CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Motosikal ‘lesap’ dalam 5 saat akibat cuai - “Pengajaran ya jangan tinggalkan kunci dekat motosikal atau kereta"

21-9-2024 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15008| Komen: 44

 


PETALING JAYA – Tular video daripada televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sebuah motosikal dilarikan di sebuah stesen minyak.

Menerusi perkongsian video di TikTok @fiezamia menunjukkan seorang lelaki melarikan sebuah motosikal dan kemudian cuba dihalang oleh pemiliknya tetapi gagal.

“Kita ingat kita susah, ada lagi susah, sahabat saya motosikal dilarikan pencuri ketika mengisi minyak di petrol pam Sungai Besi. Itu lah motosikal dia pergi kerja.

“Kepada Reza Skylift, bertabah lah. Insya-Allah, Allah beri yang lebih baik lagi,” tulisnya pada kapsyen video.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan kecuaian pemilik yang meninggalkan kunci pada motosikal tersebut.

“Yang mencuri dah tentu salah tapi yang tinggal kunci pun cuai. Semoga dipermudahkan urusan. Nasihat ini untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain,” komen Jauhar Muhammad Dawi


“Aku kalau isi minyak mesti kunci kenderaan, baru pergi bayar.. Tak kisah apa orang nak kata, janji harta aku selamat,” kata Wan Iskandar

“Pengajaran ya jangan tinggalkan kunci dekat motosikal atau kereta. Kunci motosikal dan ambil kunci bawa masa pergi bayar,” kata Hang Tuah.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 21-9-2024 10:04 AM
Orang macam ni kalau totey boleh dicabut, konfem tertinggal dalam faraj bini
Quote Sesuatu… 21-9-2024 10:12 AM
Either lalai terlupa atau tinggi sgt husnuzon dlm hati. Yg pencuri tu pulak naik apa pegi stesen minyak tu
Quote L.U.S.M 21-9-2024 10:24 AM
Kadang dia rasa motor dia tu buruk..motor cabuk tu yang dia biar je gitu..xsangka org jahat amik kesempatan utk curi..kesian jgk laaa..CCTV petrol station pun jenis kabur gini..mmg tipis la harapan nk jumpa..unless ko datuk ke vip ke polis buat keje elok2
Quote shernazz 21-9-2024 10:43 AM
Skang jarang dah nampak org tinggal kunci ..
Quote makciktijah 21-9-2024 11:00 AM
harap2 mati eksiden pencuri tu.
Quote AkokKocik 21-9-2024 11:14 AM
Pemilik motosikal tu mcm teragak2, klu aku...terpa terus kat pencuri tu.
Quote blue_blur 21-9-2024 11:21 AM
AkokKocik replied at 21-9-2024 11:14 AM
Pemilik motosikal tu mcm teragak2, klu aku...terpa terus kat pencuri tu.

iyep, padahal dah sempat sentuh, boleh sangat tolak lebih kuat.....
Quote BellaThePrinces 21-9-2024 12:02 PM
patut tinggalkn geran sekali....apo la tinggalkn kunci jer...

cuai sungguh..
Quote annehuda 21-9-2024 12:17 PM
Classmate aku sorg pun cuai camni, dia tinggalkan kereta tepi jalan enjin terpasang lg. Alasan dia nak beli ape ntah malas nak mati aircond. Datang pencuri sekelip mata je kereta dia hilang. Lagi sadis insurans mcm taknak bayar pampasan dia atas kecuaian
Quote Belibis 21-9-2024 12:24 PM
kemaruk replied at 21-9-2024 10:04 AM
Orang macam ni kalau totey boleh dicabut, konfem tertinggal dalam faraj bini

Masih boleh terima...kalau tertinggal dalam faraj skandel caner?
Quote kotakbaju 21-9-2024 02:49 PM
Ini la yang menakutkan aku. Kalau kena bawak anak sekali nak pegi mana2. Yang memerlukan untuk singgah ke kedai atau stesen minyak. Kang nak bawak anak masuk kedai sekali dibuat perangai tantrum. Nak biar tinggal dalam keter kejap pun bimbang juga..sudahnya aku turun jugak tinggal anak jap, dalam hati minta Allah tolong sambil cepat2 beli barang.
Quote terma2nkondisi2 21-9-2024 03:25 PM
selamba je buat perbuatan jahat mcm tu
Quote tahanie 21-9-2024 03:29 PM
AkokKocik: Pemilik motosikal tu mcm terag ...


Owner yang baju hitam yang berlari kemudian kan
Quote pocongkiutss 21-9-2024 03:41 PM
Sesuatu… replied at 21-9-2024 10:12 AM
Either lalai terlupa atau tinggi sgt husnuzon dlm hati. Yg pencuri tu pulak naik apa pegi stesen min ...

Ramai je sejenis husnizon chuols..kita tegur kena cop paranoid..ah maleh dh nk tegur
Quote pocongkiutss 21-9-2024 03:44 PM
kotakbaju replied at 21-9-2024 02:49 PM
Ini la yang menakutkan aku. Kalau kena bawak anak sekali nak pegi mana2. Yang memerlukan untuk singg ...

Anak bape taun tu uols? Adoi bahaya laa

Iols penah menyirap nk mampos dgn tok laki..dia boleh biar baby dlm car seat dgn keadaan of kos la x berkunci..time tu iols nk pi toilet kt stesen minyak..kejappp je kut sabar la tggu iols blk dr toilet..ko tau dia tinggal sebab apa? Sbb nk merokok!!!!! Dia duduk pun bkn kt depan kete..kira mcm dh seberang laluan kereta..siap masa iols smpai tu kalau iols nk bwk lari kete pun dia takkan smpt kejar punya. Kalau org bawak lari kete ngan anak tu cemana?????

Eh vavi betol..nk dpt anak punya la lama dia boleh buat camni? Mmg betul2 menyirap oi..menyirap sgt2
Quote Skuau 21-9-2024 04:05 PM
Mungkin dia msh berpegang kpd kata2 MALAYSIA MASIH AMAN........simpati kt dia...
Quote kotakbaju 21-9-2024 05:58 PM
pocongkiutss replied at 21-9-2024 03:44 PM
Anak bape taun tu uols? Adoi bahaya laa

Iols penah menyirap nk mampos dgn tok laki..dia boleh bia ...

Ehh kenapa tok laki uols buat camtu, mau iols pun akan marah.

Anak iols dah 7 tahun dah..anak autism. Kalau bawak ke mana2 iols memang akan ikat dia kat carseat kat kerusi belakang. Supaya tak kaco iols memandu. Agak payah anak iols ni, dengan kuat buat perangai, tantrum. Sabor je la. Sebab tu iols tak penah bawak masuk mana2 shoping kompleks atau kedai. Minggu ni kan cuti sekolah, so kena bawak dia sekali kalau nak ke mana2. Ni lusa dah nak sekolah balik, lega rasa..dapat settle apa2 urusan siap2 sebelum habis sekolah.
Quote pocongkiutss 21-9-2024 06:08 PM
kotakbaju replied at 21-9-2024 05:58 PM
Ehh kenapa tok laki uols buat camtu, mau iols pun akan marah.

Anak iols dah 7 tahun dah..anak au ...

Oh 7 taun besar dh..kalau apa2 hal terlock ke apa..anak uols reti bukak la eh?

Iols taktau la apa kena dgn otak dtpk laki iols masa tu.. menyirap sgt2 sbb dia boleh tggl baby camtu je sbb NK MEROKOK..Gila ke apa..ko takleh nk sabar ke? Iols bukan jenis pegi toilet terkedek2 lembab tau. Iols jenis jalan laju lepas siap terus blk kt kete.

Iols fikir nasib baiklah kete iols ni bukan model kete yg jd kegemaran perompak..mcm vios , city, civic , Hilux bagai..kalau takk..tak dpt bygkan cemana
Quote Kiahlemau 21-9-2024 06:34 PM
Kenapa tuan motor tu mcm tak serious je? Padahal bukan jauh mana pun dia dgn motor tu. Klu dia tarik baju mamat yg larikan motor dia tu pun rasanya sempat lagi

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.094712 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top