CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Teruk Dikecam Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tak Terkesan - “Saya Cakap Berdasarkan Fakta. Nak Cakap Saya ‘Terpaling’ Terpulang"

20-9-2024 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19714| Komen: 66

 


Dikecam hebat berhubung isu ‘abang bas’, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkata dia menganggap ianya sebagai cabaran untuk mendidik masyarakat mengenai isu gangguan seksual yang semakin membimbangkan.

Memetik Kosmo, Uyaina berkata dia sudah lali dengan kata-kata cacian dan hinaan dan tidak kisah dilabel sebagai ‘terpaling’ lantang mengenai isu berkenaan.

“Bukan nak kata sebab saya ada latar belakang dalam bidang undang-undang tetapi perkara ini tak perlu menjadi seorang peguam pun untuk suarakan.

“Benda ini hanya perlu pakai otak, isu ini sudah ada akta. Mengikut akta, apa yang Abang Bas lakukan itu adalah salah. Jadi siapa saya untuk dakwa sesuka hati sahaja?


“Saya cakap berdasarkan fakta. Nak cakap saya ‘terpaling’ terpulang. Saya hanya mampu sebarkan kesedaran sahaja,” katanya.

Sementara itu, Uyaina berkata lagi mana-mana individu yang terbabit termasuk abang bas layak mendapat pembelaan selagi belum disabitkan bersalah.


“Ini adalah hak undang-undang untuk semua orang. Alhamdulillah, ada peguam secara sukarela ambil kes tersebut dan ada yang mahu mendapatkan keadilan untuknya.

“Itu adalah hak asasi, semua orang harus diberi peluang untuk membela diri sendiri. Saya pun tak pernah jatuhkan hukuman kepada Abang Bas, biarlah mahkamah yang mengadili,” katanya.


Sumber – Kosmo, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 20-9-2024 03:37 PM
Sapa2 je family abg bas bangang ni nk saman..iols akan chip in derma!!
Quote Bebawang 20-9-2024 05:12 PM
Memang terpaling pun. Nnn aku gembira bia ada org ckp dia gemuk. Please lah dia ni dgn tudung kemek kening tebal gitu. Bajet2 terpaling educated.
Quote rayna_raynes 20-9-2024 05:13 PM
Iols pun dh bersedia nak chip in kalau perlu.
I know at least two lawyers yang ready utk tolong KOLs (yang cuba educate masyarakat) sekiranya kena saman
Kena tentang habis2 benda ni
Quote nurul_akmar 20-9-2024 06:36 PM
aku rasa warga tiktok dh xboleh diselamatkan lagi.. mmg beyond fb
Quote mongoose_kidz 20-9-2024 07:01 PM
Bebawang replied at 20-9-2024 05:12 PM
Memang terpaling pun. Nnn aku gembira bia ada org ckp dia gemuk. Please lah dia ni dgn tudung kemek  ...

Laa....mmg dia educated pun.n dia guna follower dia yg ramai utk create awreness.bagus dia berani up isu ni sbb tgk gaya kat tiktok sgtla byk enabler n org3 blur yg husnuzon x tntu arah.xde masalah pun pada aku.yg ko dengki sgt dgn dia knp..n klau dia gemuk pun ade masalah ke dgn ko

Quote Rogue98 20-9-2024 07:43 PM
Nak hentam Uyai ni naper pulak...
Quote Diamondmoney 20-9-2024 07:46 PM
Menakutkn baca komen2 bekap pdf

Mana yg komen melampau bekap tu aku block je
Quote Diamondmoney 20-9-2024 07:48 PM
mongoose_kidz replied at 20-9-2024 07:01 PM
Laa....mmg dia educated pun.n dia guna follower dia yg ramai utk create awreness.bagus dia berani  ...

Kan bgs apa yg dia buat. Aku kalau dlm group fmly tu ada ank buah dok bekap pedo sial ni mmg aku maki je

Geram betol aku
Quote solarlunar 20-9-2024 07:53 PM
nurul_akmar replied at 20-9-2024 06:36 PM
aku rasa warga tiktok dh xboleh diselamatkan lagi.. mmg beyond fb

Ya. Pekat gila. FB tu pun tak sanggup nk baca.

Dok kata ni sume fitnah. Apo
Quote likilu 20-9-2024 07:56 PM
Bebawang replied at 20-9-2024 05:12 PM
Memang terpaling pun. Nnn aku gembira bia ada org ckp dia gemuk. Please lah dia ni dgn tudung kemek  ...

Aib kening dia, sbb tu ada org pakai niqab tutupkening kan

Lol
Quote Sendawg 20-9-2024 08:36 PM
Gila, aku harap sgt la Abang Bas ni jatuh teruk lepasni. Punya lah berlagak mendunia semata2 kena ikat jamin and ramai bekap. Memalukan
Quote kakasotong 20-9-2024 08:41 PM
Dijamin pun orang bagi duit derma lagi verangan nak saman orang yihhhhh

Uyaina pasti lawan & meols antara yg support sheols dari belakang. Makesure lawan sampai kalah saman lepastu suruh minta gantirugi kos guaman sepanjang perbicaraan berlangsung. Biar padan muka kena bayar lagi
Quote sofahani 20-9-2024 08:47 PM
Bebawang replied at 20-9-2024 05:12 PM
Memang terpaling pun. Nnn aku gembira bia ada org ckp dia gemuk. Please lah dia ni dgn tudung kemek  ...

Ko sapot pedo ke?
Quote sofahani 20-9-2024 08:48 PM
pocongkiutss replied at 20-9-2024 03:37 PM
Sapa2 je family abg bas bangang ni nk saman..iols akan chip in derma!!

Sapot abg bas ?
Quote Purplehaz 20-9-2024 08:51 PM
Cuba Acik terpaling ulas..create awareness Kes terpaling Gisb ..nk brani tak?? Ker kne tgok background okt dulu??
Quote syamzana 20-9-2024 08:58 PM
Purplehaz replied at 20-9-2024 08:51 PM
Cuba Acik terpaling ulas..create awareness Kes terpaling Gisb ..nk brani tak?? Ker kne tgok backgrou ...

laaahaii u ni pun pasaipe plak kait dgn gisb jahanam tu.
sbb background kg.com org susah apa yg abg bas tu buat perlu dibiarkan je ke??
i tak la folo dia ni, tp apa yg dia ckp tu betul. knp nak sokong benda yg salah.
Quote Hoola 20-9-2024 09:15 PM
walau xminat dia ni n x bknan xtau why
but
bila tgk warta berita lately dgn kisah2 dangkal lg bangsat dan memualkan...from abg bas (bas lah sgt elok kena bash je), global ikhwan watever dan td aleef tiga ka tigasuku...
mmg gudluck la msia hoiiii
fitnah lah.aibglah.suruh husnuzon
hakkkkpthuihhhhhhhh!!!!!memalukn bngsa agama negara!!!!!!!bila msia nk majuuuu sedara sedari hoiiiiiuui
Quote razzia 20-9-2024 09:44 PM
kali ni i sokong  u  uyaina.rengsa baca komen ngok kt tt tu.dia pny bebal dh tak ble buat apa..
Quote katak hijau 20-9-2024 10:26 PM
Kat tiktok tu aku tau la budak2 hingusan, manusia low IQ..tp dlm forum ni ada jugak yg support abg bas tu? Yarabbii

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.151963 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top