CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kolesterol tinggi, jantung pelawak Singapore ‘Phua Chu Kang’ berhenti berdegup 30 saat

11-9-2024 11:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26293| Komen: 7

 


BAGAI mati hidup semula. Itulah yang dirasai oleh pelawak yang terkenal dengan watak Phua Chu Kang, Gurmit Singh apabila jantungnya pernah berhenti berdegup selama lebih 30 saat.

Gurmit atau nama lengkapnya Gurmit Singh Virk Chainchal Singh, 59, memberitahu, kejadian yang berlaku pada 2017 itu bermula dengan insiden dia gagal mengingati sesebuah lokasi.

Otak saya tiba-tiba seperti ‘shutdown’ sampai tidak tahu di mana saya berada. Kemudian isteri saya telefon bertanyakan tentang keberadaan saya.

“Saya jawab tidak tahu, tetapi tempat ini dipenuhi dengan lokar. Kemudian saya baru sedar yang berada di gim. Tetapi, anehnya saya tidak dapat mengingati bagaimana saya boleh berada di sana.

“Selepas membuat pemeriksaan MRI (pengimejan resonans magnetik), saya kemudian berjumpa dengan parkar neurologi (saraf) dan pakar kardiologi (jantung). Ketika sedang mendapat rawatan jantung saya tiba-tiba berhenti lebih 30 saat,” katanya.


Gurmit yang ditemui dalam majlis sidang media Phua Chu Kang: The Greatest Show Man di sini hari ini, memberitahu, kejadian itu membuatkan dia berasa bersyukur kerana masih dapat meneruskan hidup sehingga ke hari ini.

“Setiap hari selepas bangun saya sentiasa bersyukur kepada Tuhan kerana beri saya peluang untuk hidup lagi.

Kita semua tidak tahu bila kita akan mati. Jadi setiap hari saya menjalani hari saya dengan penuh semangat dan positif, kerana bila-bila masa saja kita akan mati,” katanya.

Pelawak dari Singapura itu turut memberitahu, dia sebelum ini pernah mengalami tahap kolestrol tinggi dalam badan sehingga dikhuatiri mengancam nyawa.

“Pada 2002 tahap kesihatan saya agak teruk dan waktu itu saya kerap muntah. Setelah buat pemeriksaan kesihatan doktor mengatakan tahap kolestrol saya tinggi.

Awalnya saya tidak percaya kerana rasa badan sihat. Tetapi, selepas dinasihati doktor saya mula mengamalkan diet seimbang, melakukan aktiviti sukan dan rajin ke gim,” katanya.

Untuk info Phua Chu Kang: The Greatest Show Man yang dibawakan oleh Popcorn Studio Sdn Bhd merupakan pementasan komedi berdiri oleh Gurmit sebagai Phua Chu Kang di HGH Convention Centre Sentul.

Selain Gurmit, persembahan yang dijangka berlangsung selama dua jam 30 minit itu turut dihiburkan dengan pelawak Russell Curtin dan Rizal Van Geyzel. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jikookie 12-9-2024 12:37 PM
Tua dah dia. Dulu zaman sekolah selalu tgk cerita pck tu
Quote zuuu 14-9-2024 12:06 PM
Muka still maintain lagi,rambut je yg beza
Quote hujanrindu28 15-9-2024 02:22 AM
Nostalgia sgt. Teringat zaman sekolah dulu
Quote Bfjsmbcksbxj 16-9-2024 03:04 AM
Takutnya
Quote borrow 17-9-2024 09:09 AM
takut plak. Dulu ada check doc ckp tinggi sket. Terkejut sbb badan kurus ja hehe. Igtkan no prob.
Quote A-Are 18-9-2024 12:17 PM
orang kurus la ramai kena kolestrol tggi
Quote lasagna 19-9-2024 08:37 AM
walaun pun dia singh, tp tak ada iras bengali sgt.
30 saat tu lama gak tu.. cuak iols baca!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.039040 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top