CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Premis Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) diserbu: 'Kanak-kanak diliwat penjaga, dipaksa meliwat'

11-9-2024 10:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 48640| Komen: 362|Original author: EJALTI



Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan polis sudah memulakan siasatan terhadap kumpulan perniagaan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Razarudin berkata serbuan melalui Op Global itu dibuat di premis GISBH sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, bermula jam enam pagi hingga 11 pagi tadi.

Dia berkata serbuan dibuat selepas polis menerima laporan pada 2 September lalu berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di rumah penjagaan dipercayai milik GISBH di Negeri Sembilan dan Selangor.

"Hasil serbuan (pagi tadi), kita berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara tujuh bulan hingga 17 tahun.

"Sebanyak 18 premis dipercayai milik GISBH diserbu dan seramai 171 suspek berusia antara 17 hingga 64 tahun berjaya kita tahan," katanya dalam sidang media khas di Kuantan, hari ini.

Dia berkata Op Global melibatkan 705 pegawai dan anggota polis dan dibantu 287 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia.

‘Kanak-kanak diajar liwat’

Razarudin mendakwa antara modus operandi yang digunakan kumpulan itu termasuk kanak-kanak diajar cara meliwat.

“Daripada risikan dan keterangan yang kita dapat, modus operandi GISBH ini, mangsa-mangsa diajar meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa melihat penghuni kanak-kanak yang lain.

“Ini daripada risikan dan percakapan awal yang kita telah rakam,” kata Razarudin.

Kata Razarudin lagi, mereka juga menggunakan sentimen agama untuk meraih simpati bagi mendapatkan sumbangan.

"Ada juga mangsa yang tidak dibenarkan mendapat rawatan jika tidak sihat hingga berada dalam kritikal.

"Penjaga rumah amal juga didakwa menggunakan objek dipanaskan untuk mencederakan mangsa sebagai hukuman atas kesalahan dilakukan.

"Selain itu, bahagian tubuh mangsa disentuh oleh penjaga kononnya untuk tujuan perubatan Islam," katanya lagi.

Razarudin berkata GISBH kini disiasat antaranya mengikut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).


Sumber : Malaysiakini 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dealova04 11-9-2024 05:00 PM
melampau sgt dah ni
Quote pocongkiutss 11-9-2024 05:10 PM
Tp masoh bnyk komen2 memuja gisb ni kt fb
Quote JohnDeSouza 11-9-2024 05:12 PM
gila ahhhh
Quote bensolo333 11-9-2024 05:12 PM
syaitan sungguh, ramai nya pedo
Quote shernazz 11-9-2024 05:14 PM
Jahat betul
Budak2 tu apa lah salah depa..
Kesiannya..
Jom boikot..
Quote lightheaded67 11-9-2024 05:17 PM
mmg talam,muka muka, penunggang lah puak ni.
Quote Ai_kiu 11-9-2024 05:17 PM
Astaghfirullah... ape mengajar budak2 saling meliwat siap kena paksa tgk org lain meliwat pulakkkkkk
Quote EJALTI 11-9-2024 05:19 PM
Polis serbu 20 rumah amal, 400 budak dipercayai mangsa eksploitasi diselamat

https://www.freemalaysiatoday.co ... ploitasi-diselamat/

Anne Muhammad
11 Sep 2024, 04:13 PM


Terdahulu, media melaporkan polis menyerbu beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan sebuah syarikat. (Gambar Facebook)

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata dalam serbuan pada 6 hingga 11 pagi tadi seramai 171 individu ditahan.

PETALING JAYA: Seramai 402 kanak-kanak berusia setahun hingga 17 tahun dipercayai mangsa eksploitasi diselamatkan selepas polis menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata dalam serbuan pada 6 hingga 11 pagi tadi seramai 171 individu ditahan.

Kanak-kanak yang kita selamatkan ini kita akan saring pemeriksaan kesihatan, kita akan buat dokumentasi dan akan dilaksanakan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol), katanya dalam sidang media di IPK Pahang.

Terdahulu, media melaporkan polis menyerbu beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan sebuah syarikat.

Serbuan dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Quote Zezo 11-9-2024 05:19 PM
Astafirullah. Teruk sgt dah ni.
Quote mizruncing 11-9-2024 05:20 PM
Astaghfirullahalazim.... sbb ni la islam dipandang hina. wehhh budak kot. kepala bapak korang la buat budak2 mcm tu. dera liwat bagai. WTH Ikhwan?????
Quote salimrock 11-9-2024 05:28 PM
aku kadang2 baca juga news negara barat, US, Europe, ada kisah paderi liwat budak lelaki,

paderi kristian,


errmm ikhwan ni  dah ngikut perangai paderi kristian pedo plak,

paderi sebab tak dibenarkan kawin, mgkn nafsu diorang tersimpan dalam sanurbari, ni yg pertubuhan ni aku diorang semua ada bini ni, takkan tak luahkan nafsu...

Quote salimrock 11-9-2024 05:29 PM
masa toron tu tak rasa berdosa ke?


Quote JohnDeSouza 11-9-2024 05:29 PM
kena la check bebudak tu.dapatkan bukti
Quote lolipopmanish 11-9-2024 05:33 PM
Astaga! Apa yang aku baca ni

Quote mawarkhayalan99 11-9-2024 05:34 PM
Gila betol
Quote ifanonline 11-9-2024 05:35 PM
bahaya la zaman skrg ni...pak2 lebai semuanya LGBTQ
Quote IzzahF 11-9-2024 05:35 PM
mana2 ajaran sesat mesti hujung2 tak duit, nafsu
Quote silance 11-9-2024 05:41 PM
"PETALING JAYA: Seramai 402 kanak-kanak berusia setahun hingga 17 tahun dipercayai mangsa eksploitasi diselamatkan selepas polis menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan."

Siapa kanak-kanak umur dari 1 - 17 tahun ni? Local? Bukan? Anak yatim? Macamana mereka boleh berada di rumah ini?
Sedihnya.
Quote kitty_lynne 11-9-2024 05:47 PM
Iblis syaiton apa kah ni… haramjadah sgt

Lihat semua komen(362)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.184492 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top