CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penganggur dipenjara, denda RM4000 hina Sultan Kedah

13-9-2024 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27041| Komen: 6

 


SUNGAI PETANI: Seorang penganggur hari ini dihukum penjara sebulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku membuat hantaran menghasut yang menyentuh Sultan Kedah menerusi aplikasi TikTok, Julai lalu.

Majistret M Kalaiarasi turut memerintahkan Nor Ismail Amran Ghazilah, 42, dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di aplikasi TikTok di Sungai Petani pada kira-kira 10 malam 6 Julai lepas mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, S Preeyaa memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan membabitkan institusi diraja selain bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam agar lebih berhati-hati menggunakan media sosial.


Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Farahdina Che Bakar memohon hukuman ringan atas alasan ia kesalahan pertama tertuduh yang telah menyesal dan sudah lapan bulan tidak bekerja.

Sumber  - BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 13-9-2024 09:00 AM
dia habaq apa wey

Quote fanaz82 13-9-2024 11:00 AM
tak pasal2 kena tangkap.
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2024 03:13 PM
Pasaipa angpa jadi lagu tu? Peliaq betoi lah hai, the wedar is kliar katanya, dajjei sungguhlah, kamjad betoi, Ffira Mikah tersenyum sinis
Quote Skuau 13-9-2024 03:32 PM
nasib ku...aku.....penganggur..tingat lagu ni...pulok.
Quote mojarean_X 13-9-2024 03:38 PM
Lah sultan kedah yg low profile pun org hina. Keji tol dorang ni
Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:29 PM
Kerana mulut, badan binasa

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.068235 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top