CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang remaja perempuan diarah tanggal pakaian sebagai bukti bukan lelaki

21-9-2024 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15473| Komen: 13

 


LONDON  – Seorang remaja perempuan mengadu terpaksa menanggalkan pakaian di sebuah lapangan terbang selepas pegawai-pegawai enggan mempercayai dia ialah seorang gadis, lapor portal berita Daily Star kelmarin.

Caitlyn Disley, 15, terpaksa menjalani pemeriksaan selepas mendarat di Lapangan Terbang Hurghada di Mesir pada 25 Ogos lalu. 

Dia diarah menanggalkan coli dan membuktikan dia tidak mempunyai alat kelamin lelaki.

Remaja itu dan keluarganya mendakwa mereka tidak dapat meninggalkan lapangan terbang sehingga dia menyelesaikan pemeriksaan di hadapan seorang jururawat. 

Pada akhirnya, keluarga itu beredar selepas pegawai berpuas hati dia ialah perempuan.

Walaupun pada pasportnya tertera jantina Caitlyn ialah wanita, dia terpaksa menjalani pemeriksaan itu.

Caitlyn berkata: “Ia trauma dan memalukan. Saya tidak pernah mengalami perkara seperti itu sebelum ini.”


Bapanya, Tom Disley, 40, berkata dia mahu mendedahkan pengalaman pahit anak perempuannya supaya orang lain berhati-hati agar tidak menghadapi situasi serupa di Mesir. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 21-9-2024 10:56 AM
len kali pakai tudung dik
Quote AcikCleaner 21-9-2024 12:25 PM
Pakai sepit rambut ke, cekak rambut ke baru nampak girl dik
Quote shernazz 21-9-2024 12:38 PM
Skang ramai rope mcm berlawanan jenis..hahaha..
Contoh.. caitlyn jenner
Nama sama..jantina lain
Quote lightheaded67 21-9-2024 12:57 PM
sampai begitu sekali. mujor depan nurse aje.
Quote jfq 21-9-2024 01:21 PM
At least nama caitlyn already an indication dak tu dak pompuan
Buatnya nama mcm anak elon musk jenuh nak kena confirm jantina kena buat physical check kot ahaks
Quote Jitu 21-9-2024 07:11 PM
dah tengok gaya pun mcm lelaki je
cer imej pompuan tulen takde la org nak suruh bogel
Quote hyie 21-9-2024 08:30 PM
kat tiktok ada sorang fonen ni suka repeat dia lelaki bukan perempuan sebab rupa paras dia yang kewanitaan. Cam geli je, orang tau kot sebab ko dah banyak kali bagitau yihhh tampo kang
Quote Rogue98 21-9-2024 08:47 PM
Oh kat mesir.. ingat kan kat London..
Tu lah nak sangat jadi pengkid..kan dah kena mcm2..
Quote Jikookie 21-9-2024 10:31 PM
Mmg macam lelaki pun dgn rambutnya, dgn bajunya. Lain kali rambut tu kasi ayu2 sikit dik baru org tak konpius
Quote Carcosa 21-9-2024 11:13 PM
Dah itu yg kau nak kan??
Rambut buat ala2 Justin Bibir masa awal2 keluo, baju pun t-shirt je, ada rantai besi mcm rantai beskal jugak tu kan, ko pakai?
Hah mendapat lah. Dah engko yg nk sgt nmpk mcm jantan. Berjaya lah tu. Org epot ingat engko jantan. Nak merentan buat apa? Kalau budak gegurl biasa takde aihhh nak ghoper itu, ko jgn nak gebang la. Ko dgn bapak engko sama je propah!!
(motip aku marah2 mcm dia ada depan aku?)
Quote ninja boy 21-9-2024 11:21 PM
X best ke jadi gegirl, pakai skirt, ada tetek, pinggang ramping, rambut kepok2, kulit halus, boleh mari mewarna muka
Quote gigahertz 22-9-2024 12:09 AM
whimsicalmusic: len kali pakai tudung dik

pakai baju kurung

Quote B40tastePosh 22-9-2024 01:05 AM
Nasib baik pemeriksaan tu tak melibatkan gosok² clitoris untuk membuktikan masih dara atau tidak

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.053972 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top