CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sabri umpama buku yang masih perlu saya baca – Angeline Tan

20-9-2024 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14285| Komen: 10

 


BERHIJAB menuntut ketaatan dan istiqamah. Biarpun sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan iman untuk menutup aurat, pelakon Angeline Tan tidak mampu membohongi hatinya apabila pernah terdetik rasa ‘panas’ ketika mengenakan hijab.

“Setiap hari saya berdoa agar Allah jadikan saya muslimah sejati. Saya bukan sahaja ingin menjadi seorang isteri yang baik, tetapi juga mengharapkan agar istiqamah dalam mempelajari ilmu agama dan bertudung.

“Pernah juga saya ada bercakap dengan suami (Sabri Yunus), pakai tudung ini buat saya rasa panas. Tetapi, sebenarnya itu semua hanya untuk bermanja-manja saja,” kata pemilik nama Islam Ardini Angeline Tan itu.

Pelakon yang popular dengan watak Lucy itu turut berterima kasih kepada suami kerana banyak membantunya mendalami agama Islam.

Sebagai saudara baharu, dia mempunyai banyak persoalan tentang Islam. Bukan sahaja datang daripada dirinya, tetapi terdapat juga soalan yang diajukan kenalan berbeza agama.


“Setelah memeluk Islam pada September tahun lalu, ada beberapa rakan agama lain bertanyakan tentang Islam.

“Mereka ingin tahu gaya hidup masyarakat beragama Islam. Bagi saya, perkongsian ilmu baik untuk masyarakat apatah lagi kita hidup dalam kalangan berbilang bangsa.

“Apabila saling memahami perbezaan, kita akan lebih menghormati dan menyayangi antara satu sama lain,” terangnya.

Bercerita mengenai rumah tangga, Angeline sememangnya dalam fasa bahagia hidup di samping Sabri.

Biarpun sudah berkawan lebih 30 tahun, tempoh tersebut juga bukan jaminan untuk dia ‘khatam’ setiap perihal suaminya.

“Kami sudah berkawan baik terlalu lama dan pada masa sama kita ini juga suami isteri. Jadi, kadangkala kita ini seperti kawan apabila di rumah.

“Sejujurnya kehidupan saya kini berasa lebih tenang, bahagia dan seronok. Saya juga masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

“Bagi saya abang (panggilan buat Sabri) umpama buku yang saya masih perlu baca. Setiap hari satu muka surat baharu, setiap hari ada perkara baharu yang saya pelajari,” terangnya yang ini kini muncul dengan program Angeline Tanya Abang Jawab.

Seperti Angeline. Sabri bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan isteri mengendalikan sebuah program berbentuk keagamaan sebegitu.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 20-9-2024 09:20 AM
sweet jer... alhamdulillah...
Quote nolya 20-9-2024 02:23 PM
Edited by nolya at 20-9-2024 02:30 PM

"Sabri umpama buka yg masih perlu saya baca": AT.
Sangat berhikmah kata2 drp AT. Itulah hidayah Allah kpd pasangan ini dn Sabri diamanahkan untuk menuntun AT ke arah yg diredhaiNya.

Kita?  Kita bagaimana.  Sebenarnya ummah muslimin lainnya telah sejak azali lagi telah mendpt hikmah begitu, berbekal dgn hikmah Allah swt sejak tumbuh dlm rahim ibu lagi.  Cuma kita saja terlepas pandang dn kita lagha.
IQRA: bacalah.  Banyak hal yg boleh kita  'baca' dlm hidup ini.  Yg di laut, di udara, atas bumi, zahir, yg bathin semuanya mengajak kita membaca.  Baca seawal mencari ilmu,  baca juga drp segala kejadian yg berlaku.  Sejauh manakah kita memaknai maksud BACA ini?
Saat mula lahir ke dunia, anak2 dibacakan kalimah Allah: azan atau aqamat. Di saat ke perjalanan akhir pun kita dihantar dgn bacaan ayat2 kalimah Allah juga. Namun, selama menghayati perjalanan hidup ini, adakah kita sering menemankan diri dgn kalimah2NYA? Sesering mana dn sejauh mana telah kita BACA?.
Quote BoongaKertas 20-9-2024 03:13 PM
kak angie ni mmg sweet kan. ya Allah, couple kedua yg iols suka tgk. moga kekal hingga ke syurga.
Quote orangbiasaje 20-9-2024 07:59 PM
Tak nak cakap lebih2, takut nnti ada yg hasad dengki. Cuma doakan berkekalan. Cinta yang ditemui membawa kepada Allah, dan cinta yg ditemui setelah sekian lama kehilangan.
Quote Fly_over 20-9-2024 08:04 PM
iols sejenis org yg ok je org lain nk sweet2. tp ramai pulak yg x ok yg hasad yg joy killer. so soalan iols, agak2 tok sabri ni ada tak yg nak caras? kalau xde bole ls deyols nk sweet2.
Quote linb 20-9-2024 09:36 PM
Makin cantik kak Angeline ni. I doakan kak Angeline dan suami dimurahkan rezeki, diberikan perkahwinan yang bahagia dan diberkati
Quote surihatilara 21-9-2024 03:28 PM
Quote MollyShannon 21-9-2024 03:50 PM
Happy for her
Quote kakikuDibibirmu 21-9-2024 05:57 PM
Tak suka baca buku
Quote kakikuDibibirmu 21-9-2024 05:59 PM
Lagi best baca forum

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.059842 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top