PETALING JAYA – Pencipta kandungan YouTube, IShowSpeed mengalami detik mencemaskan apabila dia tercekik ketika menikmati durian Musang King dalam satu sesi siaran langsung. Selebriti terkenal dari Amerika Syarikat itu dilihat makan durian berserta bijinya sebelum mengalami insiden tercekik. Difahamkan, dia berkunjung ke Malaysia adalah sebagai destinasi pilihan siri jelajahnya melawati negara di Asia Tenggara. Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya mengingatkannya agar sentiasa makan dengan perlahan selain menjelaskan cara yang betul menikmati durian. Ini kerana, IShowSpeed terkenal dengan sikap yang terlebih teruja sehingga kadang kala ia membahayakan dirinya sendiri. Semakan Kosmo! pada video terdahulu yang dikongsikan pencipta kandungan itu, dia pernah beberapa kali tercekik ketika makan kerana terlalu teruja.
“Kita hampir sahaja kehilangan IShowSpeed. Makan durian bukan itu caranya, biji orang tak telan,” pesan Angelll. Selain durian, IShowSpeed juga juga tidak melepaskan peluang mencuba Super Ring yang menjadi jajan popular di Malaysia. “Ini adalah yang terbaik,” kata IShowSpeed. Sumber : Kosmo |
alesandra replied at 18-9-2024 11:04 AM
who rrr yusss??
Jikookie replied at 18-9-2024 11:51 AM
Kalau dah gitu cara makannya, patut la tercekik pun
Jikookie replied at 18-9-2024 11:49 AM
Penuh muka dia aje kat fb dari atas sampai bawah. Haram iols tak kenal
gideoncross replied at 18-9-2024 12:42 PM
Heol ni influencer, sllu video psl main game & ada time tu dick heol trlepas dpn webcam. Famous ka ...
alesandra replied at 18-9-2024 12:54 PM
Org mcm ni pun beriya diagungkan.apalah nak jadi