CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sentiasa ceria, Nadia Brian terkejut Fazura nak bercerai

13-9-2024 11:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 93800| Komen: 5

 


Pelakon Nadia Brian mengakui terkejut apabila mendapat khabar mengenai rakan artis, Nur Fazura memfailkan perceraian ke atas suami, Fattah Amin hari ini.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 33, berkata, aktres terbabit tidak mempamerkan sebarang reaksi stres atau berhadapan masalah peribadi ketika di set penggambaran drama yang mereka bintangi bersama-sama, akhir tahun lalu.

Katanya, sepanjang bekerjasama dalam pembikinan Lelaki Itu, aktres terbabit sentiasa tampil ceria dan menyelesaikan penggambaran dengan baik.

“Saya memang terkejut. Pada saya Fazura seorang yang profesional dan senang untuk bekerjasama. Dia okey ketika di set penggambaran sekitar November 2023.

“Sepanjang kami berlakon bersama dalam drama Lelaki Itu, dia dilihat seperti biasa dan tiada apa-apa tanda sedang mengalami masalah,” katanya kepada Kosmo! Online.


Nadia yang ditemui di sidang media Teater Kerana Percayakan Siti di sini hari ini turut berkata, sebagai rakan dia mendoakan yang terbaik buat Fazura dan Fattah.


Meskipun pernah bekerjasama, namun Nadia mengakui dia tidak mengenali pasangan pelakon itu secara rapat.

Saya mendoakan yang terbaik buat mereka. Tiada pasangan yang mengharapkan rumah tangga dibina berakhir dengan perceraian.

“Namun, hanya tuan badan saja yang mengetahui dan melalui perkara itu. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nadia bakal muncul dalam pementasan teater Kerana Percayakan Siti pada 4 hingga 6 Oktober 2024 di Blackbox Damansara Performing Arts Centre(DPAC), Petaling Jaya.

Selain Nadia, teater arahan Afiza Asram turut dibintangi D’Boy Hamdan, Farah Ahmad, Shariah Sofia, Firdaus Karim, Swarna Naidu dan Anwar Rusdini. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kakalongmu 14-9-2024 07:45 PM
Nak jugak mencelah ko yerr
Quote AWEKSAMURAI 14-9-2024 11:31 PM
Terpaling hahaha
Quote dakewa 15-9-2024 01:29 AM
Mmglah nyah. Mase shooting lelaki itu theyols masih okay lagi khuennn
Quote gideoncross 16-9-2024 06:49 PM
dakewa replied at 15-9-2024 01:29 AM
Mmglah nyah. Mase shooting lelaki itu theyols masih okay lagi khuennn

Bgi iol, time shooting msti tunjuk professional & x boleh trbawa2 hal pribadi ke tmpt krja. Time krja, krja, time pribadi, pribadi, kna bezakn
Quote Kurex 18-9-2024 10:44 AM
sebab tu dia digelar mizzFAKE

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.075947 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top