CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin Tak Nampak Kusut Hadap Berita Cerai - “Diluar Set Dia Akan Ke Surau Dan Pergi Makan. Waktu Itu Pun Dia Masih Nampak Tenang"

18-9-2024 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26112| Komen: 144

 


Meskipun hangat diperkatakan mengenai berita kemelut rumah tangganya, pelakon Fattah Amin dilapor tenang di set penggambaran.

Memetik Utusan Online, sumber berkata Fattah yang kini sedang menjalani projek supertele 11 Cinta Sebelum Kamu, tidak pernah buka mulut baik tentang rumah tangga mahupun mengenai isterinya, Fazura.

“Fattah tidak menunjukkan apa-apa respons atau tindak tanduk yang pelik. Dalam set dia nampak fokus kepada kerja. Dia juga beri kerjasama yang baik dengan semua orang di set penggambaran.

“Di luar set, dia akan ke surau dan pergi makan. Waktu itu pun dia masih nampak tenang,” menurut sumber.

Sumber memberitahu semua kru dan pelakon menghormati Fattah dan enggan bercakap mengenai perkara tersebut meskipun tahu mengenai desas desus mengenai rumah tangga aktor itu.

“Setakat ini Fattah tidak buka mulut mengenai hal peribadi. Semua orang di produksi juga tidak bercakap mengenai hal peribadi Fattah. Perkara itu yang membuatkan Fattah boleh fokus,” katanya.


Jumaat lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

SUMBER: Utusan Online, Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 18-9-2024 11:30 AM
nk hrpkan dia keluarkan statement, mcm tggu kucing bertanduk. moga yg baik2 jer lah fattzura. iols dah serabut dah news ni.
Quote masnona 18-9-2024 11:31 AM
So dia tak kisah la cerai ke tak. Bg dia hidup dia sama je
Quote bambimo 18-9-2024 11:43 AM
pehtu reput expect nk dia buat apa kat set?
meratap hiba cm xde hidayah ke, bentak2 kaki cm budak kecik
come on laa..
Quote TheRedLady 18-9-2024 11:45 AM
Nama pun kayu kan. Mana ada tunjuk apa apa reaction.
Quote chinta89 18-9-2024 11:51 AM
semoga yg baik2 utk uols berdua. sama cantik sama padan.
Quote boudinniA 18-9-2024 12:15 PM
Mestilah tenang, fattah tahu heols dapat sokongan orang ramai.
Bakal duda hot.
Quote noor2 18-9-2024 12:17 PM
Begitula keadaan hidup seorang manusia yg hidup kerana Allah..segala ujian akan dihadapi dgn hati yg terbuka dan tenang...
Quote I.K.A888990 18-9-2024 12:25 PM
nak kena hentak2 kepala ka kat set tu

Quote zuuu 18-9-2024 12:25 PM
Adoi, xkan la dia nak menangis teresak esak pulak kat khalayak ramai kat set harus la professional dalam hati sapa tahu, kita doa yg baik2 jelah
Quote edoraixora 18-9-2024 12:26 PM
lahhhh....dah tu expect dia bercerita hal rumahtangga dia kat set ke? apooooo
Quote noor2 18-9-2024 12:30 PM
Berita ni mmg lawak..wartawan pun 2x5 lawak
Quote ygarif 18-9-2024 12:40 PM
sb tu kita jgn syg manusia ni lebih ...kecewa juga nanti
Quote anony-mous 18-9-2024 12:43 PM
Bodoh nya yg bg kenyataan ni pon.. habis tu xkn nk cerai kena tggal solat??
Quote codenamedream 18-9-2024 12:48 PM
Utusan nak cari duit. Sebab nak baca article dia kena subscribe.
Berita traffic tinggi haruslah dipergunakan.
Walafaz Walafat pun gigih nak baca
Quote apedehal 18-9-2024 12:55 PM
codenamedream replied at 18-9-2024 12:48 PM
Utusan nak cari duit. Sebab nak baca article dia kena subscribe.
Berita traffic tinggi haruslah dip ...

Hahahhadoi...nama baru pulak dah..ada2 je kacode ni..terhibur iol
Quote Denco 18-9-2024 01:08 PM
Dia tgh keje kot cari makan. X kan nk meroyan.. sape nk tanggung kos production klu sume keje tergendala psl rumah tangga dia. X fair utk org lain. X psl² dpt plak surat saman dr producer, walafaz nk tolong bayo ke
Quote Tunan 18-9-2024 01:13 PM
Bagusla alhamdulillah
Dia senyap tp dia berfikir.. masih boleh makan
Quote gideoncross 18-9-2024 01:41 PM
masnona replied at 18-9-2024 11:31 AM
So dia tak kisah la cerai ke tak. Bg dia hidup dia sama je

Mmg ada org jenis cmni, nnti klau dh single & ada yg knalan pun bolayan je, jnis kayu. Siapa2 pun akn cpat bosan dgn org jnis cmni, llaki ataupn prmpuan
Quote gideoncross 18-9-2024 01:43 PM
bambimo replied at 18-9-2024 11:43 AM
pehtu reput expect nk dia buat apa kat set?
meratap hiba cm xde hidayah ke, bentak2 kaki cm budak k ...

Netz Malaya mmg expect utk org jdi cmni, mnjerit mcm nak mmpus bru dorg nak. Klau tenang je, dorg yg pnas bontot

Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062651 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top