CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Miliki pistol tiruan, ganja: Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Yusoff Rawther dituduh esok

11-9-2024 11:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28106| Komen: 23

 


KUALA LUMPUR – Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, lelaki tersebut yang ditahan di Jalan Bukit Kiara, di sini direman selama enam hari sejak Sabtu lalu.

Katanya, pemeriksaan polis menjumpai dua pucuk pistol tiruan dan ketulan mampat disyaki ganja di dalam kenderaan suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai diminta supaya menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan mengenai penahanan anak guamnya pada Jumaat lalu.

Peguam itu mengatakan Yusoff yang kini dalam tahanan reman menyatakan dengan jelas bahawa pistol dan dadah tersebut bukan miliknya.


Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan perbicaraan kes saman Muhammed Yusoff terhadap Anwar atas dakwaan serangan seksual akan bermula pada 16 Jun tahun depan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Muhammed Yusoff mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar di Segambut selepas diminta oleh Setiausaha Sulit Anwar, Shukri Saad untuk menyerahkan sendiri teks ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi anjuran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India kepada defendan.

Sementara itu Anwar memfailkan tuntutan balas pada September 2021 dengan menyatakan dakwaan salah laku seksual itu adalah ‘palsu dan direka’.

Dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas itu, Anwar mendakwa bahawa serangan seksual yang didakwa tidak mungkin berlaku kerana pada tarikh berkenaan, beliau melayani keluarga dan rakan di kediamannya di Bukit Segambut. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 12-9-2024 08:07 AM
mungkin berlaku time lain kot.. bangnon ni tak abis lagi masalah amek kesempatan kt pembantu erk. lepas tu kena saman. pastu dia plak saman dorg.. ish.. peninglah
Quote green~tea 12-9-2024 08:32 AM
Alahai.. kesalahan2 jenayah dia tu personal dia kan...

Dalam setandan pisang, mesti ada yang busuk rosak..

Selayaknya kena dakwa dan buang kerja
Quote grouper 12-9-2024 08:50 AM
Sebenarnya Anwar ni mmg peliwat ke apa...asyik la kena tuduh je..org lain kena tuduh rasuah sana songlap sini
Quote supernaturalee 12-9-2024 10:02 AM
sebut rawther tu mcm router tu ke

Quote Orix 12-9-2024 10:13 AM
grouper replied at 12-9-2024 08:50 AM
Sebenarnya Anwar ni mmg peliwat ke apa...asyik la kena tuduh je..org lain kena tuduh rasuah sana son ...

Kau rasa2 ??? Hahaha
Quote lipans 12-9-2024 12:03 PM
grouper replied at 12-9-2024 08:50 AM
Sebenarnya Anwar ni mmg peliwat ke apa...asyik la kena tuduh je..org lain kena tuduh rasuah sana son ...

Kan dah terbukti & kena penjara sebab meliwat.

Quote bakingsoda 12-9-2024 12:06 PM
lol cai atok jd peguam, btw yg unexpectednya:
Quote marvelez 12-9-2024 12:10 PM
50-50 untuk percaya. boleh jadi mmg dia punya, boleh jadi juga kena frame. knowing ada kes dgan PMX. PMX pun kuat main wayang
Quote Orix 12-9-2024 12:14 PM
lipans replied at 12-9-2024 12:03 PM
Kan dah terbukti & kena penjara sebab meliwat.

ummah main pilih2 la.... mana yg nak percaya mana yg taknak percaya. kalau macam dai syed tu bila mahkamah jatuh hukum semua pakat percaya... bila mahkamah kata bangnon meliwat, eh takkan lah... bini anak semua bertudung kot, xkan la apaknya meliwat, bininya pun support bangnon... eh tapi dai syed tu lagi la, dai kot, bininya pun support dia meski mahkamah dah jatuh hukum. cemana tu ??? pilih ikut hati mn nk percaya mn x nak percaya agittuhhh.......
Quote tungkai 12-9-2024 12:20 PM
Kalau tengok arwah RPK ulas pasal liwat ni sejak awal2 lagi kat Youtube...hhmm..mcm ye..
Quote Perwira2022 12-9-2024 01:48 PM
Dia mudah je nak tau  Nuar betul2 liwat Sepol ke tidak..

Iaitu kalau betul Nuar kena fitnah meliwat sampai bertahun2 kena penjara, hari ini mesti Nuar dah all out bukak balik kes liwat tu untuk bersihkan nama dia secara peribadi dan bersihkan sistem keadilan negara ni drpd para konspirator.. Bukan sikit punya korup kalau betul kes tu kes fitnah para konspirator.. Melihatkan institusi polis, jabatan peguam negara dan para hakim.

Tapi hakikatnya apa Nuar buat? Diam tak berkutik kan tentang kes liwat dia. Kuasa PM dah ada, apa susah nak bukak balik kes ni. Sedangkan kes rasuah Daim & Tun M berpuluh tahun dulu pun dia beriya korek balik.

Takut kerana salah la tu. Memang Nuar meliwat jubur Sepol. Sepol pun tak kena saman sebab memfitnah.
Quote Perwira2022 12-9-2024 01:50 PM
Yusof Rawther ni confirm kena frame. Almaklum kes liwat 3.0 dah makin kepada hari perbicaraan. Sekarang kena la serang kredibiliti mangsa supaya nampak mangsa jahat.
Quote limesherbet 12-9-2024 02:20 PM
As long as org tu a good PM...pada i nak liwat ke molest ke lantak hang...kejadahnye hal sex org nak amik tau
Quote sapeka 12-9-2024 02:22 PM
Keturunan abangla ke?
Quote limesherbet 12-9-2024 02:23 PM
Perwira2022 replied at 12-9-2024 01:48 PM
Dia mudah je nak tau  Nuar betul2 liwat Sepol ke tidak..

Iaitu kalau betul Nuar kena fitnah meliwat ...

Eleh kang dia buat mcm tu dia menang....uol  kata pulak "memang la menang...hang PM..hang control sistem kehakiman kononnye".....dia buat ke tak buat tetap lah hangpa cari salah dia
Quote tripleid 12-9-2024 04:02 PM
Muka mamak kerala ni sekali tgk pun dah terpancar terik aura rempit budak jahat..

Raja Petra sblm beliau inalillah pun ngaku kes liwat Anwar tu fitnah..


[youtube]bRt1CDCGCgM[/youtube]
Quote kemaruk 12-9-2024 04:07 PM
limesherbet replied at 12-9-2024 02:20 PM
As long as org tu a good PM...pada i nak liwat ke molest ke lantak hang...kejadahnye hal sex org nak ...

Bangkem sejutu        
Quote grouper 12-9-2024 04:34 PM
Klau pmx x liwat budak ni maybe budak ni betul2 bermasalah macam walanon katakan..klau dia kena liwat ada konspirasi le tu nak jejaskan nama baik dia..boleh pakai x logik ni
Quote imransulaiman 12-9-2024 04:36 PM
Tapi nampak muka bengkok je budak ni..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.043939 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top