CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura Tak Pernah Keluarkan Kenyataan – Pengurusan Nur Fazura Nafi Fazura Keluar Kenyataan Mohon Cerai Cara Baik

20-9-2024 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15895| Komen: 47

 


Pengurusan Nur Fazura menafikan aktres itu pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan butiran permohonan cerai terhadap suami, Fattah Amin.

Memetik BH Online, pengurus Fazura iaitu Iman Tang berkata syarikat pengurusan dan peguam dilantik tidak terbabit dengan apa yang didakwa kenyataan rasmi berhubung permohonan cerai secara baik Fazura terhadap Fattah, seperti yang tular.

Menurutnya lagi, permohonan perceraian tersebut dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) perundangan negara.

“Kami dari pihak pengurusan, peguam dan Fazura sendiri mengesahkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Fazura sejak tular kisah permohonan cerai.

“Permohonan yang difailkan adalah satu permohonan cerai dengan kebenaran mahkamah sebagaimana kehendak undang-udang,” katanya.

Dalam pada itu, pengurus aktres berkenaan turut menggesa semua pihak berhenti daripada membuat spekulasi mengenai krisis rumah tangga pasangan itu.


“Pihak pengurusan berharap agar tiada pihak membuat sebarang kenyataan berbentuk andaian sendiri bagi mengelak pelbagai spekulasi,” katanya.

Jumaat lalu, peminat dikejutkan dengan laporan Fazura memfailkan permohonan cerai terharap suaminya  di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.



Sumber – BH, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 20-9-2024 09:34 AM
Dia kan failkan penceraian tp bukanla menuntut cerai cara baik tu bukan dari mulut fazura lah....tu la maksud pihak pengurusan dia lah kan?
Quote mrsLucky 20-9-2024 09:39 AM


Kalau tak silap she file cerai under Seksyen 47 kan...?
Nah i copy paste agar kita sama2 belajar dan tahu...


Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003: Perceraian Secara Persetujuan Bersama

Perceraian di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah kaedah perceraian yang membolehkan suami dan isteri bersepakat untuk bercerai sambil memelihara aib kedua-dua belah pihak. Proses ini melibatkan penunjuk seorang Pegawai Agama sebagai pengerusi bersama dua orang wakil yang dilantik sebagai JawatanKuasa Pendamai.

Ciri-ciri Perceraian Seksyen 47

Perceraian ini tidak memerlukan talak dan boleh dirujuk semula semasa isteri dalam tempoh iddah.
Isteri tidak perlu mengadakan aqad baru selepas perceraian.
Proses perceraian ini dapat memelihara aib suami dan isteri, serta mengelakkan pertikaian dan konflik.
Peranan JawatanKuasa Pendamai

JawatanKuasa Pendamai yang dilantik mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 bertindak sebagai wakil bagi suami dan isteri dalam proses perceraian ini. Mereka bertanggungjawab untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan perceraian dan memastikan bahawa proses ini berjalan dengan lancar dan adil.
Quote LaskarHijayu 20-9-2024 09:42 AM
mrsLucky replied at 20-9-2024 09:39 AM
Kalau tak silap she file cerai under Seksyen 47 kan...?
Nah i copy paste agar kita sama2 belajar d ...

Wahhhh ilmu... terima kasih perkongsian

Moga Allah mudahkan urusan kapel 2 sejoli pada pandangan mata aku ni... cuba kenang yg manis2... kot la ade lagi ruang dan peluang...
Quote Bergosip 20-9-2024 09:48 AM
mrsLucky replied at 20-9-2024 09:39 AM
Kalau tak silap she file cerai under Seksyen 47 kan...?
Nah i copy paste agar kita sama2 belajar d ...

ni lah yang team pengurusan, peguam dan fazura tak nak. spekulasi butiran permohonan cerai


yes, fazura failkan permohonan cerai.
tapi, fazura tak pernah keluarkan apa2 statement dia mohon cerai atas sebab apa/seksyen apa


team peguam, pengurusan dan fazura tak pernah keluarkan apa2 jenis info mengenai butiran permohonan cerai


Quote penjarasgbuloh 20-9-2024 10:23 AM
Semoga dirungkai segala kekusutan dan dipanjangkan jodoh mereka berdua...aaminn...
Quote Moyangkucing 20-9-2024 10:34 AM
Perceraian ini tidak memerlukan talak dan boleh dirujuk semula semasa isteri dalam tempoh iddah.


tak berapa faham bab ini.
Quote noor2 20-9-2024 10:35 AM
Bergosip replied at 20-9-2024 09:48 AM
ni lah yang team pengurusan, peguam dan fazura tak nak. spekulasi butiran permohonan cerai



Haaa..yg ni la kak maksudkan
Quote MatDeghem 20-9-2024 10:37 AM
acik2 aipot mesti tak happy dengar ini. ia lah mereka kan dah banyak buat strategic plan untuk Abdol.

macam2 theory sudah keluar. Dari selatan tanah melayu ke brunei hingga ke Tanah Jawa.



Lecturer abdol pun dah advise cari isteri yang ada degree. (statement in lejen)





Quote alesandra 20-9-2024 10:54 AM
penting ke masalahnyer?alasan konon takut timbul spekulasi.yg mengasak beriya bagi hint rumahtangga bergolak ni pun sapa yg start dulu nyah?????
Quote Lailawati 20-9-2024 10:55 AM
noor2 replied at 20-9-2024 09:34 AM
Dia kan failkan penceraian tp bukanla menuntut cerai cara baik tu bukan dari mulut fazura lah....tu  ...

A ah.. Peguam faz cuma filekan je.. Yg lain² dia tak reveal. Sbb tu Iman keluarkn statement ni supaya ada yg x salah faham. Tapi ramai yg pilih x baca full artikel.. Kat FB bnyk yg komen bodo² sbb cuma baca tajuk and half of the article.
Quote Kerusijati 20-9-2024 11:04 AM
Pada aku better tak payah keluarkan statement yg diorang tak keluarkan statement cerai secara baik tu..
Buat dunno ajela. Last2 cerai jugak kan.
Ni lagi mengundang spekulasi dan persepsi.
Quote Bubbleguppy 20-9-2024 11:27 AM
mrsLucky replied at 20-9-2024 09:39 AM
Kalau tak silap she file cerai under Seksyen 47 kan...?
Nah i copy paste agar kita sama2 belajar d ...

Good info..i suka, boleh tambah ilmu
Quote toynme 20-9-2024 11:50 AM
dah macam aisyah tega jgk la kan
yang bodyguard berdentum dentum perli tu kat sape
alahai nasib tak pernah kesah pasal mike ni
Quote aciksenah 20-9-2024 11:56 AM
MatDeghem replied at 20-9-2024 10:37 AM
acik2 aipot mesti tak happy dengar ini. ia lah mereka kan dah banyak buat strategic plan untuk Abdol ...

Mak ai..mcm tu sekali lecturer masuk campur..kelakar
Quote rifaa 20-9-2024 12:14 PM
mrsLucky replied at 20-9-2024 09:39 AM
Kalau tak silap she file cerai under Seksyen 47 kan...?
Nah i copy paste agar kita sama2 belajar d ...

my kenalan pon pakai seksyen ni bila susah sgt dpt cerai dr laki dia

Quote L.U.S.M 20-9-2024 12:50 PM
Sendiri yang sensasikan
Sendiri mohon jgn buat spekulasi

[tiktok]7416351440572009736[/tiktok]

Dasar otak cetek pemukul kepala orang dgn heels
Quote HujanBatuTiga 20-9-2024 01:22 PM
Lepas ni kalau ada memana ciki tarik rambut/tudung jgn lawan jgn katuk dgn slipar jepun yg kome pakai, kang x memasal org duk ulang citer smpai mamps.
Quote likilu 20-9-2024 01:24 PM
Yg ada authority tak amanah
Yg takde info kaki speku

Nasib baik iman hensem. Rumahtangga u ok ke semua? #tanyaje
Quote Hoola 20-9-2024 02:03 PM
Edited by Hoola at 20-9-2024 02:04 PM

hek elelehhhhhhhhhhhhhhhhh

hr ni xquote apa2 ke?
rakyat tnya je

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.029561 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top