CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Homestay Di Kelantan Kantoi Buat Kerja Kotor, Penghuni Dedah diskodeng Owner Masa Mandi!

20-9-2024 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13969| Komen: 33|Original author: Abahmung

 
 


Selain menginap di hotel untuk pergi bercuti, menginap di homestay juga menjadi pilihan ramai kerana ia boleh memuatkan ramai orang

Malah, harganya juga lebih murah berbanding menginap di hotel. Kebiasaannya, homestay akan menjadi pilihan bagi keluarga yang ramai. Jadi bolehlah duduk satu rumah, lebih mudah untuk berkomunikasi.

Namun, lain pula terjadi dengan seorang individu ini apabila dia mendedahkan kerja 'kotor' pemilik homestay tempat dia menginap menjadi tular di media sosial.

Jumpa telefon di tingkap bilik air

Menerusi video daripada akaun @nfwhda.__, dia berkongsi situasi 'mengerikan' ketika berada di sebuah homestay.

Difahamkan, ketika itu dia dan keluarganya telah pergi bercuti di Kelantan dan menginap di sebuah homestay di kawasan Kota Bharu. Pada awalnya dia merasa teruja dengan homestay berkenaan yang dilihat cantik dan serba lengkap.

Dia dan keluarganya sampai pada waktu tengah malam di homestay tersebut dan memilih untuk mandi kerana tidak selesa dengan badannya.

Namun, dikala dia sedang asyik mandi, dia tiba-tiba ternampak sebuah telefon bimbit dicelahan tingkap bilik air yang menghala tepat kepadanya . Sedar dengan kejadian itu, wanita tersebut terus menjerit dan memanggil ahli keluarganya.


Pemilik homestay tak mengaku dan tukar cerita lain

Kejadian berkenaan membuatkan ahli keluarganya telah keluar dan berjumpa dengan pemilik homestay tersebut yang rumahnya bersebelahan saja dengan tempat mereka.

Ahli keluarganya kemudian memberitahu kejadian itu dan pemilik rumah seperti 'terkejut' dan memberitahu tidak pernah berlaku perkara seperti ini.

"Kau bayangkan masa kita orang sampai tu pun dah lewat, mana ada orang lain. Rumah pun semua dah gelap, yang ada owner rumah tu je," tulisnya.

Menurutnya mereka ada meminta untuk melihat kamera telefon pemilik homestay itu dan mendapati ia sama seperti yang berada di dalam bilik air.

Namun, pemilik homestay menafikan perkara tersebut. Malah, pemilik homestay tersebut menukar 'topik lain' dan bercerita mengenai bisnesnya.


"Aku ni bukan nak tutup periuk nasi dia, aku pun tahu dia cari rezeki melalui rumah tu. Tapi, janganlah sampai nak tangkap gambar orang dekat tandas. Tak tahu berapa orang dah kena dengan dia ni. Kesian tau dekat orang yang tak tahu tu. Aku ni nasib je sebab terdetik nak tengok tingkap time tu.

"Pastu malam tu juga dia duk call abang aku banyak kali cakap tak boleh tidur lah apa lah. Sumpah weh pyscho gila. Dia cari kita orang sampai pagi tu.

"So korang hati-hatilah kalau nak book homestay ke apa, fikir dulu baik-baik kalau pergi tandas tu cari tandas yang memang tutup," tulisnya - says.com.my

Video penuh:
https://streamable.com/5krhkf


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopBKK 20-9-2024 10:33 AM
SERAMbi
Quote tripleid 20-9-2024 02:24 PM
Edited by tripleid at 21-9-2024 11:14 AM

Yg kaki skodeng tu mesti spisis lobai kepala atas berbalut ketat tapi kepala bawah takleh control..
Quote airfilterkotor 20-9-2024 02:31 PM
Opening kecik dinding atas plastic cistern tu untuk apa?
Tak penah dibuat orang, memang mendatangkan syak wasangka tidak berbelah bahagi laa. Bunguk punya tuan rumah.
Quote Firenzza 20-9-2024 02:55 PM
airfilterkotor replied at 20-9-2024 02:31 PM
Opening kecik dinding atas plastic cistern tu untuk apa?
Tak penah dibuat orang, memang mendatangka ...

Kt bilik air kena ada ventilation tu klau x lemas x bernafas org yg dok  dlm tu
Quote ultra78 20-9-2024 02:57 PM
Report polis aje..
Quote Kiahlemau 20-9-2024 03:03 PM
Hijab kak kiah tertutup ke apa ni...jenuh belek gmbr2 tu...kat mana camera fonnya ye...
Quote airfilterkotor 20-9-2024 03:56 PM
Firenzza replied at 20-9-2024 02:55 PM
Kt bilik air kena ada ventilation tu klau x lemas x bernafas org yg dok  dlm tu

Extractor fan bukan ghoper cenggitu.
Lagipun, aluminium frame keliling opening tu persis daun tingkap post box jer.
Selak jer kertas tu... cakkk!!
Quote pocongkiutss 20-9-2024 04:49 PM
Serammm
Quote dubuk 20-9-2024 05:07 PM
Nak gosok daki pun tak senang
Quote Bfjsmbcksbxj 20-9-2024 05:18 PM
Takutlah kalau macam ni.
Quote SalenaGomez 20-9-2024 05:25 PM
Para wanita marilah berbondong beli kain pantang kat shopee tu. Kain tu boleh guna time mandi. Senang ja sarung terus gitu. Harga pon x mahal. Pakai tu yakin skit tume mandi. Cuma time nak membuang la. Ada juga ke org nak skodeng?? Euuuwww sangat
Quote lilacomot 20-9-2024 05:35 PM
alamak seram...kalu rabun mcm aku ni mmg xnmpk laaa...naya2
Quote Jitu 20-9-2024 06:15 PM
Edited by Jitu at 20-9-2024 06:18 PM

ah sudah dah lah baru balik duk homestay hari tu
harap2 takde la mcm ni

jijiknya la owner homestay sskjp ni
Quote nurul_akmar 20-9-2024 06:42 PM
report polis la kak.. biar ke dalam owner tu kalau salah.. tu je makan dia..
Quote makiting 20-9-2024 08:33 PM
SalenaGomez replied at 20-9-2024 05:25 PM
Para wanita marilah berbondong beli kain pantang kat shopee tu. Kain tu boleh guna time mandi. Senan ...

Macamana rupa kain tu cik SG
Quote allshares 20-9-2024 08:38 PM
"Aku ni bukan nak tutup periuk nasi dia, aku pun tahu dia cari rezeki melalui rumah tu. Tapi, janganlah sampai nak tangkap gambar orang dekat tandas"

Buat ape la ko nk fikir pasal periuk nasi sepisis bangsat gitoh? Dia sendiri cari nahas drop his name shj lah supaya org lain tak terkono.
Quote nono86 20-9-2024 09:26 PM
Aku pernah kena, gila babi betul.. cam gelap jap hidup aku.. aku sewa bilik pasangan suami isteri kat bandar sri permaisuri, masa tu adik llaki dorang datang rumah.. tengah malam nak mandi tgk ada phone.. celaka, time tu jugak aku berambus.. aku siap buat report polis n bagi tau tuan rumah, then aku bagi salinan report polis masa nak ambik barang, baru tuan rumah bagi balik salinan ic aku..
Quote Lolalala 20-9-2024 10:19 PM
nono86: Aku pernah kena, gila babi bet ...


Kesiannya ko. Mesti meninggalkan kesan dekat ko kan. Babi laa manusia x de hati perut gitu
Quote Nurdianah 20-9-2024 11:05 PM
woi..suka sungguh mengendap sskjp ni

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.047214 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top