CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Bantu Sahabat Langsai Hutang Ah Long, Lelaki Buat ‘Personal Loan’ RM60,000 Tapi Kawan Buat ‘Dek’ Tak Bayar Semula

10-9-2024 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39355| Komen: 27

 


Semoga kita menjadikan cerita individu ini tentang pengorbanannya terhadap seorang insan bergelar sahabat sebagai pengajaran. Perkongsiannya di Facebook meraih perhatian selepas dia mendedahkan kesilapannya kerana terlalu baik hati dan bersangka baik dengan rakan baik.

Cerita individu itu, rakan baiknya itu telah berhutang dengan ah long pada awal tahun lepas namun tidak dapat membayar semula gara-gara bisnes kecil-kecilannya jatuh dan tidak mendatangkan keuntungan.

"Pelbagai gangguan dilakukan (ah long) sehingga dia depression. Sebagai rakan dari kecil, tak sampai hati dan saya telah buat personal loan sebanyak RM60,000."

Meskipun sedar apa yang dilakukannya agak bodoh namun dia berkata akui berniat baik mahu membantu sahabatnya yang sedang memerlukan.

Selepas permohonan pinjamannya diluluskan oleh pihak bank, dia terus berikan wang itu kepada rakannya untuk selesaikan hutang dengan ah long tersebut.


"Dah bincang dengan dia (rakan) untuk bayar saya bulan-bulan dengan jumlah sekian-sekian untuk saya bayar kepada bank."

Namun, katanya selepas dibantu sahabatnya itu langsung tidak membayar kembali wangnya seperti yang dipersetujui dan asyik berikan alasan untuk mengelak.

 

"Saya bayar kepada bank seperti biasa kerana saya masih mampu. Sehingga sekarang tiada usaha dilakukan untuk membayar saya walaupun bisnes dia dah okay. Sehingga ada sedikit perbalahan berlaku. Kepada yang pakar, adakah cara lain untuk kawan saya ini bayar tanpa sebarang argument?"

Sumber – Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lightheaded67 10-9-2024 05:19 PM
deme kata la, org saiko org buruk perangai ni, kita jgn pakai empathy bila nk handle dia, kita kena pakai accountability. sbb kalau pakai empathy, pakai kesian, nnti kita kena goreng balik. mcm ni la,dek kesian sgt, dia pulak yg berhutang
Quote prettyuglybabe 10-9-2024 05:24 PM
sapa suruh bodoh..
hutang along pun dia tak bayar inikan pulak hutang kau yang bukan along..
Quote fanaz82 10-9-2024 05:26 PM
tak pasal2 dah menanggung hutang orang. lain kali jangan baik sangat.
teringat ada orang pernah tanya aku, apa beza terlalu baik dengan bodoh? jawapan nya sama je. dua2 org ambik kesempatan
Quote mrsLucky 10-9-2024 05:49 PM
kawan i waktu remaja tiba2 call i lepas berpuluh tahun..

dia nak pinjam duit rm2500 dia kata besok bayar balik...
I kata dah berpuluh tahun you nak pinjam ribu...kalau seratus dua mungkin orang bagi pinjam kalau ribu takde siapa nak bagi...Lagi pon i kata, i belum gaji...so i bagi jer rm100..

Hujung bulan dia call i berpuluh kali tapi i tak angkat...

Dah lah i tau dia menipu kata anak bungsu lelaki dah remaja..tapi dia tak ingat kita friend kat fb..i tengok dia ada laki baru dan anak dia tu masih kecil..kat profile whatapps pun anak kecil tuh...
Quote MrsJane 10-9-2024 05:49 PM
Zaman sekarang ada lagi yang "cerdik" buat personal loan untuk kawan?
Quote pengecatbintang 10-9-2024 06:03 PM
war2 kan kat medsos ttg hutang tu

biar semua ahli keluarga, kawan, jiran n masyarakat tau dia x bayo utang
Quote dua_chzy 10-9-2024 06:10 PM
Kesian.

Mangsa pula dibodohkan, dipersalahkan.

Gini la dunia.
Quote dua_chzy 10-9-2024 06:12 PM
Anak mati di tangan pengasuh pun, acik kasik salah mak pertikai itu ini. Doubting the bapak buat thorough check up seblom hanto ke taska, etc.

Entah la bhai. Gini la dunia. Sebab tu yang jahat sentiasa menang. Kau faham ka idok?
Quote Thunderclouds 10-9-2024 06:13 PM
Ko buat menda bodoh dlm keadaan sedar, waras & bukan under duress.
Tiada simpati buatmu dekkk..
Quote noah8670 10-9-2024 09:31 PM
pasal tu jadi manusia kena selfish .. apa2 pun doa2 kan agar kawan tu berlembut hati.. kalau pernah simpan mesej ke , dia janji nak bayar ke.. try la minta advice peguam jgn lupa minta sekali compensation
Quote menjad 10-9-2024 09:45 PM
Baik tak bertempat
Quote _kelly 10-9-2024 10:09 PM
dua_chzy replied at 10-9-2024 06:12 PM
Anak mati di tangan pengasuh pun, acik kasik salah mak pertikai itu ini. Doubting the bapak buat tho ...

ye betul..2024 iols berazam untuk jadi orang jahat..what is empathy and humanity? never heard of it..aggiitteww
Quote dua_chzy 10-9-2024 10:11 PM
_kelly replied at 10-9-2024 02:09 PM
ye betul..2024 iols berazam untuk jadi orang jahat..what is empathy and humanity? never heard of i ...

Lagik senang survive kalau jahat sebenarnya.

Yang pi bunuh diri tu mana hado jahat2 blako macam Yibid Lewd hadapi hidup penuh konfiden. Tu suma biasanya orang2 baik, lembut hati bagai tu. Baik sangat sampai rela mati sebab world would be better without them kata pikiran meka.
Quote _kelly 10-9-2024 10:17 PM
dua_chzy replied at 10-9-2024 10:11 PM
Lagik senang survive kalau jahat sebenarnya.

Yang pi bunuh diri tu mana hado jahat2 blako macam Y ...

kan uols..hidup ini memang tak adil, yang jahat nampak macam senang je hidup..naik pangkat, gaji besar, rumah kereta mewah semua..petik jari semua dapat.. yang baik2 ni majoriti kena buli je..jenis yang cepat kesian kat orang, kena pijak kepala pulak macam dalam berita ni la
Quote dua_chzy 10-9-2024 10:20 PM
_kelly replied at 10-9-2024 02:17 PM
kan uols..hidup ini memang tak adil, yang jahat nampak macam senang je hidup..naik pangkat, gaji b ...

Tu ah. Nyampoh.
Quote B40tastePosh 10-9-2024 10:33 PM
Dalam kes ni aku suka ajaran Buddha untuk advice.

Ajaran Buddha takka  tolong orang kalau kau tak boleh tolong diri sendiri.

[youtube]FvraoU5grg4?si=hT4Z89axG6Wz6aP0[/youtube]
Quote B40tastePosh 10-9-2024 10:36 PM
Cuba korang tengok aharan Buddha tentang being too kind.

Buddha ajar utamakan diri kita dahulu, pentingkan diri kita dahulu....ramai Cina Penang perangai macam ni

[youtube]Gwo1FQabVnA?si=s06vT7LbSzuT-deI[/youtube]
Quote LautBiru52 10-9-2024 10:40 PM
Bendulnya kau dek. Adik beradik pun boleh bertikam sebab duit lagikan kawan
Quote Orix 10-9-2024 10:42 PM
true story, iols ad sorg kawan dari kecik mmg rapat lepastu dia pindah sekolah. 12 tahun kemudian kitorg secara x sengaja terjumpa dan kitorg pun set la date utk keluar sama borak2 itu ini... dia pun cite la pasal mak pak nya dah cerai bla3 dia kena tanggung adik beradik dia bla3 dia kena jumpa psychiatrist sbb depression bla3............ mula2 iols kesian jugak sampai lah satu masa ni iols realize ada benda yg dia menipu, tapi dia sendiri lupa apa yg dia tipu.... dia cakap dia dah buat A bulan lepas, tiba2 dia cakap dia tak pernah buat A tapi dia buat B.. iols pun terus rs dia ni red flag... mula2 igtkan dia perlukan someone utk luahkan perasaan, tp rupanya nak simpati jah... keluar dgan iols pun semua iols bayar dia x pernah offer pun nk bayarkan apa2.... lepas iols dpt hidu dia menipu, iols terus x layan dia contact2 iols dekat ws.. then bru iols realize, dia kawan dgan iols dengan harapan iols boleh bantu dia financially... sorry la iols tidak sebodoh itu despite kau ada depression sekalipun

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.031434 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top