so my type

kawen dah....
Quote Purplehaz 23-9-2024 12:59 PM
B40tastePosh replied at 23-9-2024 09:16 AM
Kenapa muka Melayu dengan Cina tu serupa??

Haah kan smlm tgok mmg iras pulak. Makin Serasi la teww
Quote Purplehaz 23-9-2024 01:04 PM
Best game ni smlm.

Last game double China mmg bg ruang kat Malaysia angkat point.
China walau injured sikit tp power juga hingga last game.
Tapi dh rezeki kat Malaysia kann...
Tahniah szefei-izzu !!
Quote Olumis 23-9-2024 01:13 PM
Tahniah. Iols minat sangat dengan sukan badminton ni.
Quote Neno90 23-9-2024 01:26 PM
Tahniah. Berjaya mengharumkan nama negara
Quote eragon 23-9-2024 02:16 PM
struggle juga nak menang walaupun pihak lawan dah tempang. apa apa pun tahniah. jaga supaya tak cedera. banyak lagi menunggu di hadapan.
Quote Nnasda53 23-9-2024 02:19 PM
Tahniah2..
Quote lasagnaklcc 23-9-2024 02:23 PM
Yg tak adilnya China dpt extra time utk panggil physio bagi rawatan kat player dia. Tu dah langgar rules BWF. Kalau dah sakit patutnya retired je. Opponent tak dpt keluar permainan sebenar sbb kesian.
Quote Supersirap 23-9-2024 02:42 PM
tahniah diucapkan kepada mereka
Quote PULANGKAN 23-9-2024 03:58 PM

3 slots masih kosong

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.039137 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top