CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lan Pet Pet Kena Serangan Jantung - ‘Doktor Kata Empat Saluran Tersumbat’

20-9-2024 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17719| Komen: 26

 

Pelawak Lan Pet Pet berkongsi detik cemas apabila dikejarkan ke Hospital Melaka dan dimasukkan ke zon merah pada malam 31 Ogos lalu dipercayai akibat serangan jantung.

Memetik BH Online, Lan berkata doktor memberitahu terdapat beberapa saluran jantung tersumbat bagaimanapun dia enggan mempercayainya sebaliknya percaya penyakitnya itu mungkin berpunca daripada terlewat makan menyebabkan perutnya masuk angin.

“Doktor beritahu ada empat saluran tersumbat. Saya tak rasa ada penyakit jantung dan kejadian berlaku disebabkan masalah lain.

“Biasalah orang tua. Mungkin saya terlupa makan atau perut masuk angin sebab itulah sakit. Waktu makan selalu tak menentu,” katanya.

Sementara itu, Lan berkata dia pernah menjalani pemeriksaan jantung dengan doktor pakar di Alor Setar, Kedah namun tiada mempunyai masalah jantung.

“Lagipun, saya seorang yang aktif bersenam. Itu yang saya hairan bila doktor cakap saya ada masalah jantung,” katanya.


Dalam pada itu, Lan berkata dia memperbanyakkan bacaan zikir selain menunaikan solat sunat sewaktu di hospital dan dia tetap gagahkan diri untuk kembali menjayakan persembahan itu selepas keadaannya kembali baik.

“Selepas kembali sihat, saya minta keizinan daripada hospital untuk membolehkan saya kembali teruskan kerja dengan membuat persembahan sempena konsert Merdeka. Pihak hospital membenarkan saya keluar dengan syarat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kejadian yang berlaku.

“Sebelum itu, saya ada buat video beritahu anggota Senario yang mereka kena buat persembahan tanpa saya. Jadi, bila nampak saya kembali ke konsert, mereka menangis.

“Kami sudah macam adik-beradik. Apabila ada ahli yang sakit sudah pasti kami bersedih atau risau,” katanya.

Tambah Lan lagi, dia akan membuat pemeriksaan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN) atas nasihat doktor. Terdahulu, berita mengenai Lan jatuh sakit pada malam 31 Ogos dikongsi sahabatnya, Saiful Apek.


Sumber – BH Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 20-9-2024 03:24 PM
Pak cik lan dah kena belajar tenang2 aje. Jgn baran2. Dah ada sakit jantung ni bahaya kalau senang naik hangin
Quote red_velvet 20-9-2024 03:36 PM
Doc dah sahkan ada sakit jantung dengan 4 saluran tersumbat pun taknak percaya? Kuat merokok tu salah satu sebab gak tu . Tengok kaler bibir pun tau, birat &  busuk
Quote NazRysha 20-9-2024 03:42 PM
SEBAB KOLESTROL NI
Quote aemon 20-9-2024 03:53 PM
Org kurus ni byk kolestrol kat hati.contohnya iols.
Quote sleepandream 20-9-2024 04:15 PM
sinki rumah dekat dapur pun senang tersumbat apalagi jantung chuols yg dah pakai lebih setengah abad
Quote makciktijah 20-9-2024 04:19 PM
oo lebih pandai drpd doktor pulak
Quote sue_liah 20-9-2024 04:35 PM
dh setengah abad kot umur, x kan la xda penyakit

dah sakit pun nak baran jugak
Quote mrsamz 20-9-2024 04:41 PM
kurus2 pun tak semestinya sihat ..
Quote prettyuglybabe 20-9-2024 04:44 PM
ni mesti sebab vaksin.. ehhhh..
Quote surihatilara 20-9-2024 05:06 PM
prettyuglybabe replied at 20-9-2024 04:44 PM
ni mesti sebab vaksin.. ehhhh..

Quote surihatilara 20-9-2024 05:08 PM
Semoga semuanya baik² saja dan masih boleh dikawal seterusnya membaik, Bang Lan.

Softspot sgt dgn Senario ni. Terkilan betul sejak Hamdan meninggal haritu. Sebab tak merasa jumpa or tengok konsert diorang live.
Quote Bfjsmbcksbxj 20-9-2024 05:19 PM
Semoga cepat sembuh
Quote lightheaded67 20-9-2024 05:39 PM
lain vibe nya kalau org kurus sakit buatan sndiri dgn org gemok sakit buatan sndiri.  tak berapa nk kena hina..... huhuhu smoga acik lan pulih
Quote hokeypokey 20-9-2024 05:53 PM
rambut grey tu uban ke kaler???
Quote Olumis 23-9-2024 03:51 PM
Berapa umur pakcik ni? Nampak tua betulnye. Pakcik ni ker yang panas baran tu? Ker iols salah orang. Jika benar orangnya, ubahlah sikap pakcik yer. Haruslah hidup tenang2. Jangan memaki. Orang suka maki hamun dan pemarah ni memang cepat tua tak tahula kenapa.
Quote EriaDoritis 23-9-2024 03:56 PM
Kenapa lak takleh terima kenyataan? Baik la dapat tau awal. Boleh usaha merawat
Quote IvyGorgon 23-9-2024 03:56 PM
Bersyukurlah 4 injap blocking Allah masih pjgkan umur. Arwah suami i kena cardiac arrest  terus meninggal.
Quote syamzana 23-9-2024 04:19 PM
semoga selamat la ye...
sampai 4 tersumbat tu tp masih kata sbb lain jugak. entah la....body pakcik bkn body kami.
Quote kucingitam 23-9-2024 04:22 PM
doktor ckp pun takmo caye..aduih.. tapi iols pernah bersebelahan kereta dia kat plaza tol..masa zaman2kegemilangan senario.. iols tertengok dia, dia pun kebetulan tgk iols..senyum dia manis je..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.046697 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top