CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Teringat Musa, Mungkin Rindu Yang Tak Terluah..” – Lagu Baharu Noh Salleh Cetus Spekulasi Peminat

10-9-2024 09:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36554| Komen: 30

 


Penyanyi dan komposer terkenal, Noh Salleh tampil mencuri perhatian peminat menerusi lagu baharunya berjudul Rahsia Tuhan.

Pelancaran lagu tersebut nampaknya menuai spekulasi netizen terutamanya peminat kerana muzik videonya yang berunsurkan kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya.


Difahamkan, lagu tersebut akan menjadi lagu tema bagi sebuah filem bertajuk Babah yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Menjengah ke ruangan komen, peminat mula menyatakan perasaan mereka mengenai lagu tersebut.


Kata netizen, mereka memahami perasaan Noh dan mendakwa lagu itu seperti menyampaikan rasa rindu terhadap anaknya, Musa.

"Tengok video muzik ni teringat dekat Musa, mungkin lagu ini luahan rindu untuk anak dia."

"Lagu dedikasi untuk Musa, aku faham Noh apa yang. kau nak sampaikan. Rindu dendam itu amat perit."

Terdahulu, usai perceraian Noh bersama bekas isteri, penyanyi Mizz Nina, wujud perebutan penjagaan anak mereka, Musa.

Isu penjagaan anak itu turut melibatkan ibu kandung Musa yang menuntut Noh Salleh untuk membuat permohonan maaf secara terbuka gara-gara insiden tersebut.

Sumber – Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 10-9-2024 09:26 PM
kalau he ikhkas rindukn muse i doa kn dia menjumpai balik anknya..kalau sebaliknyaaaa padan la muka..kapel ni yg i xsangka bercerai dan move on dgn cpt
Quote Nozot 10-9-2024 09:30 PM
Angin kencang membawa kau jauh ke sana....
Quote jihyomelly 10-9-2024 09:39 PM
bila bercerai ni yg jadi masalah kalau tak fikir anak..bincang la elok2
Quote menjad 10-9-2024 09:51 PM
Dorang dah kawin lain Masih Blum dapat anak sendiri. Sian pulak
Quote sukacactus 10-9-2024 10:35 PM
Kadang bapak kandung pun lupakan ank sdr bila cerai & kawin lain
Ibarat cerai dgn isteri, cerai skali dgn ank2
Lain pulak kes noh dgn musa.
Quote marchikobonzo 11-9-2024 09:28 AM
Apasal ambik tajuk sama macam ippo hapis? Lagu ippo dah keluar tahun 2019 lagi
Quote CandyK 11-9-2024 09:55 AM
Tak pernah suka suara dia ni. Monotone je
Quote pocongkiutss 11-9-2024 09:56 AM
menjad replied at 10-9-2024 09:51 PM
Dorang dah kawin lain Masih Blum dapat anak sendiri. Sian pulak

Baru bape taun tu kan..umur pulak masing2 bukan muda lg pun
Quote Incanto 11-9-2024 10:50 AM
menjad replied at 10-9-2024 09:51 PM
Dorang dah kawin lain Masih Blum dapat anak sendiri. Sian pulak

nina dah berumur so mmg agak susah dia dgn laki baru nak dapat anak

tp bini baru Noh muda lagi...belum ada rezeki lah tu
Quote Incanto 11-9-2024 10:56 AM
semua lagu Noh sedap sgt di telinga aku

Quote Rogue98 11-9-2024 11:30 AM
Kalau betul sayang n rindu kan Musa Noh kena berbaik dgn nina....takkan noh takde hak langsung....
Quote mata_kucing 11-9-2024 11:43 AM
Perit kalau rindukan anak, kasih syg tu anugerah Allah, berapa byk parents yg konon sedarah tp menjadi culprit plg besar kpd anak2, love know no blood. I minat MN, tp moga2 bg la jumpa anak tu dgn bapak dia, yg gaduh mak bapak, anak tetap sama2 syg
Quote Cassieopeia 11-9-2024 02:25 PM
sian jgkla sbb skrg ni bapak kandungpun lepas cerai kdg xamik tau psl anak.. hrp berbaikla dgn ex utk anak tu
Quote acepark 11-9-2024 02:28 PM
kita doa supaya suatu hari nannti noh dapat anak..
Quote misszazaz 11-9-2024 04:51 PM
doa lah
Quote rayna_raynes 11-9-2024 04:56 PM
Rogue98 replied at 11-9-2024 11:30 AM
Kalau betul sayang n rindu kan Musa Noh kena berbaik dgn nina....takkan noh takde hak langsung.... : ...

Memang tak nak bagi, nak buat macam mana.
Bila paksa, jadi pulak macam hari tu
Mengalah je la


Quote jerukkedondong 11-9-2024 06:57 PM
Kesian Noh & Musa
Quote oggy 11-9-2024 07:29 PM
Memang tak boleh jumpa langsung ke?
Quote JunkMail 11-9-2024 07:33 PM
Nina dah lantik laki baru dia jadi bapa Musa. Move on je lah Noh..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.150998 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top