CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketegangan di Laut China Selatan: Malaysia guna saluran diplomatik

11-9-2024 10:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37245| Komen: 42|Original author: EJALTI

 

=


PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Malaysia menggunakan saluran diplomatik dalam isu ketegangan yang semakin meningkat di Laut China Selatan.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membincangkan perkara tersebut secara khusus.

"Sebarang isu berbangkit akan diuruskan melalui saluran diplomatik," katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.

China sejak awal tahun ini dilaporkan meningkatkan keberadaan pasukan tentera dan pengawal pantai di Laut China Selatan khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Terbaharu, Wisma Putra mengesahkan menerima laporan kehadiran kapal asing pelantar minyak luar pesisir di negara ini di perairan Sarawak pada Sabtu lalu.

Kehadiran pasukan tentera dan pengawal China itu turut menyebabkan beberapa insiden pertembungan dengan tentera Filipina dengan kejadian terkini dilaporkan pada 31 Ogos lalu.

Ditanya sama ada Malaysia akan membawa isu berkenaan pada persidangan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Fahmi berkata, perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri berikutan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak menghadiri mesyuarat.

"Menteri Luar akan mewakili Perdana Menteri dan kerajaan ke UNGA tahun ini bersama satu atau dua orang menteri lagi tetapi agenda khusus tidak dibincangkan, malah Mohamad tak hadir mesyuarat hari ini.

"Jadi kita perlu tunggu, sebelum berangkat ke UNGA," katanya.

Beijing menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan termasuk kawasan yang dituntut oleh Filipina, Brunei, Malaysia, Taiwan dan Vietnam.

Sebahagian daripada laluan perairan itu merekodkan nilai perdagangan AS$3 trilion setiap tahun yang mana ia kaya dengan simpanan minyak dan gas asli selain menjadi sumber perikanan utama bagi negara serantau.

Pada tahun 2016, Mahkamah Timbang Tara Tetap memutuskan tuntutan menyeluruh China tidak mempunyai asas undang-undang, tetapi ia ditolak oleh Beijing.

Jun lalu, Amerika Syarikat (AS) menegaskan semula komitmennya terhadap keselamatan Filipina selepas Manila menuduh China dengan sengaja menghentikan penghantaran bekalan kepada tentera Filipina yang ditempatkan di Beting Thomas Kedua yang dipertikaikan.

Sumber : Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 11-9-2024 06:41 PM
Lim gone eng n lim kit sial and ahli dap yg lain mana....apa function diaorang dlm keadaan camni...apa guna dap utk negara skrg?
Quote Skuau 11-9-2024 07:37 PM
Rogue98 replied at 11-9-2024 06:41 PM
Lim gone eng n lim kit sial and ahli dap yg lain mana....apa function diaorang dlm keadaan camni...a ...


kita olang tolong kita sama kita (teresa kok)saja...maaa....lain hal u olang sindiri kaw tim maaaa...nanti tolong undi MADANI Mahkota sana..kita pon ada sini kjaan maaa.....
                        
Quote eLiaD 11-9-2024 08:15 PM
nah bruh..dont worry maa we got America


RiP
Quote dua_chzy 11-9-2024 08:16 PM
Rasanya WWIII tu around 10 years from now la.

Quote dua_chzy 11-9-2024 08:18 PM
Hado kursus menyelamat mangsa bom ngan nuklear di Malacca don't mess with sekarang. Pehtu tiap nugri hada ditubuhkan unit penyelamat under PDRM.

Korang fikior le, hapa kepentingan dibuat segala unit baru, kursus baru ni tetibe.

@pengecatbintang jom berkonspirashiiiii
Quote eLiaD 11-9-2024 08:34 PM
dua_chzy replied at 11-9-2024 08:16 PM
Rasanya WWIII tu around 10 years from now la.

U might ve right ticer



RiP
Quote dua_chzy 11-9-2024 08:44 PM
eLiaD replied at 11-9-2024 12:34 PM
U might ve right ticer



Uols tau apsal ai terfikir gitew?

Sebab Linkin Park tu kan baru buat comeback. Layan la video2 lama deol. Tertengok video tahun 2014, deol buat konsert kat Moscow. Aman damai ja masa tu. Sekarang Rusia tu tengah perang. Antara 2014 ngan 2024 tu, baru 10 tahun uols...
Quote arareez 11-9-2024 08:53 PM
dua_chzy replied at 11-9-2024 08:16 PM
Rasanya WWIII tu around 10 years from now la.

Ala cepat sgt.. X merasa duit epf
Quote pengecatbintang 11-9-2024 10:33 PM
dua_chzy replied at 11-9-2024 08:18 PM
Hado kursus menyelamat mangsa bom ngan nuklear di Malacca don't mess with sekarang. Pehtu tiap nugri ...

nnt...

WW3 akan berlaku..

punca WW3...

political Zionists VS Arab Islam..

negara2 Eropah Barat, U.S & Canada mgkn akan berlaku chaos & civil war - depopulation agenda

(kepercayaan Jews Rabi - sebelum Dajjal muncul, Eropah kena lingkup dulu)  

aku expect WW3 akan start antara 2026 ke 2028..

utube kat bawah :

8 Sep 2024 Trump bgtau kalo US Dollar hilang status sebagai world reserve currency :

1)  umpama kalah perang

2)  U.S.A akan jadi 3rd world country

[youtube]EOVcNHAdjwE[/youtube]  


Quote pengecatbintang 11-9-2024 10:35 PM
Edited by pengecatbintang at 11-9-2024 11:29 PM

aku sedang observe hint2 yg akan berlaku kat Asia Tenggara..

tp sblm ni ada perancangan Rockefellar...

satu hari nnt..

bekalan ubat di Southeast Asia akan dihalang kemasukan oleh geng2 bersenjata panglima perang ala2 ISIS kott
Quote pengecatbintang 11-9-2024 10:41 PM
Edited by pengecatbintang at 11-9-2024 11:32 PM
pengecatbintang replied at 11-9-2024 10:35 PM
aku sedang observe hint2 yg akan berlaku kat Asia Tenggara..

tp sblm ni ada perancangan Rockefell ...

selalunya..

bila aku dah sebarkan satu2 benda yg x diketahui umum..

benda tu takkan jadi..

--

aku penah dengar ahli agamawan kata..

ada sesetengah pengetahuan tu..

jika diberikan atau diilhamkan kpd seseorang..

x boleh dikongsi dgn orang lain..

khas utk orang tu saja
--

ini pendapat aku plak..

dan pengalaman aku sendiri

jika pengetahuan tu dikongsi dgn orang lain..

benda tu takkan jadi

so, aku harap bila aku sebar sebarkan ni..

tak jadi lah..

Aamiin









Quote pengecatbintang 11-9-2024 10:49 PM
pengecatbintang replied at 11-9-2024 10:41 PM
selalunya..

bila aku dah sebarkan satu2 benda yg x diketahui umum..

WW3 & RESET adalah proses peralihan dari

Old World Order (Unipolar World - U.S.A only superpower) ke New World Order (Multipolar World - ada beberapa superpower)

aku agak..

BRICS+ adalah new superpower yg akan menyaingi U.S.A dan sekutu U.S.A..

superpower2 ni x ngam...

ini bertepatan ngan tafsiran mimpi Raja Nebuchadnezzar yg ditafsir oleh Nabi Daniel




Quote pengecatbintang 11-9-2024 10:52 PM
Edited by pengecatbintang at 11-9-2024 11:10 PM
pengecatbintang replied at 11-9-2024 10:49 PM
WW3 & RESET adalah proses peralihan dari

Old World Order (Unipolar World - U.S.A only superpower) ...

New World Order (multiple superpower) = Feet & Toes of Iron & Clay

kenapa Iron & Clay?

Iron & Clay tak bercampur - x dapat bersebati

ini mungkin menunjukkan Iron & Clay tu bermusuhan
Quote pengecatbintang 11-9-2024 11:07 PM
Edited by pengecatbintang at 11-9-2024 11:09 PM
pengecatbintang replied at 11-9-2024 10:52 PM
New World Order (multiple superpower) = Feet & Toes of Iron & Clay

kenapa Iron & Clay?

sambung..

[youtube]hHvUOfktnbU[/youtube]
apa kingdom selepas Feet & Toes

lihat minit 1.55

Kerajaan Allah SWT (dipimpin oleh Nabi ISA & Imam Mahdi)

Quote edayildiz 11-9-2024 11:13 PM
tp geng china bukit mmg ramai on kt malaysia..kt kondo i ni cina sana ramai..menyampah tau suka potong jln time jogging..bebal giler
sekali kena jeling tahu berundur..
td tgk kt tt tnjk atm ngn tni bertembung kt perairan..pastu ada net yindon ngn malaysia saling komen..malaysia ngn yindon adik brdk tiri..malaysia sedih dorg ikt sama
Quote pengecatbintang 11-9-2024 11:14 PM

apa akan berlaku selepas political Zionists (yis real) & dunia arab destroyed each other masa WW3 nnt..

aku saspek..

Orang Islam Palestin akan dapat balik Baitulmaqdis

maka, aku jangka maka bermula lah hadith di bawah :

"Pemakmuran  Baitul  Maqdis merupakan  tanda kehancuran  Yathrib (Madinah),  kehancuran  Yathrib  merupakan  tanda  permulaan  al-Malhamah,  permulaan  al-Malhamah  merupakan  tanda  pembebasan  Kota  Kostantinopel,  pembebasan  Kota  Kostantinopel  pula  adalah  tanda  kemunculan  Dajjal." (HR. Abu Daud)
Quote ladyxez 11-9-2024 11:20 PM
pengecatbintang replied at 11-9-2024 10:41 PM
selalunya..

bila aku dah sebarkan satu2 benda yg x diketahui umum..

Aamiin
Quote pengecatbintang 11-9-2024 11:24 PM
pengecatbintang replied at 11-9-2024 11:14 PM
apa akan berlaku selepas political Zionists (yis real) & dunia arab destroyed each other masa WW3  ...

antara pemakmuran Baitulmaqdis dengan sebelum kemunculan Dajjal..

aku saspek..

1. Munculnya Imam Mahdi

2. Sg Furat kering & muncul sebongkah gunung emas

3. berlakunya hadith Nabi Muhammad SAW - pagi beriman, petang x beriman atau petang beriman, esoknya x beriman

4. Malhamah Al Kubra (WW4) berlaku : Islam dipimpin oleh Imam Mahdi VS Bangsa Rome (Russia)

3 tahun sblm Dajjal muncul :  1/3 hujan disekat dari turun

2 tahun sblm Daajjal muncul : 2/3 hujan disekat dari turun

tahun Dajjal muncul : x der hujan langsung

--

aku agak-agak lah kan..

Battle of Armageddon akan berlaku tahun 204X

x lama lepas Armageddon, akan berlaku Malhamah Al Kubra di Syria

lepas abih Malhamah Al Kubra, trus Islam takluk konstantinople kali ke 2

masa bahagi harta rampasan di Kota Konstantinople ni lah dengar perkhabaran Dajjal telah muncul
Quote pengecatbintang 11-9-2024 11:28 PM
pengecatbintang replied at 11-9-2024 11:24 PM
antara pemakmuran Baitulmaqdis dengan sebelum kemunculan Dajjal..

aku saspek..

Zaman Nabi Muhammad SAW kat Madinah...

Kota Konstantinople diperintah oleh Maharaja Rome iaitu Hercules

Zaman Khalifah Sayyidina Umar Al Khattab RA, Islam takluk Konstantinople

saki baki pemerintah Empayar Rome lari ke Mscow, Russia

so, la ni.,

Rusia adalah pewaris Empayar Rome, bukan U.S.A..

--

aku saspek, sblm Dajjal muncul nnt..

Kota Konstantinople akan dikuasai oleh Empayar Rome semula   

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.401346 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top