Pelakon meningkat naik, Meerqeen menyatakan impiannya untuk memperoleh trofi daripada Anugerah Akademi (Oscar) yang bertaraf antarabangsa. Ketika ditemui OhBulan!, Meerqeen mengakui anugerah dan trofi bukanlah pengukur kejayaanya di dalam industri seni namun tetap menghargai sokongan peminat menerusi setiap karya lakonan. "Sejujurnya saya tidak pernah mengharapkan apa-apa penganugerahan pun sebab pencapaian saya bukan pada trofi, pencapaian saya apabila nama saya ada dalam hati peminat. "Kalau dapat Alhamdulillah, jika sebaliknya saya teruskan hidup macam biasa sebab menang trofi bukan ada benda istimewa pun yang jadi dalam diri saya." "Saya ada beritahu peminat untuk tidak mengundi saya kalau saya tercalon dekat mana-mana anugerah. Bagi saya, tidak mengapa saya tidak dapat semua itu asalkan mereka dapat layanan sepenuhnya daripada saya sebagai artis yang mereka minat."
Meerqeen berkata demikian ketika ditemui di sesi temu bual bersama pelakon drama Uncle Boss Mama yang berlangsung di Bukit Jalil pada Khamis. Mengulas lanjut, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata, dirinya sudah pun memperoleh banyak peluang dan tawaran sebelum memenangi anugerah. "Mahu kata untuk lebih banyak tawaran ataupun ‘endorsement’, saya sudah lama dapat semua itu sebelum menang anugerah lagi." "Semua orang boleh dapat itu jadi menang trofi bukanlah ada beza pun. Mungkin itu satu pencapaian tetapi bagi saya tidak menang pun tidak mengapa asalkan saya ada tempat dalam industri seni tanah air." Walau bagaimanapun, aktor berusia 23 tahun itu tetap mengidamkan trofi daripada anugerah berprestij tersebut. "Saya hanya idamkan trofi Oscar, itu impian saya. Saya fikir anugerah itu sahaja yang paling ‘legit’ pun. Mungkin kedengaran kelakar tetapi saya percaya kalau saya kerja keras, tiada yang mustahil untuk genggam trofi tersebut." Sekadar info, nama Meerqeen mula melonjak dalam dunia seni tempatan selepas membintangi drama popular iaitu Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan di TV3. Gandingannya bersama pelakon berdarah kacukan, Anna Jobling turut mendapat perhatian. Rentetan itu, Meerqeen dilimpahi dengan pelbagai peluang lakonan termasuk di Indonesia. Dia juga menjadi antara wajah dan duta bagi jenama-jenama produk serta fesyen antarabangsa. Imbas kembali, Meerqeen merupakan pemenang tempat ketiga menerusi pertandingan Hero Remaja bagi edisi 2019/2020. Sumber – Oh Bulan |
anilanil replied at 22-9-2024 01:36 PM
Nak oscar? Bole...bole start practice comolot dari sekarang yachh.
sleepandream replied at 22-9-2024 01:53 PM
hahahahhaah heols nak cakapla heols tak hadap anugerah abp
mampoooooo?
Kurex replied at 22-9-2024 01:57 PM
lakonan kau pun kayu kayan nyehhh.. pelakon A-list dekat holishit pun ada yg tak dapat lagi anugerah ...
makneng replied at 22-9-2024 03:40 PM
Hahaha sorry dik mak tergelak. Benda x mustahil dik tapi lamberttttt lagi dik jadi kat kau
ADVERTISEMENT